Wednesday, January 12, 2011

niesa ngan syasya g melawat alya...

Salam, nak sambung lagilah n3 pasal alya nih. nak ingatkan kepada pembaca blog, jangan confius yer, kisah ni berlaku 2008, flashback balik...
Alhamdulillah, laser ke atas mata alya berjalan ngan lancar walaupun alya masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan...
Dalam masa alya berada kat NICU, niesa ngan syasya perlu jugak dibawa berjumpa dengan doktor untuk temujanji susulan...
Satu hari ibu ngan ayah bawak niesa ngan syasya untuk temujanji ngan AP Dr Noraida, kat Klinik Paediatrik, semuanya ok...cuma niesa nampak macam ada kuning lagi, umur dah 2 bln lebih ni, doktor takut ada kemungkinan ada kesumbatan pada hati niesa, takut2 ada BILIARY ATRESIA , jadi kena ambik darah dululah...lepas tu bila balik nanti ambil sample stool niesa letak dalam bekas yang diberi, bawak mari jumpa doktor kat wad...
then kata Dr, "bawaklah niesa ngan syasya kat wad NICU, jumpa ngan alya , sebab alya sangat2 memerlukan sokongan, mungkin dengan hadirnya niesa ngan syasya akan bagi lebih kekuatan pada alya, "..."sebab mereka sedarah,"...
Pada mulanya ibu ingat tak boleh bawak masuk budak kat wad NICU tu, bila doktor dah bagi izin cam tu, ibu ngan ayah bawak naik syasya ngan niesa ke NICU jumpa ngan alya , alya masih lagi dalam incubator ngan ventilator...mungkin dengan kehadiran niesa ngan syasya akan menguatkan lagi semangat alya...

2 comments:

  1. salam

    betul, semoga aada semangat lain yang akan menemaninya :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...