| ibu tak tahu kenapa alya menangis, mungkin alya masih sakit?? banyaknya dugaanmu anakku | ... |
Showing posts with label at NICU(1 NILAM) 2008. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011
Cerita lama alya...2008
sambungan daripada niesa ngan syasya melawat alya...selepas beberapa minggu nampaknya alya semakin baik , dah takde cylothorax, paru2 pun dah clear, laser mata pun dah buat, alya kini tak duduk dalam incubator lagi, alya dah duduk kat court baby , masa ni umur alya dah 4 bln, tapi alya tak boleh meniarap atau buat apa2 lagi hanya berbaring sahaja . alya masih lagi menyusu melalui tube kat mulut...terpikir jugak ibu , camana alya nak minum nanti ? pandai ke alya nak hisap, sebab selama 4 bln ni susu masuk terus ke mulut alya tanpa perlu hisap, yang pasti alya terus rasa kenyang..
Wednesday, January 12, 2011
niesa ngan syasya g melawat alya...
Salam, nak sambung lagilah n3 pasal alya nih. nak ingatkan kepada pembaca blog, jangan confius yer, kisah ni berlaku 2008, flashback balik...
Alhamdulillah, laser ke atas mata alya berjalan ngan lancar walaupun alya masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan...
Dalam masa alya berada kat NICU, niesa ngan syasya perlu jugak dibawa berjumpa dengan doktor untuk temujanji susulan...
Satu hari ibu ngan ayah bawak niesa ngan syasya untuk temujanji ngan AP Dr Noraida, kat Klinik Paediatrik, semuanya ok...cuma niesa nampak macam ada kuning lagi, umur dah 2 bln lebih ni, doktor takut ada kemungkinan ada kesumbatan pada hati niesa, takut2 ada BILIARY ATRESIA , jadi kena ambik darah dululah...lepas tu bila balik nanti ambil sample stool niesa letak dalam bekas yang diberi, bawak mari jumpa doktor kat wad...
then kata Dr, "bawaklah niesa ngan syasya kat wad NICU, jumpa ngan alya , sebab alya sangat2 memerlukan sokongan, mungkin dengan hadirnya niesa ngan syasya akan bagi lebih kekuatan pada alya, "..."sebab mereka sedarah,"...
Pada mulanya ibu ingat tak boleh bawak masuk budak kat wad NICU tu, bila doktor dah bagi izin cam tu, ibu ngan ayah bawak naik syasya ngan niesa ke NICU jumpa ngan alya , alya masih lagi dalam incubator ngan ventilator...mungkin dengan kehadiran niesa ngan syasya akan menguatkan lagi semangat alya...

Tuesday, January 11, 2011
Alya, alya apa lagi kali ni????
salam kengkawan, maaplah ibu selalu lambat buat n3, coz time kije jer blh bern3, itupun kalau takde kes. kat rumah broadband tak boleh nak harap...hampeh. Jumaat ngan Sabtu cuti plak, hu hu banyak jer alasan...
ermmm, berbalik pada alya , cerita dekat NICU lagi, lepas dapat cylothorax hari tu alya start dengan high ventilation( kiranya macam alat bantuan pernafasan pam dengan laju), sebab nak pulihkan balik paru2 alya yang collapse.Lepas sehari dua paru2 alya mengembang macam biasa tapi masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan...
ibu dah start kerja, sambil2 gi tengok alya kat wad....satu hari ibu dihubungi doktor mata...
dr mata."ibu alya ker?".
ibu,"ya saya,".
dr mata,"boleh datang kat wad ker? ada perkara nak bincang pasal alya,"
ibu,"ok,".
dalam hati ibu , apa lagi nih...ibu terus ke wad dan dr mata menunggu disana...
kata dr mata," macam ni yer, kita ada check mata alya dan saya dapati ada salur darah belakang mata alya tumbuh dengan tak sekata, alya dapat RETINOPATHY OF PREMATURITY(ROP) stage iii....dan kalau dibiarkan boleh menyebabkan alya tak dapat melihat,".
ibu,"gulp, camana ni dr?,".
kata dr mata,"macam ni, kita terpaksa buat laser kat belakang mata alya, kita cuba sekat salur darah yang nak tumbuh tu, tapi kena buat cepat nih, ".
ibu, " bila nak buat?,"
kata dr mata,"nanti kita mintak dr bius review, sebab alya on ventilator,risikonya sangat tinggi,"
setelah ibu berbincang dengan dr bius ngan AP dr Noraida , macam macamana pun alya mesti buat laser tu , kalau tak berkemungkinan besar alya tak dapat melihat lagi, sedihnya ibu tak tahu nak cakap macammana...ibu sedaya upaya menyembunyikan perasaan sedih ibu, tak dapat nak digambarkan macamana...dr kata InsyaAllah semuanya akan ok...
