18 Jun 2008,
Selamat datang anak2 ibu, Alhamdulillah...syukur semuanya selamat,
ketiga-tiga anak ibu di bawa ke wad 1 Nilam, namun begitu keadaan Alya agak kritikal, alya terpaksa di intubated( dimasukkan tiub pernafasan) kerana alya tak dapat bernafas sendiri dan memerlukan bantuan pernafasan, niesa hanya perlukan oksigen biasa manakala syasya tak memerlukan apa-apa bantuan pernafasan. Dalam kekalutan doktor memberikan rawatan kepada alya, niesa, syasya...ayah pergi ke 1 Nilam... Qamatkan alya, niesa dan syasya. Kata ayah, berselirat wayar kat tubuh anak-anak ibu. Berat alya cuma 1.1 kg, niesa 1.5 kg, manakala syasya 1.2 kg sahaja.
Hari pertama pembedahan ibu tak dapat menjengah anak-anak ibu kat 1 Nilam, ibu terpaksa baring selama enam jam selapas pembedahan tak boleh angkat kepala, kena duduk lurus jer( prosedur lepas pembedahan). Petang tu perut ibu sakit sangat , ibu nak panggil staffnurse tapi suara ibu macam tak keluar. Sakit sangat, orang tua-tua kata mungkin rengat kot. Masa tu banyak sangat darah keluar. Pastu kan staffnurse datang kat ibu , dia tanya sakit ker? Ibu cakap sakit. Ibu nak ubat tahan sakit. Pastu dia ada inject ubat tahan sakit, pethidine kot kat punggung ibu . Ibu rasa mengantuk macam khayal gitu , pastu bila member ibu datang melawat , ibu cakap pun dah mengarut dah , tak ingat dah apa ibu cakap. Ramai teman-teman ibu yang datang melawat. Terima kasih semua. hari tu heboh satu wad kembar tiga baru lahir.
Showing posts with label awal kelahiran. Show all posts
Showing posts with label awal kelahiran. Show all posts
Thursday, October 21, 2010
Selamat Datang ke Dunia, Anak2 Ibu
Thursday, October 14, 2010
SELAMAT DATANG KE DUNIA ANAK-ANAK IBU
18 JUN 2008,
Pagi yang sungguh indah, pagi ini ibu akan menyambut kelahiran anak-anak ibu...
tak sabar rasanya, walau apapun yang terjadi ibu telah bersedia untuk menghadapinya...
pagi itu ayah ada bersama-sama mengiringi ibu ke bilik bedah , tangan ayah ibu cium untuk pohon restu, dahi ibu ayah kucup tanda restu...bersama-sama ayah, ada tok mek, tok ayah serta teman2 ibu, memberi semangat dan sokongan pada ibu...ibu rasa tenang...
ayah hanya dapat menemani ibu ke pintu bilik bedah jer, tak dibenarkan masuk.
setibanya ibu dibilik bedah, ibu dipindahkan ke katil bedah, ibu kemudian dibius separuh...
masa itu Dr Khursia ngan Dr Era yang membedah ibu...
mula2 alya dikeluarkan dari perut ibu....tapi jururawat tak dapat tunjukkan pada ibu, sebab alya perlukan bantuan pernafasan dengan segera dan dibawa ke wad ICU bersebelahan(NICU) (1 Nilam)... kemudian niesa pula dikeluarkan dari perut ibu, jururawat bawa niesa kepada ibu kemudian niesa ibu cium...last syasya keluar dari perut ibu dan jururawat membawa syasya kepada ibu, kemudian ibu mencium syasya ... mereka kemudian membawa kesemua anak-anak ibu ke 1 Nilam(NICU)...

Subscribe to:
Posts (Atom)