Showing posts with label real time. Show all posts
Showing posts with label real time. Show all posts

Monday, March 14, 2011

Alya kena pakai speck??

Hari ni 14.3.2011, ibu bawak alya ke klinik mata kat HUSM, follow up 6 bln. mula2 check eye contact alya, pastu check power, pastu doktor check ROP alya...kata doktor mungkin lepas ni alya kena pakai speck, sebab ada sikit silau kat mata alya , tapi buat masa ni dalam range lagi, kena tunggu follow up 6 bln lagi dalam bulan 9...alya pakai speck??? camana yer??

Sunday, February 13, 2011

Majlis Kahwin adik ipar ngan aqiqah triplets...

5 Februari 2011, ada majlis perkahwinan adik ipar sekali ngan majlis aqiqah alya , niesa ngan syasya... adik ipar ni syasya ngan niesa panggil 'mama', dialah antara pengasuh niesa ngan syasya...tu yang diorang sayang sangat kat 'mama'...

nilah 'mama' diorang

'mama' kini dah jadi milik 'papa'...

masa majlis perkahwinan berlangsung, syasya ngan niesa sibuk panggil 'mama', nak pergi kat 'mama'...nak pergi kat 'mama'...kalut habis...dukunglah 'mama' ngan baju pengantin. kalau orang tak tau mesti dah jadi gosip ni, janda ke apa dah ada anak... 'mama' kini bukan lagi milik syasya ngan niesa, tapi dah jadi milik 'papa'...

antara pengasuh2 syasya ngan niesa, adik2 ipar...
suke2
jom kita lumba

piece no war

Selamat Pengantin Baru kepada Syimah dan Hafiz

Thursday, February 10, 2011

Alhamdulillah....alya semakin ceria

Salam, pasti ramai yang tertanya2 macam mana keadaan alya selepas buat palatoplasty kan, Alhamdulillah alya semakin sihat dan ceria. Hanya pada hari pertama pembedahan keadaan alya agak teruk dan sedih ibu melihatnya...tapi 2, 3 hari lepas tu alya ok, takde demam pun, syukur Alhamdulillah dan ada banyak kemajuan, alya dah boleh follow apa yang kita cakap, kalau macam ada kesukaran untuk alya ikut balik apa ibu dan ayah cakap, banyak perkataan baru yang alya dah explore, kalau dulu pernah jugak kalau minum susu, keluar susu ikut hidung, kalau makan nasi, keluar nasi ikut hidung, kalau makan biskut keluar biskut ikut hidung.... semuanya disebabkan cleft palate alya, tapi sekarang Alhamdulillah lubang kat lelangit dah tutup... dan alya semakin bersemangat dan ceria...
alya bersama lukisan dindingnya

sukanya....

ho ho ho


let's dance...
alya ngan rambut palsunya

belon ni lagi besar pada alya...

alya disamping syasya ngan niesa...

Sunday, December 19, 2010

Kasih tok mek&tok ayah...

