Thursday, January 6, 2011

Alya,post op...

21 OGOS 2008, alya selamat menjalani pembedahan resection of aorta dan end to end anastomosis...alya ditempatkan di wad ICU yang lain pulak untuk selepas pembedahan . tak ingat dah ICU apa. Lepas pembedahan hari tu tak sempat nak jumpa ngan dato, dek kerana banyak kes lain lagi. tapi ibu ada jumpa doktor lain , anak buah beliau yang masuk sekali masa operation. kata doktor , "buat masa sekarang alya masih lagi bernafas menggunakan ventilator(tiub pernafasan)...mungkin dalam 2, 3 hari lagi boleh extubated( bernafas biasa)...,lepas tu alya akan dipindahkan ke wad lain dan ibu boleh jaga alya kat wad tu,"...
Kesian anak ibu berjuntaian dengan segala wayarnya, cucuk sana sini...masa buat ni berat alya lebih kurang 1.4 kg sahaja. lebih sikit jer pada sekilo gula, besar manalah sangat jantung alya masa ni kan, besar manalah sangat salur darah alya masa ni kan ...
Hampir lebih kurang seminggu alya kat ICU tu tapi tetap tak ada apa2 perkembangan, alya masih lagi tak dapat bernafas biasa...kenapa ek? doktor sedang menyiasat kenapa alya macam tu . mesti ada sesuatu yang tak kena dengan pembedahan alya nih...dalam seminggu tu ibu tetap tak dapat nak duduk sekali jaga alya , misi yang jaga alya ...cuma waktu melawat jer ibu dapat jenguk alya, tu pun sekejap jer...dah lama sangat ibu ngan ayah kat KL ini , cuti ayah dah nak habis...apa khabar syasya ngan niesa...
ibu ngan ayah ambik keputusan untuk balik kg dulu, lagi pulak sepupu ayah nak balik kg untuk sambut puasa...kami balik kg sama2....ibu ngan ayah tinggalkan alya kat IJN bersama misi2 kat sana...
sampai kat kg, ibu meneruskan routine harian menjaga syasya ngan niesa...camanalah alya sekarang ni, ibu sentiasa doakan alya...moga alya cepat sembuh
satu hari ibu terima call dari IJN.
IJN,"ibu wan alya syafiah ker?,"
IBU,"ya saya,"...
IJN,"macam ni ya puan , saya doktor dari IJN(tak ingat nama), alya buat masa sekarang tak dapat nak extubated(nak nafas biasa)...apa yang telah kita kenalpasti melalui pemeriksaan echo, otot pernafasan alya tak dapat nak naik turun(lumpuh)...,"
IBU,"macam mana tu?,"
IJN,"ini disebabkan oleh komplikasi selepas pembedahan, maksudnya waktu pembedahan tu, terkena salah satu saraf alya yang bersambung ke otot pernafasan(diafram),"
IBU,"mmmm,"tak tahu nk cakap apa...
IJN," macam ni yer sekarang ni kita terpaksa buat satu lagi pembedahan untuk bawak turun otot diafram alya, jadi bila alya bernafas , paru-paru dia akan mengembang dengan baik,"
IBU,"bila nk buat?,"
IJN," kalau boleh secepat mungkin, lepas pada ni alya boleh terus balik semula ke HUSM, puan kat mana sekarang,"
IBU, "saya kat Kelantan, camana? boleh ambik consent by phone tak?,petang ni saya bertolak ke KL,"...boleh buat dulu tak?,"
IJN,"ok, consent by phone ,"
IBU, "thanks yer,"...
petang tu, ibu naik bas ke KL...

POST OPERATION
Alya dapat DIAFRAGMATIC PARALYSIS , PLICATION DONE...
bersambung lagi...

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...