Bila sampai kat tempat kerja , member2 duk bertanya tiba2 jer ibu jadi sedih, sebak tak dapat nak tahan lagi, depan2 diorang jugak ibu menangis semahunya...banyak nyer dugaan alya...tak tertanggung ibu, ibu tak berdaya....

Monday, January 10, 2011
Alya dah boleh balik, tapi...
Nak sambung citer alyalah...pada 5 September 2008, alya dah boleh keluar dari IJN, tapi malangnya alya masih lagi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan , jantung dah repair , otot pernafasan alya pun dah repair...kata doktor alya boleh balik dan teruskan rawatan di NICU HUSM.
Pada 5 September 2008 itu jugak, doktor Aznor bersama jururawat Noraini datang dari Kota Bharu untuk membawa pulang alya...masa itu ibu tunggu diorang kat IJN...ayah tak datang sama , dia tunggu kat KB sahaja. Untuk pengetahuan korang semua , masa ni bulan posa, kesian jugak kat Dr Aznor ngan misinya, disebabkan alya masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan, Dr terpaksa bagging alya dari IJN hingga ke HUSM. Nak gantikan mesin pernafasan (ventilator). Dari 12 tgh hari sampai kul 5 ptg gitulah...
Sampai di HUSM, alya ditempatkan semula di I Nilam(NICU)...dan meneruskan rawatan di situ.
Beberapa hari lepas tu alya terpaksa menggunakan ventilator dengan kadar pernafasan laju , kata doktor paru-paru alya collapse. alya dapat CYLOTHORAX pulak, x-ray dada alya sebelah kiri nampak putih , bila doktor tebuk paru2 alya , keluar susu .,berlaku kebocoran dari lympatic system alya kesan daripada pembedahan tu...
Kata doktor buat sementara waktu alya tak boleh minum susu , kalau tak susu tu akan mengalirkan ke ruang paru2...untuk rawatannya alya perlu diberi minum sejenis susu MONOGEN yang berharga 300 setin 900gm, masa tu beli 4 tin jer...dalam RM1200. susu ni bila minum akan diserap terus ke badan tanpa perlu melalui system limpa. sape ntah reka susu ni terror benor. susu ni doktor order kat Singapore, ntahlah Malaysia takde kot. ni dua tahun lepas.
Bila takde susu diangkut ke system lympa, saluran tu akan baik dengan sendirinya....
bersambunglah dulu...rajin2lah singgah yer ada lagi komplikasi alya...next n3

Thursday, December 30, 2010
Alya berlepas ke IJN
14 OGOS 2008,
Setelah segalanya diuruskan, setelah sekian lama menanti, setelah keputusan dibuat...akhirnya dapat jugak alya bertolak ke IJN...pada pagi 14 ogos 2008, ibu ngan ayah dah berada di wad NICU, menunggu untuk bertolak ke IJN. Doktor Goh dengan misi Nasherah mengiringi alya ke IJN. masa tu alya cuma menggunakan oksigen biasa , tak perlu guna mesin pernafasan dah.
alya pada pagi sebelum berlepas ke IJN
Bila semua dah bersedia, alya dibawa ngan incubator ke portal, kat sana ambulans sedang menunggu kami semua...dari HUSM kami bertolak ke airpot Pengkalan Chepa, Kelantan...1st time naik ambulans , laju giler, kecut perut ibu rasanya...
Perasaan takut yang bercampur baur tiba-tiba datang,bukan takut naik ambulans, tapi... takut bila fikirkan apa jadi lepas nih, hanya Allah sahaja yang tahu... macam mana lepas nih, alya nak kena bedah, macam mana lepas nih, ok ker alya? ya Allah aku bertawakkal kepadaMu...Hati ibu rasa berdebar2...
