Monday, December 31, 2012

Selamat tinggal 2012

Selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013 . Semoga tahun baru 2013 memberikan 1001 kebahagiaan dan keindahan dalam hidup ini. Umur semakin bertambah , semoga pemikiran menjadi semakin matang...Tahun depan triplets dah nak masuk 5 tahun...semakin besar anak2 ibu. begitu cepat masa berlalu. Dulunya hanya seberat sekilo gula jer.. membesarlah sebagai anak2 yang solehah...diharapkan semuanya sihat waalafiat sentiasa. Azam tahun baru??? ha ha tahun ni nak belajar jahit..memang betul2 berazam ni...sebabb? sebabnya anak2 ibu semua perempuan...4 orang + ibu , 5 perempuan , upah jahit baju mahal jugaklah bila di kali 5...errrm azam tahun ni sememangnya nak belajar jahit baju. Selamat tahun baru semua...

Monday, December 24, 2012

Ekslusif breastfeeding...

Alhamdulillah, kali ni ibu berjaya menyusukan afina sepenuhnya selama 6 bulan secara ekslusif...hanya susu ibu menjadi makanan dan minuman afina. walaupun ibu dah start kerja, ia bukanlah halangan untuk ibu  memberikan susu kepada afina. Stok susu tak banyak pun . ibu lebih suka bagi susu yang fresh pada afina. Biasanya ibu akan perah waktu maghrib , tgh malam ngan subuh hari. sempatlah untuk bekalan siang hari. Lepas tu tgh hari ibu akan ke nursery untuk susukan afina. Bersabarlah hanya untuk 6 bulan sahaja ekslusif breastfeeding. Selepas 6 bulan ibu tetap meneruskan pemberian susu ke atas afina dan harapnya sehingga cukup 2 tahun. Selepas 6 bulan kurang sikit perah susu sebab baby dah mula makan. Dan afina nak makan semua yang orang makan, berselera dia. Sebenarnya susu ibu ada pelbagai rasa mengikut apa yang ibu makan. Dengan itu lidah baby telah dilatih untuk merasa pelbagai rasa. Satu pengalaman yang cukup bermakna dan janganlah kita mensia2kan peluang yang Allah berikan ini kepada kita. Teruskan penyusuan. Semakin banyak baby hisap semakin banyak susu yang dihasilkan. Apa yang penting fokus. Dan rasailah nikmatnya. IBU SOKONG PENYUSUAN SUSU IBU...

Thursday, December 13, 2012

persediaan menyambut kelahiran bayi

http://image.tradevv.com/2010/11/08/wasy5535180_1652048_450/baby-nose-cleaner.jpg 
Nose cleaner

Seronok kan nak menyambut kelahiran bayi baru...lebih2 lagi kalau anak sulumg. tak sabar2 rasanya. Tapi apa-apapun diharapkan bayi yang bakal lahir sihat waalafiat tanpa sebarang masalah kesihatan. Tiba-tiba jer rasa nak tulis pasal nose cleaner sebab ada member tanya pasal nose cleaner ni, dia ada tunjukkan senarai barang yang perlu dibeli untuk menyambut kelahiran bayi. Salah satunya benda nilah. Penting ke tidak. Apa yang dapat ibu katakan, be prepare ...benda ni nak buat sedut hingus baby. Paham2 jelah bayi  tak pandai nak hembuskan hingus sendiri. Benda ni akan clearkan pernafasan bayi. Tak salah masukkan salah satu benda ni dalam senarai persedian kelahiran. Ibu teringat masa alya dulu , benda ni penting sangat buat dia, tambahan pula alya ada masalah lelangit merekah yang belum direpair pada masa tu. Menyebabkan susu yang diminum keluar dari hidung. Kalau makan nasi, nasi yang keluar ikut hidung. Masa tu Alya selalu dapat selsema dan batuk berpanjangan. Alya pun selalu keluar masuk wad. Yang atas ni jenis muncung pendek. Ibu beli sejenis lagi untuk alya yang panjang punya, kita boleh sedut ngan mulut macam yang kat bawah ni...


Yang ni boleh sedut sekuat hati, tapi hati-hati....sekarang ni alya dah ok lepas lelangitnya di operate 2 tahun lepas.... Alhamdulillah


Thursday, December 6, 2012

masih belum berakhir...

bertih, chiken pox ni masih belum berakhir, ingatkan baby afina naik sikit jer...rupa2nya lagi teruk...Sabtu baru -baru ni makin banyak naik biji-biji tu, hari Ahad start demam sikit2 jer... ibu fikir tak nak start antibiotik lagi...nak tengok dulu..baby afina ibu tinggalkan ngan adik ipar...balik kerja hari Isnin ibu tengok baby afina duk menangis atas dukungan adik ipar.. demam bertih tu makin kuat ...dengan sakit tubuhnya, kesian baby...ibu just bagi ubat demam jer...pastu jelung ngan tuala basah malam tu tak blh tidur ....malam kedua pun  tak boleh tidur...ibu bagi sub pcm 4 jam sekali tak jugak kebah , masih lagi panas badan baby... risau dah ni... ibu cakap kat ayah," jom kita gi kecemasan"..."aiii...nak masuk wad ker."..malas nye nak masuk wad. "ginilah kita gi klinik dulu"...pergi Klinik Dr Ramzi kat chabang 4 pauh panji...kata doktor" ooo bertih ada ubat , mari cepat , cepatlah baik,"...pastu doktor bagi ubat bertih aciclovic , antibiotik, ubat mandi, calamine, ubat tahan sakit ngan ubat tahan gatal...balik dari klinik terus bagi ubat.... Alhamdulillah, petang tu kebah demam baby Afina. Kesimpulannya kalau anak naik bertih cepat2 cari ubat , jangan biar demam lama2. kesian kat baby nak pegang tubuh dia pun macam menjerit kesakitan. (blame myself)...dapatkan rawatan yang betul...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...