Showing posts with label during pregnancy. Show all posts
Showing posts with label during pregnancy. Show all posts

Tuesday, October 12, 2010

seawal usia kandungan ibu mencecah 7 bulan, ibu disuntik dengan ubat untuk mematangkan paru-paru anak-anak ibu...
32 minggu, semasa temujanji, perut ibu discan doktor, doktor periksa keadaan anak-anak ibu...
semua ok, tapi...masalahnya...
daripada doppler scan, salah seorang dari anak ibu tak mendapat bekalan darah yang cukup...
doktor dapat detect salah seorang dari anak ibu menghadapi masalah... ya... dialah alya. kata doktor , mereka tak dapat jamin yang anak ibu akan dapat hidup dalam masa 24 jam. Pembedahan segera harus dilakukan, jika salah seorang anak ibu meninggal, maka yang lain akan mendapat kesannya jugak...
Pada pagi temujanji itu, kekalutan berlaku, doktor yang terlibat (Dr Era) (team Dr Che Anuar) letih menelefon seluruh hospital di Malaysia ini untuk prepare/standby 3 ventilator( alat bantuan pernafasan) in case berlaku apa2 (Thanks to all the doctors). tapi takde sebuah hospital pun yang dapat menyediakan ketiga-tiga ventilator tersebut kerana kebanyakkannya sedang digunakan... Cadangan penyelesaian yang dapat mereka buat adalah pisahkan anak-anak ibu buat sementara jika ketiga-tiganya memerlukan ventilator(alat bantuan pernafasan). Maksudnya hantar ke hospital lain, kerana HUSM dapat sediakan dua ventilator, manakala HRPZ II dapat sediakan satu ventilator...

bayi pramatang

Awal-awal lagi ibu telah diberitahu doktor yang ibu akan mengalami kelahiran bayi pramatang...dan ibu telah bersedia untuk menghadapi segala risiko yang mendatang...

Pra matang adalah berkaitan dengan komplikasi yang mungkin berlaku, lebih pramatang maka lebih tinggi risiko untuk setiap komplikasi.
Komplikasi awal dan pertengahan adalah termasuk:
  • Sindrom kesesakan nafas di sebabkan kekurangan cecair yang dipanggil serakan di dalam paru-paru.
  • Pendarahan di dalam otak yang melibatkan kapilari darah di sekitar ventrikel di dalam otak.
  • Jaundis(Perubahan warna kekuningan di kulit dan di putih mata disebabkan sistem metabolisme bilirubin yang tidak matang.)
  • Masalah dan kesukaran penyusuan disebabkan usus yang pramatang.
  • Jangkitan di dalam darah(septisemia), paru-paru(radang paru-paru), selaput di sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus(Necrotising Enterocolitis).
  • Penyakit retina yang tidak matang(Retinopathy of prematurity)-satu keadaan pertumbuhan salur darah di dalam mata yang tidak matang.
  • Penyakit paru-paru yang kronik hasil dari kerosakan paru-paru disebabkan pramatang ,penggunaan oksigen dan terapi ventilasi.
  • Salur darah yang menyambung antara jantung dan paru-paru tidak tertutup(Patent Ductus arteriosus) yang mana boleh menyebabkan kesesakan dalam pernafasan atau kegagalan jantung berfungsi.
  • Inguinal hernia di mana disebabkan kelemahan otot-otot di pelipat paha.

Komplikasi Lewat :
  • Serebral palsi
  • Kecacatan otak
  • Sawan (Epilepsy)
  • Buta
  • Pekak
  • Ketidakupayaan Untuk Belajar
  • Perkembangan Lambat
  • Pembesaran Perlahan

Kadar kematian adalah tinggi walaupun mendapat rawatan rapi,bayi yang dilahirkan antara 26-28 minggu usia kandungan mengalami kadar kematian antara 30%- 50% manakala bayi yang dilahirkan sebelum 26 minggu usia kandungan mempunyai kadar kematian antara 80-100%. Lebih matang seseorang bayi maka peluang untuk hidup adalah tinggi. Bayi yang lahir melebihi 34 minggu usia kandungan mempunyai 90% peluang untuk hidup.

Monday, October 4, 2010

hari demi hari kami membesar dalam perut ibu...
kami dah besar dah cukup sifat...
setiap hari kami main sama2 dalam perut ibu...
kami membesar sama2...
tapi alya...kesian dia tersepit kat bawah, takde ruang untuk dia bergerak bebas...
kami duduk dalam satu kantung... kami bersaing sama2...
perut ibu sempit...kami tak bebas...
tapi kami sehati sejiwa...
seia dan sekata...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...