Monday, January 10, 2011

Alya dah boleh balik, tapi...

Nak sambung citer alyalah...pada 5 September 2008, alya dah boleh keluar dari IJN, tapi malangnya alya masih lagi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan , jantung dah repair , otot pernafasan alya pun dah repair...kata doktor alya boleh balik dan teruskan rawatan di NICU HUSM.
Pada 5 September 2008 itu jugak, doktor Aznor bersama jururawat Noraini datang dari Kota Bharu untuk membawa pulang alya...masa itu ibu tunggu diorang kat IJN...ayah tak datang sama , dia tunggu kat KB sahaja. Untuk pengetahuan korang semua , masa ni bulan posa, kesian jugak kat Dr Aznor ngan misinya, disebabkan alya masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan, Dr terpaksa bagging alya dari IJN hingga ke HUSM. Nak gantikan mesin pernafasan (ventilator). Dari 12 tgh hari sampai kul 5 ptg gitulah...
Sampai di HUSM, alya ditempatkan semula di I Nilam(NICU)...dan meneruskan rawatan di situ.
Beberapa hari lepas tu alya terpaksa menggunakan ventilator dengan kadar pernafasan laju , kata doktor paru-paru alya collapse. alya dapat CYLOTHORAX pulak, x-ray dada alya sebelah kiri nampak putih , bila doktor tebuk paru2 alya , keluar susu .,berlaku kebocoran dari lympatic system alya kesan daripada pembedahan tu...
Kata doktor buat sementara waktu alya tak boleh minum susu , kalau tak susu tu akan mengalirkan ke ruang paru2...untuk rawatannya alya perlu diberi minum sejenis susu MONOGEN yang berharga 300 setin 900gm, masa tu beli 4 tin jer...dalam RM1200. susu ni bila minum akan diserap terus ke badan tanpa perlu melalui system limpa. sape ntah reka susu ni terror benor. susu ni doktor order kat Singapore, ntahlah Malaysia takde kot. ni dua tahun lepas.
Bila takde susu diangkut ke system lympa, saluran tu akan baik dengan sendirinya....
bersambunglah dulu...rajin2lah singgah yer ada lagi komplikasi alya...next n3

5 comments:

  1. slm sggh jengok kwn2..kite doakan anak2 semua kawan2 blogger dilindungi Allah s.w.t selalu.sdgkan anak demam pun kite dh gelisah apatah lagi kalau dugaan mcm si comel alya.tak sbr nk bc n3 seterusnya

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah satu-satu ujian dilalui..alya mmg kuat..kite ade tag giveaway ye..harap sudi join =)

    ReplyDelete
  3. alya dah sihat ek?

    thanks vote abg eq kat contest aku dan kacamata...

    ReplyDelete
  4. thanks kawan2 coz prihatin pasal alya... tiba jer rasa sedih...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...