salam, 2 hari dah tak bern3, balik kampung jumpa tok mek ngan tok ayah, rindu sangat diorang kat alya, niesa ngan syasya...ingat nak balik petang khamis lagi, tapi alya pulak demam ngan batuk malam Jumaat tu, tak jadilah balik...keesokkan hari, nampak alya dah okey skit...barulah bertolak balik...tok mek ngan tok ayah dah lama tunggu....sebenarnya mereka rindu kat syasya ngan niesa...boleh dikatakan cucu kesayanganlah jugak, apa tak nyer diorang(tok mek&tok ayah) jaga mereka dari umur lebih kurang 2 bulan lagi memandangkan ibu terpaksa memberi tumpuan kepada alya yang perlu menjalani rawatan kat IJN, dan berada di NICU HUSM sehingga umur dekat 5 bulan...sayang tok mek ngan tok ayah melebihi ibu dan ayah, diorang sayang kat syasya ngan niesa melebihi anak sendiri...tak boleh nak cuit langsung cucu kesayangan diorang nih...
Nak dijadikan cerita, sampai jer kat depan rumah , diorang dah siap tunggu dah ...alya , niesa ngan syasa melompat2 dalam kereta bila tengok tok mek & tok ayah...syasya cakap,"abah ore,", niesa pulak,"mek ore,"...berebut 2 diorang nak turun dari kereta....masa sampai tu, mek (tok mek) diorang sedang siang jantung pisang ....bila tengok jer syasya & niesa , terus tak dapat nak tahan perasaan, naik atas rumah, menangis dulu...pas lega barulah turun semula ambik cucu diorang...lama sangat ke tak balik? tak delah lama , lebih kurang 3 minggu jer? rindu sangat2 nih...
Esok tu, hari Sabtu diorang bawak syasya ngan niesa pergi pasar , beli selipar sorang satu, alya pun dapat jugak, mana boleh tinggal...walau dah banyak pasang selipar yang dah dibeli...itulah kasih tok mek ngan tok ayah....
 
(ni gambar lama , masa umur diorang lebih kurang 5bln )
 

Thursday, December 9, 2010

MIMPI RUPANYA

7 Disember 2010, Selasa...
Hari ni cuti satu Muharam, duk kat umah jer layan yaya, niesa ngan syasya... tak pergi mana-mana pun, hari hujan ni menghadkan perjalanan. Pandangan pun terasa sempit jer.  Duk kat rumah layan karenah budak2 ni, sesekali terasa diri ini bagaikan tarzan. Kadangkala dirasakan susahnya nak menjadi seorang ibu dan isteri yang berkaliber. Baru tiga anak, perempuan pulak tuh.
Alya, niesa syasya suka sangat gaduh. walaupun barang mainan dah ada tiga , yang satu jugak direbutnya. bila sorang mintak buku, tiga-tiga nak buku, bila sorang mintak pen , tiga-tiga mintak pen, bila pagi-pagi nak gi kerja, tiga-tiga datang mintak disapukan bedak, mintak dipakaikan lipstik, hu hu anak perempuanlah katakan... pening kepala ibu...
Kalau pasang TV , tiga-tiga berebut TV. sudahnya ayah tutup terus. semua tak boleh tengok.
Syasya suka ambik apa yang orang pegang, apa yang alya ngan niesa main, takde inisiatif nak cari mainan sendiri, kalau key chin kat beg ibu, suka sangat ditarik sampai putus. niesa lembut skit suka mengalah...suka bagi nasihat, tapi kadang tu dia buat jugak. niesa suka buat aduan, "ibu long khianat, ibu ,yaya khianat,". alya hentam jer dua -dua. kadang tu bila syasya ngan niesa duk elok-elok, yaya pun datang kacau, pastu gaduh, tulah pasal ibu dah jadi macam tarzan. tegur perlahan tak dengar, apa lagi...
satu lagi tabiat alya, bangun kul 3, 4 pagi mintak makanan...mgantuknya ibu, tidurlah adik... padahal sebelum tidur dah makan kenyang-kenyang...syasya ngan niesa kuat minum susu, baru jer habis sebotol, ibu nak pek, wat ssedap...fuhh, pening...
Pasal mimpi ibu, adalah tengah hari selasa , ibu tidur ngan budak-budak tiga orang nih, sekali mimpi dapat anak lagi, kali ni perempuan jugak, sorang jer...jadi anak ibu 4 orang perempuan. siap bagi nama lagi, wan intan iqlimah...he he...sebab iklim sejuk kot.Bila bagitahu ayah dapat anak perempuan lagi, ayah cakap lelakilah pulak pas ni, Insya Allah... he he lambat lagi...yang ni tak settle lagi... biarlah boleh urus diri dulu...