Sampai kat airport Pengkalan Chepa...selepas check in, kami dibawa masuk ke balai berlepas, menunggu disana. Masa tu bertembung dengan jemaah yang nak ke Mekah...naik sekali ngan diorang...
masa menunggu kat balai berlepas tu , adalah satu insiden, alya tiba-tiba menangis, tak berenti2, bagi susu pun tak berenti menangisnya...lepas Dr Goh check tengok rupanya alya buang air...alya kalau tak selesa sikit pun dia akan nangis...masalahnya sekarang ibu tak bawak pampers spare, misi pun tak bawak...camana nih
tengah duk duk fikir, ibu ternampak Dr Goh pergi sembang dengan salah seorang penumpang flight yang juga sedang menunggu untuk berlepas, ingat kan kenalan ker...bukan pun, rupanya Dr Goh pergi mintak pampers ngan orang tu, sebabnya orang tu ada anak kecik, of course ada pampers spare nyer, thanks Dr Goh. Lepas tu alya pun berenti menangis dah...
Penerbangan MAS pun tiba, kami disuruh naik dulu, ibu , ayah, alya , Dr Goh ngan misi Nasherah...alya dipangku Dr Goh, kami duk depan sekali....setelah selesai pasang oksigen semua...barulah penumpang lain naik...Perjalanan kami diteruskan ke KLIA...
Sampai kat KLIA, semua penumpang turun terlebih dahulu, pastu barulah kami turun...masa tu ambulans dari IJN telah bersedia menunggu dalam kawasan lapangan terbang...
dari KLIA, kami dibawa ke IJN ngan ambulans yang menunggu tadi , jauh jugak perjalanan, ambulans yang ni lagi laju...sampai kat IJN alya ditempatkan di wad PICU...
kat sinilah alya ditempatkan masa mula2 sampai kat IJN
alya sebaik dipindahkan ke wad PICU
setelah Dr Goh pass over kes alya ke dr kat wad PICU, mereka(Dr Goh&misi Nasherah) bertolak balik semula ke Kota Bharu. ibu ayah ngan alya ditinggalkan di IJN....
kat wad PICU ibu ngan ayah tak dibenarkan menunggu alya...kami diminta menunggu diluar wad. masa tu lama jugak menunggu kat luar takde apa2 berita pun...kami sampai dalam tengah hari, petang barulah boleh masuk tengok alya semula , itupun waktu melawat... kata dr yang bertugas, Dato Dr Azahari Yaacob yang akan buat sendiri kes alya ni...tapi masa tu cuti sekolah, jadi dato sedang bercuti, jadi kena tunggu mereka call...lambat lagilah nampak gayanya...
dahlah alya tak boleh nak tunggu, lama lagi nak kena duduk kat IJN ni, tempat tinggal pulak takde, tak terpikir pun nak tinggal kat mana...sebab last minit punyer kijer...balai menunggu ada, tapi terbuka ngan dinding cermin, pastu duduk ramai2, orang pun penuh...hotel pun penuh cuti sekolah ni, kalau ada pun tak mampu nih, lari budget....
ibu:"ayah, mana nak tinggal nih,"
ayah:"ntah'"nantilah nak bagitahu sedara mara(baru nk bagitau) kot2 ada yang nak ajak tinggal...kalau tak de duk cnlah (IJN)kita...
ibu: aisey, sedih molek...
sedara mara kat KL ni pun tak ramai ...tak taulah camana...
Sebelum bertolak ke IJN , ibu terpaksa tinggalkan syasya ngan niesa kat tok mek ngan tok ayah untuk dijaga...buat sementara waktu...
Thursday, December 23, 2010
IJN sanggup buat...
bersambung lagi, cerita tentang alya...hasil dari perbincangan Prof Abd Rahim Wong bersama pihak IJN, akhirnya Dato Azahari Yaakub (pakar bedah jantung kanak2) sendiri sanggup nak buat kes alya ni walau berat badan alya tak berapa nak naik...
alya dirujuk pada kebajikan hospital untuk dapatkan budget untuk pembedahan, Prof Madya Dr Noraida sibuk menguruskan perjalanan alya ke IJN... Penerbangan dengan MAS juga diuruskan
dengan segera...pihak pengurusan sumber manusia juga mengeluarkan budget segera untuk perjalanan alya...
Terima kasih kepada pengarah hospital Dato Dr Zaidun Kamari yang meluluskan budget alya...
