Tuesday, January 4, 2011

Masanya telah tiba…



Dalam duk memikirkan mana nak tinggal, nasib baiklah ada sepupu ayah offer tinggal kat umah dia, pastu bagi guna kereta lagi untuk berulang alik ke IJN. Terima kasih sangat kat Jiri(sepupu ayah). Pastu ada jugak member2  ajak tumpang  rumah. Thanks ….kalau tidak buat khemahlah kat parking IJN tu he he.
Berbalik kepada alya , setelah doctor buat echo ke atas jantung alya, diagnosis alya adalah,severe coarctation of aorta dengan small VSD.

 Arrow tu merujuk pada coarctation of aorta,yang mana berlakunya penyempitan pada aorta yang menyebabkan darah tak mengalir dengan lancar …
Yang ni pulak gambar VSD( ventricular septal defect), senang citer jantung berlubanglah. Salah satu jenisnya…sebab jantung berlubang pun ada banyak jenis.Kata doktor VSD alya kecik jer tak perlu buat apa2 dan mungkin akan tertutup sendiri…
Lebih kurang seminggu ibu ngan ayah berulang alik ke IJN dari rumah sepupu ayah…nasib baik parking free, almaklumlah dari pagi sampai petang berada kat IJN walaupun tak dapat temankan alya sepanjang masa , at least dapat jenguk waktu melawat tgh hari ngan petang ok dah.
Dah hampir seminggu takde pulak respon dari doktor bila nak bedah alya ni, lama sangat rasanya, bukan apa sesekali teringat jugak kat syasya ngan niesa yang ibu tinggalkan ngan mek ngan abah. Camanalah agaknya.InsyaAllah ok…Ibu ngan ayah nak ambik keputusan untuk balik kg dulu kalau lambat lagi nak buat prosedur tu ke atas alya…Jadi, ibu pun meringankan mulut untuk bertanya kepada doctor camana. “Rasa2nya bila boleh buat doctor?kalau lambat lagi kami  nk balik kg dulu,nanti kalau ada keputusan, doctor call dan kami datang balik…”,tak ingat dah apa dah nama doctor tu.
Kata doktor tu pulak,”macamnilah ,jangan balik dulu, nanti kita tengok camana,mungkin esok boleh buat kot,”…jadinya ibu ngan ayah tak balik lagi nak tunggu keputusan camana…
Malam tu, ibu terima call dari IJN,  “Ibu wan alya syafiah ke?...ibu,”ya”…IJN,”Ada kat sini kan? Esok kita nak buat prosedur kat alya kes pertama, jadi pagi2 lagi kena datang yer,”…ibu,”baiklah, InsyaAllah pagi2 lagi kami datang…,”.Alhamdulillah dan akhirnya alya akan diberi peluang dengan pilihan keDUA itu…
Dan MASANYA TELAH TIBA
BERTARIKH 21 OGOS 2008, KHAMIS alya telah menjalani;
Resection of coarctation of aorta and end to end anastomosis.
Prosedur dijalankan sendiri oleh Dato Azahari Yaacob…Thanks Dato…

13 comments:

  1. saya baca entry ni sehingga abes...
    semoga alya cepat sembuh...

    ReplyDelete
  2. macam mana keadaan alya sekarang... moga sihat hendak yer...kalu ikut entry operation pada tahun 2008.. moga alya kuat...

    ReplyDelete
  3. luCky & strong Baby alya..caiyok..caiyok..:)

    ReplyDelete
  4. semga cepat smbuh.. ijn sekarang bukan sepenuhnya goverment kan??

    ReplyDelete
  5. pngorbanan yg x terhingga.. ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  6. salam

    semoga semuanya selamat hingga akhirnya amin...

    ReplyDelete
  7. terharunya dengan teman2 semua, terima kasih kerana mendoakan alya...n3 operation tu 2008, sekarang diorang semua dah 2thn setengah, Alhamdulillah setakat ni ok, cuma alya agak berbeza dari yang lain...n3 ni just nak mengimbau perjuangan alya dalam meneruskan kehidupan...alya kuat, walaupun kecil, mcm2 dugaan dah dihadapi...banyak lagi alya lalui lepas pembedahan...(komplikasi)
    kalau sudi, singgahlah lagi utk baca n3 seterusnya...

    ReplyDelete
  8. mamafarhan:alya kat side bar sebelah kanan yg sorang2 tu pakai baju kuning belang oren, pastu kalau perhati kat gambar bertiga alya paling kecik...

    ReplyDelete
  9. mama amana: IJN ,kalau tak silap badan berkanun, separuh kerajaan ngan swasta, still kena bayar, tapi kakitangan kerajaan x payah bayar...ditanggung

    ReplyDelete
  10. wah...dh sihat.. walau pun kecik namun dia kuat...alhamdulillah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...