Thursday, January 19, 2012

si ibu buta...

sayu ibu bila teringat kisah ni, tahun 2008 masa tu alya masih lagi kat NICU, satu hari masa ibu g melawat alya, ibu berada kat bilik penyusuan bersama ngan alya. sedang ibu asyik bersama ngan alya terdengar  suara dari luar bilik penyusuan,"mana anak ibu ni, ni kaki anak ibu, kaki anak ibu ada dua, anak ibu ada tangan, tangan anak ibu ada dua,". dalam masa tu terlihat kelibat seorang ibu bersama baby premature di atas ribaannya sambil ditolak dengan kerusi roda oleh seorang saudara perempuan masuk ke bilik penyusuan.  sambil itu mulutnya tak berhenti bercakap ngan bayi tu, suaranya yang kuat betul2 menarik perhatian ibu, bukan apa, sekadar rasa ingin tahu kenapa dengan ibu itu? ibu terus memerhati ibu itu, ibu lihat kedua tangannya menyentuh jari jemari anak itu sambil berkata,"anak ibu, ada lima jari yer, anak ibu ada sepuluh jari, anak ibu ada dua mata, sian anak ibu tak boleh blk lagi, cmn rupa anak ibu?," sambil ibu itu mengusap muka anaknya, masa tu ibu perasan, tiba2 ibu sedih, ibu itu buta, x dpt nak lihat anaknya, kesiannya...masa tu ibu tiba2 jadi insaf, ya Allah betapa aku amat bersyukur atas nikmatmu...

3 comments:

  1. sayunya...

    bila kita pandang kesusahan orang lain, kita akan lebih bersyukur kan...

    ReplyDelete
  2. tersentuh... moga ibu itu tabah besarkan anaknya itu...

    ReplyDelete
  3. Sedih sgt bila teringat, rasa cm baru jer berlaku, anak dia lelaki, sebayalah ngan alya niesa syasya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...