Thursday, October 21, 2010

Selamat Datang ke Dunia, Anak2 Ibu

18 Jun 2008,
 Selamat datang anak2 ibu, Alhamdulillah...syukur semuanya selamat,
ketiga-tiga anak ibu di bawa ke wad 1 Nilam, namun begitu keadaan Alya agak kritikal, alya terpaksa di intubated( dimasukkan tiub pernafasan) kerana alya tak dapat bernafas sendiri dan memerlukan bantuan pernafasan, niesa hanya perlukan oksigen biasa manakala syasya tak memerlukan apa-apa bantuan pernafasan. Dalam kekalutan doktor memberikan rawatan kepada alya, niesa, syasya...ayah pergi ke 1 Nilam... Qamatkan alya, niesa dan syasya. Kata ayah, berselirat wayar kat tubuh anak-anak ibu. Berat alya cuma 1.1 kg, niesa 1.5 kg, manakala syasya 1.2 kg sahaja.
 Hari pertama pembedahan ibu tak dapat menjengah anak-anak ibu kat 1 Nilam, ibu terpaksa baring selama enam jam selapas pembedahan tak boleh angkat kepala, kena duduk lurus jer( prosedur lepas pembedahan). Petang tu perut ibu sakit sangat , ibu nak panggil staffnurse tapi suara ibu macam tak keluar. Sakit sangat, orang tua-tua kata mungkin rengat kot. Masa tu banyak sangat darah keluar. Pastu kan staffnurse datang kat ibu , dia tanya sakit ker? Ibu cakap sakit. Ibu nak ubat tahan sakit. Pastu dia ada inject ubat tahan sakit, pethidine kot kat punggung ibu . Ibu rasa mengantuk macam khayal gitu , pastu bila member ibu datang melawat , ibu cakap pun dah mengarut dah , tak ingat dah apa ibu cakap. Ramai teman-teman ibu yang datang melawat. Terima kasih semua. hari tu heboh satu wad kembar tiga baru lahir.

Wednesday, October 20, 2010

Temujanji plastik surgeri

18 Oktober 2010,
Hari ni ibu ngan ayah bawak alya ke klinik SOPD, jumpa ngan dr plastik, ibu,ayah ngan alya sampai kat klinik pagi-pagi lagi. dapatlah nombor giliran 8007. Nombor awallah tu...pastu masa kat klinik adalah jumpa member , staffnurse. konon-konon nak ngejust awal, he he...tapi tup tup tengah hari baru dapat jumpa doktor, kesian kat member ibu terpaksa cover kerja ibu... terima kasih kat member ibu tu...
sebenarnya boleh sangat nak ngejust, member ibu nak suruh jer ibu masuk terus jumpa doktor, malangnya fail alya tak jumpa-jumpa sampai ke tengah hari kami tunggu...
fail alya tu bergerak banyak tempat tu yang tak jumpa2 tu...
bila dah jumpa fail, ibu , ayah ngan alya masuk jumpa doktor, kata doktor alya perlu buat echo cardiogram dulu, kemudian kena doktor bius temgok dulu...kalau tak ada apa2 masalah pembedahan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam kata doktor,akan dijalankan ke atas alya..
ibu tertanya-tanya macammana alya nak makan nanti, takut nanti terbukak jahitnya, adus sakitnya...
kata doktor , alya tak boleh minum guna botol susu, kena bagi ngan cawan, pastu boleh makan makanan lembut cam biasa, cuma jangan bagi yang makanan yang keras2...lebih kurang sebulan InsyaAllah sembuhlah luka tu...
lepas selesai jumpa doktor, ibu terjumpa dengan adik afiq ngan ibunya...kesian adik afiq, nampak makin teruk, tak boleh bangun, kepalanya pun membengkak, matanya tak respon, ya Allah tabahnya hati ibu adik afiq...dulu adik afiq pernah satu wad dengan alya... macam-macam ibu jumpa kat wad...ya Allah rahmatilah semua pesakit kat wad...amin

