salam semua, ingat tak pada citer repunzel? budak2 ni layan repunzel sampai tak ingat. cerita tangled ni memang best. afina pun seronok duk dpn laptop tu...ibu pun layan sekali...
Thursday, November 14, 2013
Wednesday, October 9, 2013
masuk wad untuk tidur
Salam , dalam tahun ni alya asyik duk berulang alik ke ORL, audio, speech therapy...nak concentrate pasal telinga alya...problemnya dia kurang dengar , kesian jugak sebab kat sekolah dia agak ketinggalan berbanding niesa ngan syasya. Baru2 ni ada try pakai alat bantuan pendengaran, ok skit tapi pakai sekejap2 jer dulu nak bagi dia biasa. katanya sakit telinga bila pakai. Kata doktor alya sebenarnya mungkin tak perlu pakai alat bantuan pendengaran lepas buat satu lagi pembedahan untuk pasang gromet. Nak dijadikan cerita dua bulan lepas masuklah wad untuk operation, ibu ambik cuti siap2, ayah pun ambik cuti. Admit wad pagi2 lagi, Ohh baru teringat masa ni bulan puasa, duk pikir karang bukak posa kat hospitallah gamaknyer. Semua adik beradik alya masuk dalam wad tu. Bising ngan suara budak2, sik baik takder orang masa tu . Sebelah petangnyar doktor bius datang review,masa tu budak2 duk tidur atas katil . Doktor duk meneka "mana satu alya?mesti yang paling kecik ni,"tak boleh buat sebab alya ada selsema ngan batuk , takut ada komplikasi lepas bagi bius, jadi kena postponed. Takpelah gitu gak nak buat camana. Alya sejak besar sikit ni susah betullah doktor nak chek, lagi2 nak ambik darah punyalah susah, siap kena bungkus dengan selimut. Datang hospital untuk tidur jelah... Dekat nak bukak posa baru sampai umah.
Alya dah dapat tarikh baru untuk operation lepas raya haji ni 24/10/2013... Doakan alya yer.
Alya dah dapat tarikh baru untuk operation lepas raya haji ni 24/10/2013... Doakan alya yer.
Monday, October 7, 2013
sekitar raya lepas...
| afina ngan sepupunya maisarah...beza umur 2 bulan jer |
| merasmikan pelamin adik ipar... |
| syasya, alya, afina ngan niesa... |
Wednesday, September 25, 2013
Sekitar Raudhah Di hatiku...
Bertempat di Masjid Kubang Kerian...Alya, Niesa , Syasya turut sama dalam peraduan mewarna... walau tak menang takper sedikit sebanyak memberikan pengalaman serta mendedahkan mereka dengan pertandingan...sekadar suka-suka ...
| niesa, alya, syasya....bersedia... |
| hah...mak bapak...belakang2 |
| baby afina nurhanan... |
| muka upin ipin dah sama color ngan kerusi... |
Wednesday, September 11, 2013
layan drama tv3
Salam, hmm lama dah tak menulis kat blog ni, gambar pun dah lama tak upload. banyak gambar nak letak tapi tak sempat sangat. alya , niesa , syasya... minat sangat dengan drama bersiri tv3. layan habis tu, Cinta Jannah, Asmara Luna , Diandra, Kampung Girl, pastu baru2 ni cerekerama Walau air mata darah, kul 12 malam baru tidur.
Bila nak bangun pagi mulalah liat jer.
Naluri anak perempuan ni, nak berlipstik, nak make up. Pagi2 mengadap cermin make up dulu. kadang2 tu pergi sekolah merah bibir2 mengalahkan cikgu. Nak pakai baju macam princess. Kadang2 tu mintak nak pakai baju kahwin. "bila boleh kawin ,ibu?" . " ishk , kecik lagi mana boleh kawin,". " kalau besar boleh kawin ker ibu?". " eeem , belajar pandai2 dulu, kerja, baru kawin,". Alahai budak2 ni, pengaruh tv, tengok citer kawin nak kawin jugak. Kecik lagi sayang.
Tak boleh nak salahkan tv jugak, mak bapak sendiri nak tengok. hu hu
Kadang2 ibu tergelak sendiri bila tengok budak2 ni berlakon sama sendiri, jadi ayah , jadi ibu, jadi baby.Macam2 idea diorang reka. Mereka bertiga kan geng. Argh! takder idea nak tulis. Lain kalilah. wassalam.

Thursday, July 18, 2013
jangan lupa masa susah
kadang-kadang ibu terlupa kesusahan masa lalu dengan kebahagian hari ini... berguna jugak blog ni dapat mengingatkan masa lampau. bila ibu godek2 balik blog ni , baca kisah alya ibu jadi teringat alya pernah terpaksa minum susu monogen yang berharga rm 300 setin kecil, yang pada masa tu ibu sempat beli 4 tin. pelik sungguh susu ni, pandai betul orang yang merekanya. susu ni diserap terus ke dalam tubuh tanpa perlu melalui sistem limpa:
ni contoh susunya:
kat cn kisah alya terdahulu...
http://thetriplets18.blogspot.com/2011/01/alya-dah-boleh-balik-tapi.html
ni contoh susunya:
kat cn kisah alya terdahulu...
http://thetriplets18.blogspot.com/2011/01/alya-dah-boleh-balik-tapi.html
sambal kicap soto...
nyum nyum ...
selamat berposa semua...baru-baru ni adalah ambil resepi dari member ibu, kak sal cara-cara nak buat sambal kicap soto. tapi semalam bukan berbuka puasa masak soto, tapi masak nasi ayam yang ibu ganti kicapnya dengan sambal kicap soto. sedap jugak. ni nak share sikit resepi sambal kicap ni , walaupun simple tapi sedap...ni bahan-bahannya
bahan-bahannya...
cili api sesuka hati( kalau nak pedas letak lebih)
minyak masak satu sudu( untuk menumis)
kicap setengah cawan
kuah sup setengah cawan (kuah sup dari rebusan ayam bersama bawang putih dan halia)
bawang goreng segenggam( lagi banyak lagi sedap.
cara-cara...
tumis cili api ngan sedikit minyak sampai satu rumah bersin..he he lepas tu angkat cili api yang telah ditumis. toskan. ambil blander, masukkan cili api, bawang goreng, kicap dan kuah sup. blander hingga sebati. Dah siap. senangkan. cubalah , pasti tak menyesal

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)