Thanks Dr Rosdi dari sumber manusia...
Terima kasih kepada En Shamsul Amri dari kebajikan...
Sehari sebelum tu, member ibu (Taa,fid,che mun)datang kat umah serah duit kutipan derma dari member2 kat Jabatan Radiologi...Terima kasih kawan2, terima kasih jugak sebab buat solat hajat beramai2 kat jabatan untuk keselamatan alya dalam menjalani pembedahan...
Terima kasih semuanya... Terharu tak terkata....Alhamdulillah

Tuesday, December 21, 2010
Terima call dari NICU
Seronoknya syasya ngan niesa dah balik rumah... tapi buat permulaan ni, orang tua ada sekali buat menemani. kot-kot ada masalah senang nak rujuk...maklumlah ibu tak pernah ada pengalaman sebelum ni. 1st time dapat baby, tiga sekaligus dengan multiple problem... support dari orang tua penting sangat2...dan tak terkecuali sokongan dari suami tercinta...
Bila orang tua ada sekali, senanglah nak pergi jenguk alya kat NICU. kesian alya terpaksa berjuang sorang-sorang...takpe sayang , ibu ada... ibu sentiasa disisi menemani...doa ibu sentiasa bersama...semoga anak ibu sentiasa sihat waalafiat....
Masa kat umah tak susah nak jaga syasya ngan niesa , tak banyak ragam, cuma susu kerap sikit, menangis time lapar dan bila rasa tak selesa jer...
Setiap pagi ibu akan pergi ke hospital melawat alya, melihat perkembangan alya... ibu tak perlu lagi kerusi roda , ibu boleh jalan cam biasa sampai ke NICU. Tambah pulak dah habis pantang 40 hari...habis tengah jalan...duk berulang alik ke hospital.
Satu pagi ibu terima call dari hospital, kata jururawat yang bertugas, "Dr nak jumpa, URGENT, "...lain benar bunyi nyer. hati ibu tiba-tiba jer rasa berdebar...tak tahu nak cakap apa. Jadi, pagi tu jugak ibu ngan ayah ke hospital berjumpa dengan Prof Madya Dr. Noraida ( Pakar Neonatalogy). Kata Prof,"Keadaan alya macam tu jugak, sama tak de apa2 perubahan, untuk menjalani pembedahan kat IJN, biasanya dr akan tunggu sehingga berat badan naik skit, kalau baby kecik sangat diorang tak buat(IJN). Tapi kita perlu buat sesuatu ke atas alya,kita patut beri alya peluang, macam nilah awak(ibu&ayah) bincang dulu dengan dengan Prof Abd Rahim Wong( Paediatrik Kardiologist)."...Keesokkan harinya ibu berjumpa dengan pakar jantung...

Prof Abd Rahim Wong, katanya,"Rawatan yang terbaik untuk alya adalah , pembedahan...tetapi IJN tak terima baby yang kecil sangat, macam alya berat badan dia cuma baru mencapai 1.4kg...sekurang2nya 2kg...,". "Boleh cuba Hospital Gleaneagles Penang(HGP), kat sana juga ada kepakaran, dan akan buat walau baby kecil, dan kos rawatan lebih kurang 40 ribu, dan hospital takkan tanggung kos bayaran sebab HGP adalah private hospital...,"... tertelan air liur bila dengar 40 ribu , camana ni, mana nak cari duit nih...ibu buntu dah , tak buat, tak boleh takkan nak biarkan alya camtu jer ...macam mana macam mana nih..... lepas puas fikir, ibu pun bagitau kat Prof, "macam nilah prof, buat ballon jelah , tak payah pergi jauh2,"...sebab Prof Abd Rahim Wong sendiri pun boleh buat ballon, tak perlu pembedahan, cuma perlu masukkan kateter melalui femoral artery terus ke aorta dan ballon kat situ, bunyi macam mudah kan... RISIKO nya pulak...bila baby kecil , salur darah of course kecik...saiz kateter lebih besar @ sama jer dengan salur darah...takut rupture( pecah salur darah) then berlakunya pendarahan yang serius...dan salur darah tu nak kena repair lagi...banyak lagi masalahnya....mmmmmm camana????
Kata Prof Abdul Rahim Wong, " takpelah...nanti saya try bincang semula dengan pihak IJN...bersambung lagi...
