Wednesday, September 11, 2013

layan drama tv3

Salam, hmm lama dah tak menulis kat blog ni, gambar pun dah lama tak upload. banyak gambar nak letak tapi tak sempat sangat. alya , niesa , syasya... minat sangat dengan drama bersiri tv3. layan habis tu, Cinta Jannah, Asmara Luna , Diandra, Kampung Girl, pastu baru2 ni cerekerama Walau air mata darah, kul 12 malam baru tidur. 
Bila nak bangun pagi mulalah liat jer. 

Naluri anak perempuan ni, nak berlipstik, nak make up. Pagi2 mengadap cermin make up dulu. kadang2 tu pergi sekolah merah bibir2 mengalahkan cikgu. Nak pakai baju macam princess. Kadang2 tu mintak nak pakai baju kahwin. "bila boleh kawin ,ibu?" . " ishk , kecik lagi mana boleh kawin,". " kalau besar boleh kawin ker ibu?". " eeem , belajar pandai2 dulu, kerja, baru kawin,".  Alahai budak2 ni, pengaruh tv, tengok citer kawin nak kawin jugak. Kecik lagi sayang. 
Tak boleh nak salahkan tv jugak, mak bapak sendiri nak tengok. hu hu

Kadang2 ibu tergelak sendiri bila tengok budak2 ni berlakon sama sendiri, jadi ayah , jadi ibu, jadi baby.Macam2 idea diorang reka. Mereka bertiga kan geng. Argh! takder idea nak tulis. Lain kalilah. wassalam.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...