Sunday, January 30, 2011

Palatoplasty done...

Salam sayang, lama dah tak bern3, sibuk ngan alya... 18 Januari hari tu masuk wad 8TD, HUSM, oklah tak ramai orang , privacy sikit, petang tu doktor plastik, doktor bius ngan doktor ORL mari buat round tengok keadaan alya, risau gak takut x jadi sebab alya ada selsema sikit2, nasib baik semuanya ok...
19 Januari 2011, alya start posa 4pagi lagi, pagi tu ada jugak dia mintak susu , tapi bila bawak jalan2 alya jadi lupa....
10.30 pagi alya dibawa ke dewan bedah, duk suka2 lagi tak tahu apa akan berlaku lepas ni....



Alya sebelum masuk ke bilik bedah ...

 Ibu hantar alya sampai ke bilik bedah, doktor start bagi ubat sedut kat alya, alya rebah kat pangkuan ibu, pastu ibu tinggalkan alya kat bilik bedah dengan doktor2 yang ramai...
masa ibu menunggu ngan ayah kat luar dewan bedah, tiba2 hati ibu jadi berdebar tak tenang , tiba2 rasa takut,takut ada komplikasi ke atas alya...risaunya... ya Allah selamatkan alya...
ibu tak boleh duduk saja, tak tenang, ibu lantas ke surau mencari ketenangan serta kekuatan dari Allah s.w.t...ibu solat dhuha, ibu solat hajat, ibu baca yassin, ya Allah Lindungilah alya, kau selamatkanlah anakku ya Allah, mudahkanlah urusan doktor ya Allah....
setelah selasai , ibu kembali menunggu alya bersama ngan ayah, dah masuk 3 jam alya tak siap2 lagi , risau betul ibu...lama jugak ni sebab kata doktor 2 jam jer...daripada pukul 10.30 pagi sampailah pukul 3 petang, barulah selesai, dalam 4jam jugaklah operation alya...





 Alya selepas pembedahan

Kesian alya selepas operation, berdarah mulut ngan telinga, bila dia menangis, dia start batuk2 sakit, kesiann alya...bawah lidah alya kena jahit, benang tu tampal kat pipi...masa nak pindah kat wad, alya tak nak baring atas katil, letak jer nangis, ibu dukung alya sampai dalam wad, kesian alya masih kena puasa lagi sebab nak bagi darah lebihan keluar, alya kena tidur mengiring, alya tak blh nangis takut sakit...semalaman ibu ngan ayah bergilir riba alya....

 Alya, hari kedua lepas op....

Kesian alya masih tak boleh makan dan minum lagi, banyak kali dia mintak susu, kesian alya, benang hitam masih lagi kat pipi alya...beberapa kali alya tidur keletihan...
tengah hari barulah doktor datang tengok alya untuk buang benang kat bawah lidah alya...
alya masih lagi tak boleh makan, cuma bolah minum air kosong jer , itupun bagi ngan syringe, kesian alya dah dekat 2 hari posa...nak buat camana , demi masa depan...bila dapat air kosong pun alya dah macam orang kebuluran, bersungguh2 dia menyedut air kat syringe tu, menitik kat tangan pun dijilatnya...laparnya alya...air kosong tak kenyang...
petang tu lebih kurang pukul 5ptg, doktor lain datang pulak, dan alya boleh start minum susu...makan? tunggu esok...

  Alya hari ke 3 post op...

Hari ke tiga alya dah bertambah sihat , Alhamdulillah...dah boleh lukis ular, he he...makan? boleh dah, tapi mesti makan yang lembut2 cam nestum ngan bubur....banyakkan minum air...
Alya dah boleh balik....Terima Kasih kepada semua doktor yang merawat alya, tak lupa juga kepada semua misi 8TD...juga semua staff OT, terima kasih kepada kawan2 yang datang melawat serta tak lupa kepada member2 blog yang mendoakan alya.....alya semakin sihat dan ada banyak improvement ....

4 comments:

  1. Alhamdullillah selamat dah Alya... syukur... Moga cepat sembuh ye sayang! Dengar cakap ibu dan ayah yer!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. salam..
    sebak sgt bila baca part alia mintak susu...rasa x sanggup nk tgk dia mintak susu tu...semoga alia cepat sembuh dan pasni bole mkn mcm2 ye...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...