Monday, December 6, 2010

6 Disember 2010, Isnin...
Hari ni alya pergi temujanji plastik, hari ni ibu kerja, pagi-pagi lagi dah keluar dari rumah ke HUSM. Pergi punch card dulu. Pastu bawak alya pergi makan kat anjung cafe, makan kek pisang  jer, tak banyak dia makan. nak main jer. By the way, Alhamdulillah demam alya dah baik, sek baik, cuma ada selsema ngan batuk , skit-skit. Lepas makan terus pergi ke Klinik SOPD.
Kerja ibu? cam biasa member ibu yang cover , thanks shazreel, terima kasih jugak pada En. Azahadi yang memahami.
Sampai kat klinik, letak kad , ambik nombor, dapat 1022, lambat lagi nih. Kebetulan jumpa member ibu kak Natrah. Boleh ngejust ni, tunggu folder jap.Alhamdulillah jumpa folder cepat. Jadi , folder dah ada, doktor pun ada, apa lagi masuk jelah jumpa doktor .Thanks akak. Nasib baik cepat, tak payahlah member nak cover kerja lama-lama. kesian kat member...terpaksa nak buat camana.
Masuk jumpa doktor, doktor check alya, alya ikut jer apa doktor suruh buat, "baby kata aaa", "aaa"... tak melawan pun . Jurus sungguh anak ibu...
Diagnosis alya, cleft secondary palate. doktor plan untuk buat operation ke alya tahun depan 19 Januari 2011. Masuk wad sehari sebelum operation. buat sekali dengan ORL untuk letak tiub kat gegendang alya...harap semuanya okey...


Nilah tube yang nak masuk kat telinga alya, ibu ambik gambar ni kat Klinik ORL.


Sunday, December 5, 2010

5 Disember 2010, Ahad...
Masuk ni dah 2 hari alya demam, malam Jumaat lagi, lepas bagi pcm, ok , pastu demam balik, pagi tadi hantar kat rumah pengasuh, menangis dia , sedih kena tinggal, campur ngan tak sihat, campur dengan manja nyer, sebab 2 hari cuti Jumaat Sabtu duk ngan ibu ngan ayah. Niesa ngan syasya pun tak nak gi rumah pengasuh. Lepas pujuk main basikal barulah nak pergi, alya tulah, sedih jer.
Pagi tadi alya nangis, lepas tu syasya ngan niesa datang bertanya, " nape yaya jerit?"bakponyo?", alya lepas tu tampar perut syasya ngan tangan. Ibu tanya nape adik pukul long(syasya). katanya, "aamuk(nyamuk), ooo pukul nyamuk. Apa, bukan nyamuk sebenarnya, kat tepi pusat syasya ada tahi lalat, tulah yang disangka nyamuk. Geli hati hati ibu menahan lawak alya pagi-pagi buta...
Esok temujanji alya ngan plastik...