Prof Abd Rahim Wong Paediatric Cardiogist
dulu kat HUSM, sekarang dah pindah ke HRPZII( Kota Bharu)
Prof Madya Dr Noraida Ramli Neonatalogist
Incharge NICU(1 Nilam) HUSM
tak pernah jemu2 menabur bakti , memberi yang terbaik kepada pesakit2...
rasanya NICU tu rumah pertama beliau kot...selalu ada kat wad...sentiasa ada bila diperlukan.
Banyak sangat bantu ibu...alya niesa syasya
Terima kasih sangat2...Hanya Allah sahaja yang membalasnya
Sunday, December 19, 2010
Syasya & niesa keluar wad selepas 40 hari...
Selepas rooming in ngan syasya ngan niesa kat 1TB, lebih kurang 2 minggu jugak, macam macam dah belajar...kata doktor budak2 tu tak boleh sejuk...mesti panas selalu, mesti pakai baju, kalau kat hospital tak pakai baju takper, sebab dan duduk dalam incubator, dah panas macam dalam perut ibu...kalau diorang sejuk kemungkinan berat badan akan turun, sebab body terpaksa kerja lebih untuk keluarkan haba...jangan lupa jugak multivit...dan jangan lupa jugak...temujanji yang berderet...
dan selepas 40 hari, horey..horey...akhirnya syasya&niesa keluar wad, keluar dari hospital...tinggallah alya masih lagi kat NICU, menunggu rawatan yang seterusnya...
Tuesday, December 14, 2010
Sambungan....at NICU(1 Nilam)
5 Julai 2008 ,Sabtu,
Hari ni 18 hari dalam pantang... pagi ni pergi tengok anak-anak... Hantar 8 bekas susu. perah 3 bekas. Cukuplah kot. Pagi ni anak-anak nampak sihat, niesa camtu gak. Muka syasya nampak lain skit pagi ni, nampak bertambah besar dan muka nampak ceria jer. Nyenyak sungguh budak-budak ni tidur. Alya masih lagi menggunakan tiub pernafasan( ventilator). Tapi dia nampak gagah jer. Nampak sihat jer. Cuma masih masuk darah. Pastu kulit alya nampak pucat jer. Kesian alya, ibu tak tahu nak fikir camana lagi. Cuma ibu harap semua anak ibu sihat-sihat belaka. Dengan izin Allah. Hari ni ayah ngan member dia g KB mall cari gelang anak2.
6 Julai 2008, Ahad,
Hari ni 19 hari berpantang, macam biasa ayah hantar susu, 8 bekas. Hari ni ibu tak bercadang nak g melawat anak-anak. Selang sehari ker. Biar nampak perbezaan skit. Hari ni ibu demam. sampai terketar-ketar. Tak dapat nak perah susu hari ni. Lepas telan panadol 4 biji barulah okay.
7 Julai 2008, Isnin,
Hari ni 20 hari dalam pantang. Macam biasa ayah hantar susu kat 1 Nilam. 9 bekas semuanya. Ibu baru jer perah hari ni, banyak pulak tu , rezeki anak-anak. Alhamdulillah. Hari ni tak demam dah. Macam manalah agak keadaan anak-anak hari ni. Rindu gak. Petang nilah pergi. InsyaAllah...
Ayah baru telefon tadi , alya dah guna oksigen biasa , Alhamdulillah. Tapi niesalah pulak yang kena intubated( guna tiub pernafasan). Risaulah pulak. Camanalah anak-anak ibu ni...
2 petang, baru balik tengok anak-anak.InsyaAllah takde apa-apa. oklah tu. Muka diorang lain dah. Kulit pun nampak cerah skit. Comel-comal belaka.Alya kesian skit . nampak stress jer ngan musk pad. moga2 semua anak ibu cepat sihat. Jangan fikir yang bukan-bukan.
Kesian kat alya....

Thursday, December 2, 2010
3 Julai 2008, Khamis
Hari ni 16 hari pantang. Pagi ni ayah hantar susu 8 bekas. Petang semalam pun tak luak lagi. Budak-budak tu muntah. Harapnya diorang takde apa-apa. Janganlah muntah lagi sayang. Ibu harap semua anak ibu ok2 belaka. Janganlah ada sebarang masalah. Ya Allah bantulah anak-anakku. Lindungilah mereka semua...Ayah sms, anak-anak semuanya nampak dah besar-besar belaka. Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Pergi tengok anak 2-6 petang.
