Tuesday, November 1, 2011

alya, niesa, syasya mula masuk sekolah

macam mana yer bila anak2 bila mula sekolah? risau gak , nak tergelak pun ada bila memikirkan ooooh dah besar rupanya anak2 ibu. takdelah besar mana tapi dah nak masuk 4 tahun , tahun depan. seronok pun ada. dah diba masanya untuk beralih ke alam persekolahan. dulu hantar kat rumah pengasuh jer. takder pendidikan yang betul2 daripada cikgu. lagi pun alya lambat bertutur. risau ibu takut kalau2 alya akan menghadapi masalah disleksia. masalah kesukaran dalam pembelajaran. kalau hantar awal ni , mudah sikit nak pantau.
alkisahlah semalam ibu start hantar alya , niesa ngan syasya kat sekolah tahfiz al-faruqi. kat situ dia start ambik dari baby hinggalah ke enam tahun.
mula2 sampai tu, alya masuk kat sekolah tu, dia start salam ngan budak kat situ, berjuruih benor. niesa ngan syasya duk melihat kat tepi pintu jer. pastu niesa ngan syasya duduk kat tepi dinding, pastu bila ibu ngan ayah nak g kerja, niesa mula menangis tak nak duduk situ, alya pun dah start menangis siap pegang kaki ibu. tapi syasya relax jer duk perhati member2 baru kat sekeliling. bagus sungguh si syasya ni, tak menangis pun.
tapi biasalah budak menangis bila kat tempat baru. takde apalah, cheewah ibu cuba pujuk hati...risau gak. tapi takpelah , pandai lah tu cikgu memujuknya.
hari ni, bila ibu ngan ayah hantar ke sekolah, alya niesa ngan syasya dah pandai bawak diri. tak menangis dah...harap anak2 ibu berjaya di dunia dan akhirat...InsyaAllah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...