Monday, December 24, 2012

Ekslusif breastfeeding...

Alhamdulillah, kali ni ibu berjaya menyusukan afina sepenuhnya selama 6 bulan secara ekslusif...hanya susu ibu menjadi makanan dan minuman afina. walaupun ibu dah start kerja, ia bukanlah halangan untuk ibu  memberikan susu kepada afina. Stok susu tak banyak pun . ibu lebih suka bagi susu yang fresh pada afina. Biasanya ibu akan perah waktu maghrib , tgh malam ngan subuh hari. sempatlah untuk bekalan siang hari. Lepas tu tgh hari ibu akan ke nursery untuk susukan afina. Bersabarlah hanya untuk 6 bulan sahaja ekslusif breastfeeding. Selepas 6 bulan ibu tetap meneruskan pemberian susu ke atas afina dan harapnya sehingga cukup 2 tahun. Selepas 6 bulan kurang sikit perah susu sebab baby dah mula makan. Dan afina nak makan semua yang orang makan, berselera dia. Sebenarnya susu ibu ada pelbagai rasa mengikut apa yang ibu makan. Dengan itu lidah baby telah dilatih untuk merasa pelbagai rasa. Satu pengalaman yang cukup bermakna dan janganlah kita mensia2kan peluang yang Allah berikan ini kepada kita. Teruskan penyusuan. Semakin banyak baby hisap semakin banyak susu yang dihasilkan. Apa yang penting fokus. Dan rasailah nikmatnya. IBU SOKONG PENYUSUAN SUSU IBU...

3 comments:

  1. alhamdulillah..dah besar dah afina..pasnie dapat makan ..mestie lagie happy ;)

    ReplyDelete
  2. hi...salam perkenalan dan selamat tahun baru... menarik dan cantik blog u ni.. feel free visit my blog dan follow.. www.azlinsafena.com tq

    p/s bestnya ada anak kembar 3... teruskan breastfeeding..i mmg full breastfeeding utk semua anak i..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...