4 Julai 2008, Jumaat
Pagi ni tak pergi hantar susu. Ada lagi rasanya.Ibu selsemalah pulak. Ingat nak pergi tengok anak pagi tapi tak jadi. Susu pun tak banyak nih. Pagi tadi member ibu call (along) inform kat ibu result blood alya ada gram tve cocci. doktor ? sepsis. Entahlah ibu tak tahu nak fikir camana lagi . maknanya ada infection atau jangkitan kuman dalam darah alya. Doktor kena start antibiotik pulak. Ibu tak dapat nak berfikir lagi. Serah pada Allah Taala jer...
Jadual delivered susu...hu hu, tak cukup

1 Julai 2008, Selasa... 8 pagi
Hari ini hari yang ke-14. Sudah 2 minggu ibu berada dalam pantang. Macam manalah keadaan syasya hari ni?. Harapnya perut syasya takde apa-apa. Harap-harap ok jer. Pagi-pagi macam ni ayah akan pergi hantar susu kat 1 Nilam sebelum ayah masuk kerja. InsyaAllah petang ni ibu pulak nak pergi jenguk anak-anak. Risau jugak ibu ni, hati ibu rasa berdebar-debar jer bila teringat kat anak-anak ibu. Ya Allah lindungilah anak-anakku. Janganlah ada apa-apa yang berlaku. Lindungilah jugak ayah. kuatkanlah hatinya...Ibu harap semuanya selamat.
Tadi ayah sms, ada 2 susu lagi tinggal. Syasya start kuning semula. Risaulah pulak. ni masalah hati ni. Tak tahulah camana ni. Harap semuanya ok. Niesa ngan alya ok jer pagi ni.
6 petang, baru jer balik tengok anak-anak. Nampak ok cam biasa. Cuma bila sampai kat alya, rasa sebak,sedih, kesian anak ibu. Nampak susah sangat nak nafas. Ya Allah berilah keajaiban buat alya. Sihatkanlah dia , lindungilah dia ya Allah.Engkaulah yang maha berkuasa ya Allah. Amin...Lindungilah semua anak-anakku. berilah niesa ngan syasya normal echo...Amin
2 Julai 2008, Rabu
Hari ni 15 hari pantang. Pagi ni ayah pergi hantar susu kat 1 Nilam, 8 bekas. Pagi ni syasya ngan niesa kuning dua-dua. Pening juga ni. Tapi harap semuanya ok. Entahlah ya Allah, bantulah ibu... buntu..berilah ibu kekuatan, begitu juga dengan ayah. InsyaAllah semuanya akan ok. Setiap kesukaran dan kesusahan pasti ada tersirat kesenangan InsyaAllah...
7 malam, baru balik tengok anak-anak. syasya semakin aktif, niesa cool jer. Tak kuning dah.
Cuma alya pagi tadi kena intubate(masuk tiub pernafasan) semula. Jantung alya lemah. Darah alya kurang. Pagi tadi tambah darah. Kaki alya pun sejuk jer. Ya Allah lindungilah anak-anakku...Hanya doa yang mampu ibu panjatkan buat anak-anak ibu sayang...

Monday, November 22, 2010
hari-hari berikutnya ibu lalui dengan berulang alik dari rumah ke hospital, sampai kat portal ayah akan tolak ibu ngan kerusi roda naik ke tingkat 1 Nilam(NICU). begitulah hari-hari, pantang ??takde dalam kamus ibu...perkembangan anak-anak ibu, alya sekejap intubated, sekejap extubated, sekejap kuning sekejap ok, sekejap ada infection dalam darah, sekejap takde, niesa pun sekejap kuning sekejap ok, syasya pun sekejap kuning sekejap ok...doktor tanya ibu ada makan ubat2 apa ker?jamu ker, yang panas-panas??takde, ibu tak makan apa-apa ubat pun...takut-takut effect kat anak-anak ibu...
30 JUN 2008
Hari ni masuk hari yang ke-13 ibu berpantang selepas melahirkan anak sulung, ini bermakna sudah 13 hari jugalah anak-anak ibu wan alya syafiah,wan niesa imana ngan wan syasya nasuha berada di 1 Nilam HUSM.
