Monday, June 6, 2011

balik kg jumpa 'nyang'...

Jumaat baru2 ni, seronoknya ibu dapat balik kampung, lama dah rasanya tak balik, last sekali balik raya tahun lepas, itupun tak beraya mana sebab alya demam. Kampung bukan jauh pun, cuma lebih kurang 4 jam perjalanan jer. Balik ni pun sebab nak gi melawat bapak sedara sakit, rabu ni nak kena operate, harap semuanya berjalan dengan lancar. lepas melawat bapak sedara , langsung balik kampung....bestnyer teruja.
Alya , niesa ngan syasya pun balik sekali, diorang ok dah sekarang ni, tak perlu extra peengasuh, dah besar anak2 ibu, dah masuk 3 tahun dah...niesa duk kat seat depan, alya , syasya ngan ibu duduk seat belakang. ayah jadi driver. Niesa senang jer, 5 minit kereta bergerak, terus lena. alya ngan syasya lambat sikit nak tidur. sampai kat kampung seronok tok ngan tokki main dengan diorang , sekejap2 beli aiskrim, sekejap2 belikan air kotak milo. budak2 tu apa lagi kalau ada orang melayan, ambik kesempatanlah. tapi seronok diorang main , mak2 sedara ada 3 orang duk melayan, che na , che de, che su...balik kg dapatlah jumpa 'nyang', walaupun usia dah mencecah 90 tahun, ingatan masih lagi kuat. berkat mengajar budak mengaji rasanya.
ibu relaxlah kijer...dapat berehat sekejap...walaupun pulang hanya satu malam, tapi penuh makna, seronok dapat jumpa keluarga. petang sabtu balik semula ke Kota Bharu. disebabkan kepenatan , alya,, niesa ngan syasya terus tidur sebaik kereta bergerak sampailah dekat penarik. berhenti sekejap sebab dah janji ngan diorang nak main gelongsor. singgah main gelongsor sekejap pastu perjalanan diteruskan dan mereka sambung balik tidur...

niesa, syasya ,alya

2 comments:

  1. blog ni dalam lulu-pages :)

    kakak!!!! ngee

    ReplyDelete
  2. Best dapat balik kampung kan!! tenang jer!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...