Tuesday, March 15, 2011

zaman kembar

Zaman berkembar
Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi
mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan
jelas diriak muka mereka…
Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu
berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri
Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara
berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan
riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang
memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat
melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation,
kata lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu
kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat.
Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu
dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini,
saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki
ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan.
Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan
lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.” 

 ni pulak anak nadya suleman yang kembar lapan tu...octuplets

6 comments:

  1. tuuuuu diannnnnnn.........jenuh nk blei susu ngn pampers....hahahah

    ReplyDelete
  2. terror betoi nadya tu dpt bela 8 babies skali... kita 3 pun dah fenat kan? but soooo cute laa 8 org camtu hehe

    ReplyDelete
  3. hehe... lawak lak...

    nanti saya nak apply keje kat 7E lah,hehe

    btw thnx follow ya kak

    ReplyDelete
  4. Waa!!!! kembar lapan!!! huhuu...

    ReplyDelete
  5. Tuan tanah, nanti jemput datang ke Jom Berkelah 2 yer!!

    http://amrafahan.blogspot.com/2011/03/jom-berkelah-dengan-geng-kembar-ke-2.html

    ReplyDelete
  6. salam singgah n follow sini...
    seronoknya ada anak2 kembar kan!
    mas suka sangat walaupun mas takde anak kembar!

    salam perkenalan ok..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...