Tuesday, May 10, 2011

REUNION BABY PRAMATANG




27 MAC 2009, Jabatan paediatrik HUSM ada menganjurkan reunion untuk bayi2 pramatang. Alya , niesa ngan syasya pun dijemput sekali, thanks. Masa ni usia mereka 9 bulan. Seronok berkumpul ramai2 berkongsi cerita. Paling seronok ibu kira, adalah para doktor serta staf yang merawat bayi2 pramatang. Pasti mereka teruja untuk melihat perkembangan bekas2 pesakit yang telah meninggalkan  1 Nilam(NICU).


Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Dr.Zaidun Kamari diiringi isteri serta Prof Hans dan juga AP Dr. Noraida.
Majlis dimeriahkan dengan kehadiran ‘ayam M’….paling seronok dapat makan aiskrim banyak2…nyum2


Yang paling best lagi semua peserta dapat bawak balik hadiah…


Niesa sempat lagi berdukung dengan Yang berbahagia datin…kenangan yang mesti diabadikan…


Ermmm, nak datang sini bukannya senang, ibu kena bawak 2 inang pengasuh ni untuk pegang syasya ngan niesa, alya? Ibulah yang pegang.syasya tu semua benda nak letak dalam mulut. Niesa tu sikit lagi nak tercabut kat atas kepala tu. Alya asyik pandang2 jer. Akak kat belakang yang pakai baju merah ngan tudung merah tu kalau tak silap ibu anaknya masa lahir berat dalam 600gm jer. Tapi Alhamdulillah dengan teknologi dan kepakaran yang ada,  anak dia boleh survive.
Hah! Nilah dia Dr. Che Anuar( Gynecologist)…dialah yang rawat ibu masa peknen dulu dan dialah jugak yang jumpa kembar 3 ibu…Thank you Dr. Che Anuar and the team.

WAN ALYA SYAFIAH (1st triplet)

WAN NIESA IMANA (2nd triplet)

WAN SYASYA NASUHA (3rd triplet)

Tengok syasya, mesti nak letak dalam mulut…niesa yang montel. Alya macam tulah. Ni bergambar ngan doctor paed ngan reps.

Sempat lagi bergambar ngan ‘ayam M’ nih…niesa geram sangat ngan ayam nih, syasya nak belon tu…yang kecik tu alya…dah 9 bulan umur masa ni… berat alya masa ni rasanya tak sampai 3kg. alya, alya…sabo jelah. Bak kata pepatah mertua ibu…”menjaga alya ni, ibarat menyalakan api dalam air,”… ermmm camana tuh… tapi walau apapun yang kita lakukan ingat Allah selalu. Percaya pada rukun iman yang 6. Segalanya telah tersurat dimakrifat. Kepada pembaca blog yang baru membaca blog ibu, apakah yang anda jangkakan dari alya?
Alhamdulillah…alya membesar cam biasa walau agak lambat…

piece!

terima kasih daun keladi,
kalau sudi jemputlah lagi...

2 comments:

  1. mama ida harap alya, nisya dan syasya dikurniakan kesihatan yg baik dan sentiasa ceria selalu.

    ReplyDelete
  2. Salam sis... Anak saya jgk ada kt wad nilam skg ni... Dh nk msk 6 bln... Dia ex prem.. Juga ada chronic lung disease sama mcm alya... Skg still lg guna oksigen (nasal prong) prof aida plan nk bg balik jgk tp kena guna oksigen kt rumah... Harap ank saya pn akan survive mcm ank2 sis...

    Ur triplets sgt comey...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...