Sunday, January 16, 2011

Tragedi tragis lagi tragik

Cerita 2008 lagi...
Kadang-kadang hidup ini perlu diduga, perlu diuji, dalam kelas kita diberi pelajaran barulah kita diberi ujian, tapi dalam kehidupan sebenar kita diberi ujian barulah ada pengajaran dan pastinya ada hikmah sebaliknya, wallahualam....
2008 tahun penuh ujian , takut ibu bila mengingatkannya. Ingat lagi tak doktor mintak sample stool niesa dalam n3 lepas...? bila ibu bawa ke doktor, dr dapati sample stool niesa warnanya agak pucat..kata doktor ada sesuatu yang tak kena pada hati niesa, lagipun kuning niesa berpanjangan. kata doktor , niesa perlu menjalani ujian HIDA scan , buat kat Jabatan perubatan Nuklear, radioisotope diinject dan bahagian hati di scan, tujuannya untuk lihat intake pada hati niesa, nak pastikan dekat pundi hempedu tak tersumbat dan tak der Billiary atresia, temujanji segera diberi seminggu sebelum raya...
Jadinya seminggu sebelum raya niesa perlu dimasukkan ke wad 1TB terlebih dahulu untuk pemantauan dan persiapan menjalani pemeriksaan

 Niesa malam sebelum HIDA scan seminggu sebelum raya

 Tau apa jadi pada malam sebelum niesa admit wad? Rumah ibu accident...ada ke patut??
malam tu dalam pukul satu pagi kalau tak silap , ibu , ayah ngan niesa baru nak tidur, alya masih lagi kat NICU HUSM, syasya pulak kat Kuala Krai duk ngan tok mek ngan tok ayah...
nak dijadikan citer dalam masa mata hampir nak terlelap...DUMMMMM!!!
bunyi apa tu ? bergegar rumah...keluar dari rumah terkejut beruk ibu ngan ayah ada orang langgar porch rumah, habis tercabut pagar, tiang pun dah terbalik , enjin air pecah, sek baik tersekat kereta kat situ , kalau buatnya masuk dalam rumah habis ranaplah rumah , hancus. adalah budak dua orang ni , katanya belajar kete , salah tekan minyak! belajar apalah malam2 buta nyusahkan orang betul...depan rumah ibu tu sunyi jer tak der orang lalu pun boleh accident, tulah benda dah nak jadikan...
masa tu jiran2 semua keluar, kata diorang...dugaan, sabarlah yer...esok nya nak kena bawa niesa g HIDA scan...



Nilah keadaan rumah ibu yang kena langgar...

Esoknya buat HIDA scan niesa Alhamdulillah normal, takder sumbat2 lega ibu...
Tak habis lagi nih...dua tiga hari lepas tu, ibu , ayah ngan niesa balik kg kat Kuala Krai, masa tu dua hari lagi nak raya , alya masih lagi dalam NICU tanpa baju raya, niesa ngan syasya jer ada baju raya , ibu ngan ayah tak sempat pun nak fikir pasal raya...
sesampai jer kat kat kg, syasya pulak lelah teruk jugak... ibu dengan segera bawak syasya ke Hospital Kuala Krai , masa tu dua hari sebelum raya, pergilah kat kecemasan, kata doktor , budak2 biasalah cam ni, nanti oklah tu , sudahnya ambik ubat pastu balik gitu jer tak puashati betul...
Malam esoknya syasya lelah lagi, dengan batuk nyer , berkahak , budak2 mana nak pandai buang kahak, teruk syasya malam tu, nak tak nak, ibu bawak sekali lagi syasya ke Hospital Kuala Krai... malam raya hu hu....Kali ni syasya kena tahan kat wad ,...
Tiada Aidilfitri 2008....2008 yang amat mendugakan jiwa dan raga...
pagi raya, tanpa baju raya, beraya kat hospital, sungguh menyedihkan tanpa anak dcc...
pagi raya tu , ibu ngan ayah tinggalkan syasya kat wad buat sementara bersama misi untuk pergi melawat alya kat NICU HUSM, kesian alya keseorangan disana tanpa baju...  
 
Alya pada pagi raye, tanpa baju raya, parut operation dah semakin sembuh
doktor belah dari tepi dada, dulu ingatkan belah kat depan,
ibu ada beli baju kat alya, tapi alya tak boleh pakai sebab banyak sangat wayar kat tubuh alya.

selesai menjenguk alya, ibu kembali ke Hospital Kuala Krai , samnbung jaga syasya, syasya admit wad sebab bronchopneumonia... lebih kurang seminggu jugak kami beraya kat wad...
apa-apa pun cobaan...

6 comments:

  1. Banyaknya dugaan...sabar yer.Semoga Allah berikan kehidupan yang lebih baik di masa hadapan...dahsyatnya keta tuu langgar tiang...ciannya dekat Alya kena operate, harap2 dah bertambah sihat skrg...

    My recent post ►Fesyen : Fesyen Lenyap, Style Sama

    ReplyDelete
  2. sabar je laa eh ibu :(
    Allah takkan bagi dugaan yg tak dapat ditanggung hamba-Nya. :)

    ReplyDelete
  3. ish horror nya tgk accident tu. and cian tgk alya. Harap skarang dia bertambah sihat

    ReplyDelete
  4. adamxis: tq adam , untuk pengetahuan adam alya buat operation repair coarctaton of aorta kat IJN(ada kat n3 sebelum ni)...

    ReplyDelete
  5. lyeah:InsyaAllah
    mamakembar3: alya semakin sihat, Alhamdulillah, dan untuk pengetahuan mama, alya akan menjalani pembedahan sekali lagi rabu ni 19 januari 2011, untuk baiki sumbing lelangit pulak...doakan alya yer..

    ReplyDelete
  6. salam..

    semoga keluarga alya bersabar n buat adik alya didoakan sihat hendaknyer.....insyallah.

    kembar 3 "family"

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...