Thursday, May 10, 2012

bersalin afina 2

bila sampai jer kat labour room, daftar kat recovery, then doktor datang check, masa tu hubby kena tunggu kat luar dulu. masa tu jam lebih kurang kul 3 pg. time tuh doktor pelatih ada 2,3 org mai ambk tekanan darah ngan check perut. pastu check jln baru 1 cm. lambat lglah nk tunggu 10cm. biasanya kalau pertama kali salin normal ambk masa lebih kurang 12 jam. walaupun baru 1 cm, kontraktion ni kuat sangat setiap 10 minit sekali. Dr kata tunggu dululah, nk buat ultrasound dulu. tunggulah ibu ni lama gak sbb masa tu ramai jugak yg salin sekali ngan ibu. dalam 5.30pg gitu doktr wat ultrasound kat ibu, pastu dia cakap naik wadlah dulu. lambt lg ni. pastu dia ckp kat nurse suruh anto kat wad. nurse2 kat labour room ni berpengalaman. dia tanya ibu, doktor check jln tak lg sekali? ibu ckp takdelah pulak. dia tanya ibu , nak try check ker? ermm blh gak. pastu nurse check, pastu dia mcm korek buat jln. nurse ckp dah bukak ni 3 cm, x payah naik wadlah. pasni blh standby baju baby, then masuk bilik salin. pastu nurse masukkan ubat ikut punggung pastu dia suruh g toilet. masa kat toilet ibu buang air, keluar darah campur lendir, ketuban darah orang cakap sakit. memang sakit. kontraktion tak berenti dan makin kuat 5 minit sekali, ibu dah berada kat bilik bersalin, hubby ada sekali. kul 7 pg time tukar shift, tinggal ibu sorang jer tak salin lg, org lain semua dah salin. sakitnya makin kuat, tak tahan. doktor nk cucuk ubat thn sakit ,tp ibu x nk. blh tahanlah kononnya. asyik sedut antenot jer, rasa relax skit. acap kali jugak doktor datang masukkan  cbd untk kosongkan pundi kencing. pedih rasa. pastu mai korek jalan lg. sakitnyer... pastu bila time kontraktion ibu rasa cam nk meneran, x blh nk kawal. setiap kali nurse ngan doktor datang, diorang ckp jgn teran, takut nanti bentan. sebab jln x bukak sepenuhnya. masa ni ibu rasa haus sgt. dari mlm td ibu x mkn minum. ayah bg ibu minum dlm tudung botol mineral. jam 2.30 ptg Jumaat, doktor tgk ,nape heartbeat baby slow?...misi ckp full dah kot. lagi sekali doktor check, hah dah blh push ni...ramai jugak masa ni, misi 2,3 org, pas doktor ngan doktor pelatih, hubby ada kat sebelah, diorang sume suruh ibu push cam tgk bola, hah cepat2, sikit lagi, hah sikit lagi, tgk tu kepala baby, (cmn nk tgk, ibu meneran sambil pejam mata, ha ha, sakit)...cam anak sulunglah ni, first time salin normal. banyak kali teran asyik masuk blk jer. lambat sgt. ermmmm dah kena epi.lagi sekali teran then keluarlah afina nur hanan. huh x nangislah pulak. apa taknya dekat2 nk push ibu mintak pethidine buat thn sakit, ubat ni ngantuk. sampai afina pun ngantuk jugak. tp kalut gak masa tu , tp Alhamdulillah dengar suara afina menangis.nurse cakap kat hubby blhlah nk azan. ibu ni, azan? lelaki ker baby kita ayah? tengok betul2. takdelah, pompuanlah. x pelah Alhamdulillah sihat. 2.57ptg, afina selamat dilahirkan. masa ni ibu haus sgt. sebelum naik wad , staf kat labour room bg ibu minum milo panas. ya Allah sedap sgt. lega rasanya. time kaseh sgt...Syukur Alhamdulillah. masa ni rasa serik nak bersalin lg...fobia( pasni tak taulah )...

1 comment:

  1. heheh bestnya..harap sy jg berpeluang bersalin normal utk sec bby amin...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...