Tuesday, July 5, 2011

suka sangat berebut tv

budak2 ni suka sangat berebut tv...nak tengok sorang2 jer, orang lain tak boleh tengok. lebih2 lagi bila pasang lagu nasyid budak2 taska, tu yang diorang suka sangat. kalau keluar iklan aiskrim pun diorang berebut jugak aiskrim kat dalam tv tu...
bila sorang dah start tercegat kat depan tv, yang lain akan cuba buat benda sama, sudah nya gaduh...

mula2 gaduh mulut dulu...."tv ngoh(niesa) ni,"... alya pun nak ambik port jugak tu, tapi niesa ngan alya ok lagi tak gaduh sangat, kira niesa boleh tolak ansur ngan alya, alya pun takde nak marah sangat ngan niesa... tapi kalau dengan syasya(long), diorang dua orang ni mesti nak marah...

"ngoh nak tengok gok"...

tapi bila syasya (long) masuk nak ambik port inilah jadinya , pergaduhan akan berlaku dan si ibu akan bertukar menjadi tarzan dengan tiba2....

pastu apa lagi, nangislah....kesudahannya ibu matikan terus tv tu, semua tak boleh tengok...hah gaduh lagi...takde siapa pun yang akan menang

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...