Thursday, October 14, 2010

SELAMAT DATANG KE DUNIA ANAK-ANAK IBU

18 JUN 2008,
Pagi yang sungguh indah, pagi ini ibu akan menyambut kelahiran anak-anak ibu...
tak sabar rasanya, walau apapun yang terjadi ibu telah bersedia untuk menghadapinya...
pagi itu ayah ada bersama-sama mengiringi ibu ke bilik bedah , tangan ayah ibu cium untuk pohon restu, dahi ibu ayah kucup tanda restu...bersama-sama ayah, ada tok mek, tok ayah serta teman2 ibu, memberi semangat dan sokongan pada ibu...ibu rasa tenang...
ayah hanya dapat menemani ibu ke pintu bilik bedah jer, tak dibenarkan masuk.
setibanya ibu dibilik bedah, ibu dipindahkan ke katil bedah, ibu kemudian dibius separuh...
masa itu Dr Khursia ngan Dr Era yang membedah ibu...
mula2 alya dikeluarkan dari perut ibu....tapi jururawat tak dapat tunjukkan pada ibu, sebab alya perlukan bantuan pernafasan dengan segera dan dibawa ke wad ICU bersebelahan(NICU)          (1 Nilam)... kemudian niesa pula dikeluarkan dari perut ibu, jururawat bawa niesa kepada ibu kemudian niesa ibu cium...last syasya keluar dari perut ibu dan jururawat membawa syasya kepada ibu, kemudian ibu mencium syasya ... mereka kemudian membawa kesemua anak-anak ibu ke 1 Nilam(NICU)...

Wednesday, October 13, 2010

sehari sebelum pembedahan...
ibu dimasukkan ke wad 2 Baiduri , HUSM. kata doktor , esok pagi-pagi lagi pembedahan akan dijalankan.rasa berdebar jugak untuk menghadapi saat kelahiran ni...dan rasa berdebar jugak untuk menghadapi saat-saat kritikal anak-anak ibu...apa akan jadi? macam mana anak-anak ibu nanti... ya Allah takutnya..."Dengan nama Allah aku bertawakkal padanya"... saat ini ibu hanya berserah pada Allah...hanya Dialah yang maha mengetahui apa yang bakal ibu lalui selepas ini... segalanya telah ditentukan oleh Nya.
Petang itu, doktor pakar kanak - kanak datang menemui ibu untuk dikaunseling. Mereka adalah Prof Dr Noraida, Dr Aznor dan Dr Norhayati. Tujuan mereka adalah untuk mendedahkan ibu kepada apa yang bakal ibu lalui...mereka menunjukkan gambar-gambar di ICU kanak-kanak... supaya ibu lebih bersedia...ibu tak tahu nak cakap apa, tapi ibu mesti dan akan melaluinya juga...
malam itu sebelum tidur, ibu solat hajat, ibu baca Surah Yassin, agar ibu diberi kekuatan , agar semuanya selamat dan berjalan dengan lancar...
Esok, 9 doktor yang terlibat dalam pembedahan ibu ... 1 doktor bius, 2 doktor bedah, 6 doktor kanak-kanak...dan dibantu oleh jururawat-jururawat...

Tuesday, October 12, 2010

seawal usia kandungan ibu mencecah 7 bulan, ibu disuntik dengan ubat untuk mematangkan paru-paru anak-anak ibu...
32 minggu, semasa temujanji, perut ibu discan doktor, doktor periksa keadaan anak-anak ibu...
semua ok, tapi...masalahnya...
daripada doppler scan, salah seorang dari anak ibu tak mendapat bekalan darah yang cukup...
doktor dapat detect salah seorang dari anak ibu menghadapi masalah... ya... dialah alya. kata doktor , mereka tak dapat jamin yang anak ibu akan dapat hidup dalam masa 24 jam. Pembedahan segera harus dilakukan, jika salah seorang anak ibu meninggal, maka yang lain akan mendapat kesannya jugak...
Pada pagi temujanji itu, kekalutan berlaku, doktor yang terlibat (Dr Era) (team Dr Che Anuar) letih menelefon seluruh hospital di Malaysia ini untuk prepare/standby 3 ventilator( alat bantuan pernafasan) in case berlaku apa2 (Thanks to all the doctors). tapi takde sebuah hospital pun yang dapat menyediakan ketiga-tiga ventilator tersebut kerana kebanyakkannya sedang digunakan... Cadangan penyelesaian yang dapat mereka buat adalah pisahkan anak-anak ibu buat sementara jika ketiga-tiganya memerlukan ventilator(alat bantuan pernafasan). Maksudnya hantar ke hospital lain, kerana HUSM dapat sediakan dua ventilator, manakala HRPZ II dapat sediakan satu ventilator...

bayi pramatang

Awal-awal lagi ibu telah diberitahu doktor yang ibu akan mengalami kelahiran bayi pramatang...dan ibu telah bersedia untuk menghadapi segala risiko yang mendatang...

