Thursday, August 23, 2012

raya raya kerja kerja

Selamat hari raya maaf zahir batin..... seronoknya hari raya dapat berkumpul bersama2 keluarga tercinta. tahun ni giliran rumah ibu kat Dungun. walaupun dapat cuti raya pertama dan kedua sahaja. tetap jugak nak balik. Hari selasa dah start kerja ...x puas lagi raya...dengan mak mertua kat Kuala Krai tak beraya lagi...sedih hubby...malam ni baru nak balik...yang x syoknya hubby cuti seminggu, duk umahlah dia ngasuh anak2. jadi mr.mama. Apa2 pun selamat hari raya maaf zahir batin...

Monday, August 6, 2012

acar nenas simple

hah, potong nenas cam gini, ni dalam 2 biji

pastu, masukkan lada kering yang telah di blend bersama bawang merah. then perasakan ngan garam dan gula. pastu gaul sebati. jgn tambah air. biarkan seketika nanti air nenas akan turun sendiri. tak payah massk. dah siap. nyum nyum...

Sunday, August 5, 2012

breastfeeding afina

Alhamdulillah setakat ni boleh bagi breastfeeding sepenuhnya kat afina, walaupun banyak gak halangannya. ibu takder buat stok pun macam ibu ibu yang lain. ibu just perah untuk hantar kat nursery keesokkannya. rutin ibu balik kerja sampai umah susukan afina bagi kenyang2 dulu. lepas maghrib perah, tengah malam perah, subuh perah lagi. dapat 4 botol 2 auns jadilah (ni masa afina 3 bulan , ntohler susu pun x berapa nk kuar)...sekarang ni afina 4 bulan setengah...ibu just perah sekali jer tgh mlm boleh dapat 3 botol untuk 2 auns...pastu perah subuh jer sekali... sepanjang malam pulak afina akan nyusu sesuke hatinya...
pagi nak gi kerja perah sekali lagi, dalam kereta nyusu ...pastu barulah ibu g kerja...ha ha tengah hari ibu pergi lagi kat nursery bagi susu kat afina....cian afina tak puas susu botol...
(ramai yang suruh campur ngan susu formula...mak sendiri,mak mertua, member2, pengasuh, hubby plak sokong tidak, suruh tidak...takde  yang menggalakkan waaaa....ibu mesti kuat) ...
kebaikkan susu ibu ni banyaklah sangat...ibu sebenarnya frust sebab kembar 3 hari tu tak dapat bagi breastfeeding...loni dapat jugak merasa...Alhamdulillah...
bagilah susu ibu....banyaknyer khasiat bukan sahaja meningkatkan sistem pertahanan tubuh bayi, tetapi pada ibu juga....he he berat badan dah turun 9kg ....x payah mkn ubat....dan kelebihan lain of course tak payah nak keluarkan duit...malam2 hubby pun x payah bangun wat susu... senang kan....dan baby pun akan lebih rapat ngan kita...ayah jangan jealous yer...

Thursday, August 2, 2012

cian afina

"kenapa ibu tak datang lagi ni, afina tunggu ni, afina lapar ni ibu".... mungkin inilah yang bermain di fikiran afina kot....time2 camni(lunch time) sepatutnya ibu dah sampai kat nursery bagi susu kat afina, tapi kali ni ibu tak sampai2 lagi. sorry sayang , ibu tak habis kes lagi ni...jap lagi ibu sampai...afina duk diam2 yer... hari ni x der orang nak cover ibu ...kes banyak sayang..."afina tak suka minum susu botol"...  sabar yer.....eeeeeee lambatnyer nak habis kes ni....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...