Monday, February 28, 2011

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri. ...

Pemuda : Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam,padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama...




adaptasi dari cerita tok aji wok yoh...

kisah budak pandai

minah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan

perhatian.

1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya
soalan

"Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?".

Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu
jahat sikit.

Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!"

Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik.

Ustazah tanya lagi soalan.


"Sape pencipta alam dan segalanya?"

Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!"

Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik.

Pastu ustazah pun tanya lagi soalan.

"Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum
tidur?"

Budak tu cocok lagi.

Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata

"Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap!!"

Ustazah tu terus pengsan



adaptasi dari citer tok aji wok yoh ...

Wednesday, February 23, 2011

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang.. ...

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.. ...




bUKU HARIAN SUAMI...

hari nie Real Madrid kalahhhhhhh....siallllll



*Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...jadinya kena selalu berfikiran positif...barulah tercipta rumahku shurgaku!


*adaptasi dari cerita tok aji wok yoh

Azman dan sms

"Man..Man..cepat ko talipon ambulan, bini kau Salmah dah nak beranak tu!" Jerit Dolah yang kelam kabut capai kapcai nak cari bidan. Azman yang sejak tadi asyik amik gambor pokok petai pakai henfon turut gelabah dan tergesa gesa cari nomo fon ambulan dalam Contact List henfonnya. Semasa dia scroll down keluar banyak pulak nama dan nomo tepon...

01X XXXX XXXX Abu Pak Mentuaku
01X XXXX XXXX Acai Telo Masin
01X XXXX XXXX Acik Spin
01X XXXX XXXX Acu Indon Karaoke
01X XXXX XXXX Adik Sepupu Sebelah Bini
01X XXXX XXXX Adik Sepupu Sebelah Aku
01X XXXX XXXX Adik Mak Mentua Nomo Satu
01X XXXX XXXX Adik Mak Mentua Nomo Dua
01X XXXX XXXX Adik Mak Mentua Nomo Tiga
01X XXXX XXXX Adik Mak Mentua Nomo Empat (mati dah!)
01X XXXX XXXX Afundi AF
01X XXXX XXXX Agak-agak sape nomo nih!
01X XXXX XXXX Ahmad Mee Mamak
01X XXXX XXXX Ahchai Taya Pancit
01X XXXX XXXX Aina Janda Sepon
01X XXXX XXXX Aini Awek Sekolah Rendah
01X XXXX XXXX Aiman Member Usop
01X XXXX XXXX AJK Mesjid Usup Rempit
01X XXXX XXXX AJKPIBG Bang La
01X XXXX XXXX Aku la ini
01X XXXX XXXX Alang Kedai Simen
01X XXXX XXXX Am Pak Tam Kedai Beskal
01X XXXX XXXX Amin Musuh Ketat Masa Tadika
01X XXXX XXXX Ambulan Senjon (siren rosak)
01X XXXX XXXX Ambulan Hospitel
.......
......
......
Setelah agak lama scroll down, Azman jumpa nombor telefon ambulan dan terus buat panggilan. Lebih kurang setengah jam berlalu Dolah datang balik dengan Bidan Joyah di belakang moto. Dolah terkejut tengok Azman tercegat di situ.

"Oi Man, mana ambulan, dah setengah jam lebih ni, entah-entah bini kamu dah beranak kat rumah tu," kuatnya laung Dolah dapat di dengar sampai seberang tambak. Azman yang seperti baru tersedar terus jawab..

"Aku call dia tak angkat jadi aku SMS ..."Tolong Datang Segera Ke Kg Mantop, bini saya nak beranak dah - yang ikhlas Azman".... jap gi sampai ler tu ambulan yang ko pesan"


p/s* nama2 d atas Xkena - mgena samada yg masih @ mati

*adaptasi dari cerita tok aji wok yoh

Monday, February 21, 2011

Lulu Caldina 1st giveaway


salam hi hi, lama dah tak join apa2, kali ni nak join lulu punyer 1st giveaway...sape yang tak pernah masuk blog lulu , rajin2lah pergi ziarah , banyak maklumat terkini boleh dapat kat blog lulu, lebih cepat dari berita dalam tv, lulu the best....jom pakat ramai2 join 1st GA lulu caldina...
syarat -syaratnya:
1) jadi follower lulu caldina- dah jadi dah
2) letak banner kat entry dan sidebar- link kan sekali
3) slotkan lulu -pages bloglist blog-dah buat
4) tagkan kan pada 2 orang
p/s lulu, nak hadiah yer... he he

Sunday, February 13, 2011

Jalan2 pantai irama, bachok

Kadang2 bila ada hari cuti seronok jugak gi makan angin kat pantai sambil makan ais krim potong perisa keladi, perisa jagung ker nyum-nyum...



makan goreng pisang sambil termenung pun best gak...

main2 air pantai sambil mandi manda seronok jugak....
main layang-layang lagi best...
minat terbang? ada berani jom terbang, yang ni bagi yang sukakan cabaran bolehlah ni, ibu takut tinggi, gayatlah, kalau jatuh makan tak habislah...
tingginya lebih kurang camnilah....ngeee gayatnya

pulang petang sambil tengok matahari terbenam, cantik...

Dan takkan lupa untuk datang lagi....

Majlis Kahwin adik ipar ngan aqiqah triplets...

