Monday, November 22, 2010

hari-hari berikutnya ibu lalui dengan berulang alik dari rumah ke hospital, sampai kat portal ayah akan tolak ibu ngan kerusi roda naik ke tingkat 1 Nilam(NICU). begitulah hari-hari, pantang ??takde dalam kamus ibu...perkembangan anak-anak ibu, alya sekejap intubated, sekejap extubated, sekejap kuning sekejap ok, sekejap ada infection dalam darah, sekejap takde, niesa pun sekejap kuning sekejap ok, syasya pun sekejap kuning sekejap ok...doktor tanya ibu ada makan ubat2 apa ker?jamu ker, yang panas-panas??takde, ibu tak makan apa-apa ubat pun...takut-takut effect kat anak-anak ibu...

30 JUN 2008
Hari ni masuk hari yang ke-13 ibu berpantang selepas melahirkan anak sulung, ini bermakna sudah 13 hari jugalah anak-anak ibu wan alya syafiah,wan niesa imana ngan wan syasya nasuha berada di 1 Nilam HUSM.
Semalam amat mengejutkan ibu dan ayah, kami diberitahu oleh doktor Noraida(PM) yang alya mengidap ASD,VSD dan juga coarctation of aorta. Keadaan alya amat merisaukan doktor, begitu juga dengan ibu dan ayah. Niesa pulak ada PDA ,tapi setelah diberi ubat indometasin (tak taulah salah eja ke) untuk menutup PDA tersebut, masih ada kedengaran bunyi murmur pada jantungnya. Jadi doktor masih menyiasat keadaan niesa. ibu harap takde apa yang lain pada niesa, sebab keadaan niesa amat baik. Dengan buang airnya ok. setakat ni syasya yang paling memuaskan. Ibu harap syasya akan bertambah sihat.
Hari ni ibu tak pergi jumpa anak-anak ibu, hanya ayah sahaja yang pergi menghantar susu yang telah ibu perah untuk anak-anak. Ibu sedih sebenarnya mengenangkan nasib anak-anak ibu, tapi semua ini adalah ujian dari Allah Ta'ala. Nak atau tidak ibu dan ayah wajib terima. Kadang-kadang ibu menangis sendirian mengenangkan nasib anak-anak ibu. Ibu mesti kuat, ayah juga mesti lebih kuat dai ibu...
2.30 petang,
petang ni dalam pukul 4 petang ibu bercadang nak pergi melawat anak-anak ibu. tak bolehlah tak pergi, rindu. rasa meronta-ronta sangat nak jumpa. susu pun dah keluar, anak-anak lapar ni. pagi tadi tinggal 10 bekas sahaja lagi susu yang diperah. tak sabar nak jumpa alya , niesa , syasya. ibu sayang you all. miss you so much. tunggu ibu datang yer sayang. Nanti ayah datang ambik ibu. Harap ada keajaiban dari Allah Ta'ala untuk anak-anak semua. InsyaAllah. Semuanya kuasa Allah Ta'ala. Dialah penentu segala. Doa ibu sentiasa bersama anak-anak ibu...
6.30 petang,
baru jer balik tengok anak-anak.semua ok cam biasa. cuma yang merisaukan pulak syasya, sebab perut dia distended skit. pastu doktor nak buat x-ray pulak, harap takde apa2.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...