Semalam amat mengejutkan ibu dan ayah, kami diberitahu oleh doktor Noraida(PM) yang alya mengidap ASD,VSD dan juga coarctation of aorta. Keadaan alya amat merisaukan doktor, begitu juga dengan ibu dan ayah. Niesa pulak ada PDA ,tapi setelah diberi ubat indometasin (tak taulah salah eja ke) untuk menutup PDA tersebut, masih ada kedengaran bunyi murmur pada jantungnya. Jadi doktor masih menyiasat keadaan niesa. ibu harap takde apa yang lain pada niesa, sebab keadaan niesa amat baik. Dengan buang airnya ok. setakat ni syasya yang paling memuaskan. Ibu harap syasya akan bertambah sihat.
Hari ni ibu tak pergi jumpa anak-anak ibu, hanya ayah sahaja yang pergi menghantar susu yang telah ibu perah untuk anak-anak. Ibu sedih sebenarnya mengenangkan nasib anak-anak ibu, tapi semua ini adalah ujian dari Allah Ta'ala. Nak atau tidak ibu dan ayah wajib terima. Kadang-kadang ibu menangis sendirian mengenangkan nasib anak-anak ibu. Ibu mesti kuat, ayah juga mesti lebih kuat dai ibu...
2.30 petang,
petang ni dalam pukul 4 petang ibu bercadang nak pergi melawat anak-anak ibu. tak bolehlah tak pergi, rindu. rasa meronta-ronta sangat nak jumpa. susu pun dah keluar, anak-anak lapar ni. pagi tadi tinggal 10 bekas sahaja lagi susu yang diperah. tak sabar nak jumpa alya , niesa , syasya. ibu sayang you all. miss you so much. tunggu ibu datang yer sayang. Nanti ayah datang ambik ibu. Harap ada keajaiban dari Allah Ta'ala untuk anak-anak semua. InsyaAllah. Semuanya kuasa Allah Ta'ala. Dialah penentu segala. Doa ibu sentiasa bersama anak-anak ibu...
6.30 petang,
baru jer balik tengok anak-anak.semua ok cam biasa. cuma yang merisaukan pulak syasya, sebab perut dia distended skit. pastu doktor nak buat x-ray pulak, harap takde apa2.

Hari ni , hari kedua anak-anak ibu lahir ke dunia, ibu nak tengok anak-anak ibu kat NICU, cammana kalian, pagi ini ibu sedaya upaya bangun, payah, sakit bekas pembedahan terasa menyucuk, nasib baik ayah memapah ibu...daripada 2 Topaz, ibu dipindahkan ke tingkat 8, wad staf...tak dapat lagi ibu mengjengah anak-anak ibu... perasaan ibu membuak-buak ingin menjengah kalian...
Petang itu, ayah menolak ibu ngan kerusi roda, turun ke NICU... sampai kat sana , tak tahulah apa nak ibu gambarkan perasaan ibu ini, gembira, sedih , takut semua ada... gembira dengan kelahiran anak-anak ibu ke dunia, gembira melihat wajah-wajah kecil anak ibu, gembira melihat anak-anak ibu yang masih bernyawa, sedih melihat segala jenis wayar berselirat ditubuh anak-anak ibu, sedih melihat anak-anak ibu dicucuk disana sini, takut apa akan berlaku seterusnya, hanya Dialah yang maha mengetahui...
Satu masalah ibu, paling besar...susu tak keluar tensionnya ibu camana ni...doktor suggestkan ibu, makan ubat untuk keluarkan susu, jangan risau katanya, susu akan keluar nanti....kata doktor anak-anak ibu sangat memerlukan susu ibu, katanya susu ibu mengandungi antibodi yang cukup untuk bayi pramatang...
buat masa sekarang keadaan anak-anak ibu stabil, cuma alya terpaksa guna ventilator, niesa terpaksa guna high flow mask, syasya ok tak guna oksigen tapi kuninglah pulak terpaksa duk bawah lampu biru...masalah sekarang susu,susu,susu....ya Allah tolong daku...

wan alya syafiah(1st triplet)
wan niesa imana(2nd triplet)
wan syasya nasuha(3rd triplet)
ibu tahu, anak-anak ibu kuat-kuat belaka...selamat berjuang anak-anak ibu....
Subscribe to:
Posts (Atom)