5 Februari 2011, ada majlis perkahwinan adik ipar sekali ngan majlis aqiqah alya , niesa ngan syasya... adik ipar ni syasya ngan niesa panggil 'mama', dialah antara pengasuh niesa ngan syasya...tu yang diorang sayang sangat kat 'mama'...

nilah 'mama' diorang

'mama' kini dah jadi milik 'papa'...

masa majlis perkahwinan berlangsung, syasya ngan niesa sibuk panggil 'mama', nak pergi kat 'mama'...nak pergi kat 'mama'...kalut habis...dukunglah 'mama' ngan baju pengantin. kalau orang tak tau mesti dah jadi gosip ni, janda ke apa dah ada anak... 'mama' kini bukan lagi milik syasya ngan niesa, tapi dah jadi milik 'papa'...

antara pengasuh2 syasya ngan niesa, adik2 ipar...
suke2
jom kita lumba

piece no war

Selamat Pengantin Baru kepada Syimah dan Hafiz

Thursday, February 10, 2011

Alhamdulillah....alya semakin ceria

Salam, pasti ramai yang tertanya2 macam mana keadaan alya selepas buat palatoplasty kan, Alhamdulillah alya semakin sihat dan ceria. Hanya pada hari pertama pembedahan keadaan alya agak teruk dan sedih ibu melihatnya...tapi 2, 3 hari lepas tu alya ok, takde demam pun, syukur Alhamdulillah dan ada banyak kemajuan, alya dah boleh follow apa yang kita cakap, kalau macam ada kesukaran untuk alya ikut balik apa ibu dan ayah cakap, banyak perkataan baru yang alya dah explore, kalau dulu pernah jugak kalau minum susu, keluar susu ikut hidung, kalau makan nasi, keluar nasi ikut hidung, kalau makan biskut keluar biskut ikut hidung.... semuanya disebabkan cleft palate alya, tapi sekarang Alhamdulillah lubang kat lelangit dah tutup... dan alya semakin bersemangat dan ceria...
alya bersama lukisan dindingnya

sukanya....

ho ho ho


let's dance...
alya ngan rambut palsunya

belon ni lagi besar pada alya...

alya disamping syasya ngan niesa...

Wednesday, February 9, 2011

Korang suka tak coklat....?


kepada sesiapa yang sukakan coklat, mesti pergi ke blog nih, banyak lagi coklat yang best2, 

Tuesday, February 8, 2011

Cerita lama alya...2008

sambungan daripada niesa ngan syasya melawat alya...selepas beberapa minggu nampaknya alya semakin baik , dah takde cylothorax, paru2 pun dah clear, laser mata pun dah buat, alya kini tak duduk dalam incubator lagi, alya dah duduk kat court baby , masa ni umur alya dah 4 bln, tapi alya tak boleh meniarap atau buat apa2 lagi hanya berbaring sahaja . alya masih lagi menyusu melalui tube kat mulut...terpikir jugak ibu , camana alya nak minum nanti ? pandai ke alya nak hisap, sebab selama 4 bln ni susu masuk terus ke mulut alya tanpa perlu hisap, yang pasti alya terus rasa kenyang..

ibu tak tahu kenapa alya menangis, mungkin alya masih sakit?? banyaknya dugaanmu anakku...   
niesa ngan syasya tika berusia 4 bulan, ibu terpaksa biarkan tokmek ngan tokayah jaga kat kampung buat sementara waktu sebab ibu terpaksa tumpukan  perhatian lebih pada alya... maafkan ibu sayang... ibu sayang semua anak2 ibu...

Tuesday, February 1, 2011

jalan2 cari makan...milkadeal

RM30 instead of RM65 for Ice Lemongrass Ginger Tea + Cincau Campur + Papaya Salad + Kampung Fried Rice at IR1968 Indochine Restaurant, Jalan Ampang [54% OFF]
MAGICAL AND MYSTICAL IR1968
Nestled in a secluded lane just off the hustle bustle of Jalan Ampang, lies a gem of an eatery that’s slowly but surely causing a gastronomical sensation among the KLites from the socialites to the everyday people with its signature dishes.
Regional presence
Serving Indonesian cuisine (with a bit of Chinese influence) since the 1968 at its original IR1968 Indochine Restaurant in Causeway Bay, Hong Kong and later on in Mongkok, Kowloon, IR1968 Restaurant & Bar Malaysia was born in 2010 and has since attracted quite a number of mentions in Malaysia. It was featured in The Haven, The Edge’s pull out magazine in April 2010 while the Hong Kong IR1968 was selected to be part of the Michelin Guide HK Macau 2011.
Do Gado - Gado!
Chomp on their Grilled Ox Tongue, slurp their Oxtail Soup (RM12), Chinese double boiled shark bone soup (RM20) or Wanton Soup (RM15), Asam Fish (RM38), Nutty Asam Chicken (RM22), Fried Yellow Squid (RM38) or their Fried Egg Tofu (RM18) that's a favourite among its loyal patrons.


Look at it as an introductory deal to the magical and magnificently decorated eatery with a difference; even celebrities from the cooking world wants to be part of this magic.

Ask Chef Wan
* Special thank you goes out to Clevermunkey photography
nampak cam best jer kan , sape duk sekitar ampang boleh ler gi jalan2 cari makan...ada diskaun tu...iklan ni ibu ambik kat link ni http://milkadeal.com/deals/RM30-instead-of-RM65-for-ice-lemongrass-ginger-tea-cincau-campur-papaya-salad-nasi-goreng-kampung-at-indochine-restaurant?utm_campaign=nuffnang_cpa_1010771&utm_medium=nn_banner&utm_source=nn_7661581

Rahsia bulan kelahiran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...