Wednesday, December 15, 2010

Sambungan...at NICU (1Nilam)

Salam, rutin harian macam biasa berulang alik kat nilam... pagi2 ayah akan hantar ibu kat 1 Nilam, kemudian ayah pergi kerja...kat I Nilam ibu pergi jenguk anak-anak ibu sorang-sorang. Ada satu hari ibu sampai kat 1 Nilam, sampai kat niesa, ibu tengok doktor sedang ambik darah niesa, menangis anak ibu sekuat hati...kesian...tapi ibu rasa gembira sangat, bukan ibu kejam, bukan ibu suka tengok anak ibu kena cucuk, tapi ibu gembira sangat dapat  dengar suara anak ibu, merdunya suara itu...sebab...setiap kali ibu datang , anak ibu tidur jer, senyap jer...sunyi tanpa suara...
Masa ibu sampai kat doktor, doktor explain kat ibu apa dia sedang buat...ibu kata ibu suka dengar suara anak ibu, menangis...kata doktor, kalau macam tu, datanglah pagi2, sebab boleh dikatakan setiap pagi ambik darah sebab diorang ada jaundice(kuning)...kesianlah pulak anak ibu...
Masa kat 1 Nilam jugak, ibu disuruh untuk buat KANGGARO CARE ke atas anak-anak ibu, mula dengan syasya, niesa , pastu alya. setiap seorang sejam. macam mana?..caranya baby tu akan diletakkan atas dada ibu, kulit ke kulit kena bersentuhan, baby tu akan rasa selesa dengan ibu dia...tujuannya nak bagi anak dan ibu rapat dan mesra2...3 anak ibu maknanya 3 jamlah ibu kena buat KANGGARO CARE... setiap hari hampir 5 jam kat wad...he he asyik muka ni jer... kalau susu pulak, kat dalam peti ais 1Nilam penuh ngan label alya, niesa syasya....

3 comments:

  1. salam kenal..comelnya si kembar 3..moga sihat2 selalu

    ReplyDelete
  2. salam kenal jugak....twins awak lahir 18 jun 2008 yer? tiwns adex lahir 12 jun 2008....

    ReplyDelete
  3. nur easy:salam kenal.tq
    adex-aieda:tembam2lah twin awak.comel...syasya&syaza, baby aqilah pun cute...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...