Thursday, July 18, 2013

sambal kicap soto...

nyum nyum ...
selamat berposa semua...baru-baru ni adalah ambil resepi dari member ibu, kak sal  cara-cara nak buat sambal kicap soto. tapi semalam bukan berbuka puasa masak soto, tapi masak nasi ayam yang ibu ganti kicapnya dengan sambal kicap soto. sedap jugak. ni nak share sikit resepi sambal kicap ni , walaupun simple tapi sedap...ni bahan-bahannya

bahan-bahannya...
cili api sesuka hati( kalau nak pedas letak lebih)
minyak masak satu sudu( untuk menumis)
kicap setengah cawan
kuah sup setengah cawan (kuah sup dari rebusan ayam bersama bawang putih dan halia)
bawang goreng segenggam( lagi banyak lagi sedap.

cara-cara...

tumis cili api ngan sedikit minyak sampai satu rumah bersin..he he lepas tu angkat cili api yang telah ditumis. toskan. ambil blander, masukkan cili api, bawang goreng, kicap dan kuah sup. blander hingga sebati. Dah siap. senangkan. cubalah , pasti tak menyesal



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...