seawal usia kandungan ibu mencecah 7 bulan, ibu disuntik dengan ubat untuk mematangkan paru-paru anak-anak ibu...
32 minggu, semasa temujanji, perut ibu discan doktor, doktor periksa keadaan anak-anak ibu...
semua ok, tapi...masalahnya...
daripada doppler scan, salah seorang dari anak ibu tak mendapat bekalan darah yang cukup...
doktor dapat detect salah seorang dari anak ibu menghadapi masalah... ya... dialah alya. kata doktor , mereka tak dapat jamin yang anak ibu akan dapat hidup dalam masa 24 jam. Pembedahan segera harus dilakukan, jika salah seorang anak ibu meninggal, maka yang lain akan mendapat kesannya jugak...
Pada pagi temujanji itu, kekalutan berlaku, doktor yang terlibat (Dr Era) (team Dr Che Anuar) letih menelefon seluruh hospital di Malaysia ini untuk prepare/standby 3 ventilator( alat bantuan pernafasan) in case berlaku apa2 (Thanks to all the doctors). tapi takde sebuah hospital pun yang dapat menyediakan ketiga-tiga ventilator tersebut kerana kebanyakkannya sedang digunakan... Cadangan penyelesaian yang dapat mereka buat adalah pisahkan anak-anak ibu buat sementara jika ketiga-tiganya memerlukan ventilator(alat bantuan pernafasan). Maksudnya hantar ke hospital lain, kerana HUSM dapat sediakan dua ventilator, manakala HRPZ II dapat sediakan satu ventilator...
Macam mana keadaan Alya sekarang? Harap2 semakin sihat dan ok!
ReplyDelete