Monday, September 27, 2010

     Ibu berjumpa doktor lagi, kata doktor kembar dua. satu kantung tapi ada membran yang membahagi dua  @ monochorionic diamniotic. Tapi yang sebelah tu lebih besar dari yang satu lagi. Kenapa eh...
     Dua minggu berikutnya ibu berjumpa doktor lagi, kali ni bila doktor scan lagi, katanya kemungkinan kami kembar siam. Sebabnya punggung dengan punggung kami bertemu dan kedudukan kami tak beralih (alya + niesa). Buat masa ini doktor masih mengesyaki kami kembar dua.
      Dua minggu berikutnya lagi, ibu berjumpa doktor bagi memastikan kami tidak kembar siam. Memang ketika scan , kedudukan kami berubah tidak lagi bertembung punggung ngan punggung. Tapi...apa yang doktor temui...kami bertiga rupanya. we are the triplets. kami kembar tiga. terkejut ibu.
      Ibu sms ayah, "anak kita bukan dua, tapi tiga,". Ayah terkejut. Ibu takde buat IVF . Ia berlaku secara spontan. MasyaAllah semuanya berlaku atas kehendak-Nya. Dialah yang maha berkuasa menciptakan segala makhluk dibumi ini. Subhanallah...
      Jadi kedudukan kami sekarang , kami berkongsi satu uri. alya ngan niesa duk sekali, syasya duk sorang kat bilik sebelah...
      Masa mengandungkan kami, ibu alah teruk, asal makan jer muntah. Bau menumis pun ibu muntah. Doktor cakap biasalah tu. Sebab ibu dapat tiga kali ganda hormon perempuan mengandung. Satu hari ibu kena tahan kat wad sebab muntah teruk. Urine ketone ibu pun tinggi. Ibu kena tahan kat wad , kena masuk air banyak botol. ,duduklah ibu kat wad lebih kurang 3 hari. Lepas tu, ibu oklah skit. Masa mengandungkan kami ibu tak tahu nak makan apa, semuanya meloyakan. Ayahlah yang bersusah payah memikirkan menu untuk ibu. Tapi kalau pagi 2 kat tempat kerja, ibu suka beli cekodok bawang 3 biji, sorang satu untuk anak2 ibu.....

                                                                                                                     bersambung.......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...