Pra matang adalah berkaitan dengan komplikasi yang mungkin berlaku, lebih pramatang maka lebih tinggi risiko untuk setiap komplikasi.
Komplikasi awal dan pertengahan adalah termasuk:
  • Sindrom kesesakan nafas di sebabkan kekurangan cecair yang dipanggil serakan di dalam paru-paru.
  • Pendarahan di dalam otak yang melibatkan kapilari darah di sekitar ventrikel di dalam otak.
  • Jaundis(Perubahan warna kekuningan di kulit dan di putih mata disebabkan sistem metabolisme bilirubin yang tidak matang.)
  • Masalah dan kesukaran penyusuan disebabkan usus yang pramatang.
  • Jangkitan di dalam darah(septisemia), paru-paru(radang paru-paru), selaput di sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus(Necrotising Enterocolitis).
  • Penyakit retina yang tidak matang(Retinopathy of prematurity)-satu keadaan pertumbuhan salur darah di dalam mata yang tidak matang.
  • Penyakit paru-paru yang kronik hasil dari kerosakan paru-paru disebabkan pramatang ,penggunaan oksigen dan terapi ventilasi.
  • Salur darah yang menyambung antara jantung dan paru-paru tidak tertutup(Patent Ductus arteriosus) yang mana boleh menyebabkan kesesakan dalam pernafasan atau kegagalan jantung berfungsi.
  • Inguinal hernia di mana disebabkan kelemahan otot-otot di pelipat paha.

Komplikasi Lewat :
  • Serebral palsi
  • Kecacatan otak
  • Sawan (Epilepsy)
  • Buta
  • Pekak
  • Ketidakupayaan Untuk Belajar
  • Perkembangan Lambat
  • Pembesaran Perlahan

Kadar kematian adalah tinggi walaupun mendapat rawatan rapi,bayi yang dilahirkan antara 26-28 minggu usia kandungan mengalami kadar kematian antara 30%- 50% manakala bayi yang dilahirkan sebelum 26 minggu usia kandungan mempunyai kadar kematian antara 80-100%. Lebih matang seseorang bayi maka peluang untuk hidup adalah tinggi. Bayi yang lahir melebihi 34 minggu usia kandungan mempunyai 90% peluang untuk hidup.
12 Oktober 2010,
hari ni alya ada temujanji dengan audio, buat ujian pendengaran. Alya tak dapat mendengar dengan baik pada tahap bunyi yang rendah... tapi dia masih boleh mendengar pada tahap yang agak tinggi...telinga tengah alya agak bermasalah...alya diberi ubat selsema agaknya supaya telinga tengahnya tak berair...ubat itu perlu diminum setiap malam sehingga telinga tengahnya nampak elok...alya kemudian perlu datang untuk temujanji seterusnya... minggu depan alya ada temujanji dengan plastik surgery...

Monday, October 4, 2010

Kami berjuang sama-sama

hari demi hari kami membesar dalam perut ibu...
kami dah besar dah cukup sifat...
setiap hari kami main sama2 dalam perut ibu...
kami membesar sama2...
tapi alya...kesian dia tersepit kat bawah, takde ruang untuk dia bergerak bebas...
kami duduk dalam satu kantung... kami bersaing sama2...
perut ibu sempit...kami tak bebas...
tapi kami sehati sejiwa...
seia dan sekata...

Sunday, October 3, 2010

Ibu diuji lagi

3 0ktober 2010, ibu di uji lagi...penyakit baru buat alya cleft palate atau sumbing lelangit.
alya tidak menghadapi masalah pendengaran,sebab dia respon pada bunyi. tapi sumbing pada lelangitnya menyebabkan air akan berkumpul dibelakang gegendang telinga alya yang lama kelamaan akan memberi kesan pada pendengaran alya. alya dirujuk ke plastik surgeri 2 minggu lagi untuk membetulkan sumbingnya.
Ujian pendengaran  menunjukkan ada masalah pada pendengaran alya.minggu depan sekali lagi alya akan menjalani ujian pendengaran. Apa yang menakutkan ibu, macam mana nak jaga alya lepas pembedahan, macam mana alya nak makan, kesiannya alya terpaksa sakit lagi, kalau boleh ibu tak mahu semua itu berlaku pada alya...ibu sayangkan alya...
Tapi semua itu untuk kebaikkan alya, nanti ibu nak alya dapat bercakap ngan baik macam syasya ngan niesa...InsyaAllah
Ibu nak alya dapat dengar dengan baik...
Ibu nak alya sentiasa sihat waalafiat...
begitu jugak dengan syasya ngan niesa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...