Thursday, December 13, 2012

persediaan menyambut kelahiran bayi

http://image.tradevv.com/2010/11/08/wasy5535180_1652048_450/baby-nose-cleaner.jpg 
Nose cleaner

Seronok kan nak menyambut kelahiran bayi baru...lebih2 lagi kalau anak sulumg. tak sabar2 rasanya. Tapi apa-apapun diharapkan bayi yang bakal lahir sihat waalafiat tanpa sebarang masalah kesihatan. Tiba-tiba jer rasa nak tulis pasal nose cleaner sebab ada member tanya pasal nose cleaner ni, dia ada tunjukkan senarai barang yang perlu dibeli untuk menyambut kelahiran bayi. Salah satunya benda nilah. Penting ke tidak. Apa yang dapat ibu katakan, be prepare ...benda ni nak buat sedut hingus baby. Paham2 jelah bayi  tak pandai nak hembuskan hingus sendiri. Benda ni akan clearkan pernafasan bayi. Tak salah masukkan salah satu benda ni dalam senarai persedian kelahiran. Ibu teringat masa alya dulu , benda ni penting sangat buat dia, tambahan pula alya ada masalah lelangit merekah yang belum direpair pada masa tu. Menyebabkan susu yang diminum keluar dari hidung. Kalau makan nasi, nasi yang keluar ikut hidung. Masa tu Alya selalu dapat selsema dan batuk berpanjangan. Alya pun selalu keluar masuk wad. Yang atas ni jenis muncung pendek. Ibu beli sejenis lagi untuk alya yang panjang punya, kita boleh sedut ngan mulut macam yang kat bawah ni...


Yang ni boleh sedut sekuat hati, tapi hati-hati....sekarang ni alya dah ok lepas lelangitnya di operate 2 tahun lepas.... Alhamdulillah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...