Sunday, July 7, 2013

Susuk...

Assalamualaikum... susuk? tiba2 jer ibu rasa nak tulis pasal ni, bukan apa sebagai peringatan.. susuk kalau tengok dalam tv macam citer seram jer... tapi susuk ni memang mistik kan...dalam dunia yang moden ni masih ramai lagi yang pakai susuk...walau mistik mana pun ia, susuk tak boleh di sorok melalui x-ray, walaupun ia tersusuk. Apa yang dapat dilihat dengan mata tak dapat di lihat dengan realiti. Susuk untuk cantik, untuk muda tapi pada saat2 akhir akan merana jiwa raga. Sepanjang kerja sebagai juru x-ray ni banyak ibu jumpa orang yang pakai susuk, kat muka penuh macam dengan jarum , macam jarum peniti...kat dagu, kat lengan, kat lutut , breast pun ada, kat bawah pun ada...melihat kesakitan yang ditanggung pada saat2 akhir amat menyiksakan. Yang ni memang sengaja pakai...tapi yang tak tahu macam mana? Sebab ada satu hari ibu buat satu pesakit untuk MRI Brain(kepala), bila masuk dalam gantry (lubang MRI) kelihatan artifak (gelung hitam ) pada bahagian kepala pesakit. Ingatkan MRI yang rosak , check punya check ok jer. Lepas tu ibu buat x-ray biasa atas pesakit ni, kelihatanlah susuk atas kepala dan juga bahagian belakang tengkuk. Bila tanya balik pada pesakit tu, katanya dia pergi jumpa tok bomoh untuk ubatkan sakit kepala yang dialaminya , dan dia tidak tahu langsung mengenai susuk yang tersusuk di kepalanya , cuma masa seisi pengubatan dijalankan, dia(pesakit itu) ada mendengar bunyi benda dipatahkan macam besi. itu jer. Jadi, Awas!.
Ada satu kes lagi, MR Lumbosacral(tulang belakang) pun ada artifak kat bahagian belakang pesakit, buat x-ray biasa kelihatan macam jarum . pesakit pernah berubat dengan bomoh untuk hilangkan sakit belakang, tapi masa tu pesakit tak perasan, isteri beliau melihat tapak tangan bomoh dilalukan atas belakang suaminya bersama 'suatu' benda , kemudian benda itu hilang...
Dan satu lagi... seorang pesakit ini datang dengan yakinnya ," saya nak buat MRI dan saya dah pun buang susuk ni"...malangnya tak boleh nak buat sebab susuk tu masih ada... 
WaAllahua'lam....Mohonlah keampunan dari Allah  dapatkanlan keredhaan dariNya...
Bertaubatlah sebelum terlambat....check susuk anda melalui x-ray... hmmmm

1 comment:

  1. isshhh dgn x-ray bole nmpak suma tu yea..seram juga nmpak bnda2 suma tu kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...