sehari sebelum pembedahan...
ibu dimasukkan ke wad 2 Baiduri , HUSM. kata doktor , esok pagi-pagi lagi pembedahan akan dijalankan.rasa berdebar jugak untuk menghadapi saat kelahiran ni...dan rasa berdebar jugak untuk menghadapi saat-saat kritikal anak-anak ibu...apa akan jadi? macam mana anak-anak ibu nanti... ya Allah takutnya..."Dengan nama Allah aku bertawakkal padanya"... saat ini ibu hanya berserah pada Allah...hanya Dialah yang maha mengetahui apa yang bakal ibu lalui selepas ini... segalanya telah ditentukan oleh Nya.
Petang itu, doktor pakar kanak - kanak datang menemui ibu untuk dikaunseling. Mereka adalah Prof Dr Noraida, Dr Aznor dan Dr Norhayati. Tujuan mereka adalah untuk mendedahkan ibu kepada apa yang bakal ibu lalui...mereka menunjukkan gambar-gambar di ICU kanak-kanak... supaya ibu lebih bersedia...ibu tak tahu nak cakap apa, tapi ibu mesti dan akan melaluinya juga...
malam itu sebelum tidur, ibu solat hajat, ibu baca Surah Yassin, agar ibu diberi kekuatan , agar semuanya selamat dan berjalan dengan lancar...
Esok, 9 doktor yang terlibat dalam pembedahan ibu ... 1 doktor bius, 2 doktor bedah, 6 doktor kanak-kanak...dan dibantu oleh jururawat-jururawat...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.