Wednesday, December 1, 2010

TEMUJANJI ECHO

30 November 2010, SELASA...
Hari ni ibu cuti. Alya ada follow up echo , nak tengok camana dah perkembangan jantung dia. Syasya ngan niesa ibu tinggalkan kat umah ngasuh alya. Pagi pagi lagi ibu pergi ke HUSM, nak nombor awal, nak cepat siap, tak nak tunggu lama-lama . Menunggu ni sungguh membosankan.tapi demi anak, ibu ok. Sampai kat HUSM lebih kurang jam 8.10 pagi, singgah kat koperasi dulu beli kuih untuk alya, kek doraemon (dorayaki yang kecik-kecik).tu pun alya yang tunjuk sendiri, nak...alya makan banyak, nanti mesti mintak makanan .pagi tadi pun, bangun tidur terus pergi ke meja makan mintak makanan. tu yang kena bawak bekal.
Sampai kat echo, terus gi daftar dapatlah nombor awal jugak. pastu jururawat bagilah alya ubat tidur, lepas minum ubat tidur, mintak kuih dorayaki tadi...makanlah alya nih sampai 6 biji tak tidur-tidur lagi . lepas tu pergi dodoi kat dalam bilik gelap. lama jugak barulah tidur. itu pun bila letak atas  meja terus dia sedar. Last sekali buat echo sambil alya duk atas riba ibu...
Thanks kak ti yang buat echo kat alya ( tech echo). Expert giler ,orang lamalah katakan pusing sana, pusing sini dah dapat view.  sekejap jer .
Syukur Alhamdulillah, VSD(lubang jantung pada dinding ventrikal )alya tertutup dengan sendirinya, syukur ya Allah. Lepas tu bekas repair coarctation of aorta alya pun dalam keadaan flow yang baik...Alhamdulillah. 
Syasya ngan Niesa pun ada follow up echo 7.12.2010, jatuh pulak pada tarikh 1 Muharam, Kelantan cuti. terpaksa ambik temujanji baru... Pastu dapatlah tarikh sekali dengan alya, setahun lagi temujanji. Syasya ada jugak VSD, tapi sangat-sangatlah kecik, dalam sebesar lubang jarum jer, Niesa pulak ada PFO(patern foramen ovale) juga kecik jer dan kebanyakkan orang pun ada. 
Buat masa sekarang syasya dan niesa tak mempunyai apa-apa masalah. Tu yang temujanji diorang di beri sehingga tahun depan...Ibu sentiasa doakan kesihatan anak-anak ibu....amin
Minggu depan ada temujanji plastik pulak...

Tuesday, November 9, 2010

 Alya mula2 sampai ok lagi , tocang dia cantik jer, bersanggul dua lagi...

alya lambang kekuatan, sentiasa tabah dalam perjuangan... penuh dengan kecekalan...

Monday, November 8, 2010

Temujanji audio ngan ORL

08 November 2010,
hari ni ibu bawa Alya ke temujanji audio untuk menjalani sekali ujian pendengaran. Pagi-pagi lagi ibu ke audio, ngan alya, ayah tak ikut banyak kerja. lama jugak nak kena tunggu untuk dipanggil masuk.bosan betul menunggu. tak suka. Kul 10 pagi nama alya dipanggil. Ibu ngan alya masuk kat klinik audio. Masa tu ibu jumpa ngan kawan lama ibu masa induksi dulu, Kak Roza,audiologist kat situ. ada kata-kata Kak Roza yang buat ibu tergelak besar, katanya,"anak awak ni kan, ya Allah macam anak mat salleh, awak kawin ngan sape? mat salleh ke?...ha ha tergelak besar ibu, jauh panggang dari api...( jangan marah yer Kak Roza). Bila ibu bercerita kat ayah, kembang kempis hidungnya menahan perasan...
balik pada temujanji alya ngan audiologist , setelah menjalani ujian saringan pendengaran, pendengaran alya berada pada tahap moderate.menurut en. khairy , audiologist yang consult alya, alya perlu direfer kepada pakar ORL, Prof Din Suhaimi.
then, ibu ngan alya ke klinik ORL, menuggu untuk berjumpa ngan Prof Din. Ya Allah lamanya kena tunggu...rasa macam nak menangis jer, alya tak duduk diam, dia pergi kacau budak2 sebaya ngan dia, menangis budak2 tu...alya nakal. kat umah pun dia ngusik niesa ngan syasya.
pagi tadi mula2 sampai kat hospital, cantik jer toncang dia, ni dah masuk tengah hari , tinggal satu tocang, pastu dua2 dah tercabut. tengah hari dalam kul 12.30 baru dipanggil masuk... kat dalam bilik tu penuh ngan student medic, alya tak takut siap main2 lagi. lupa pulak ibu nak tangkap gambar.
Setelah masuk berjumpa ngan prof din, adalah sedikit ujian dibuat dan gambar dalam telinga diambil. Katanya kebanyakkan pesakit yang ada cleft palate akan mengalami masalah air bertakung ditelinga tengah yang lama kelamaan akan menyebabkan gangguan pendengaran yang lebih serius, apa yang akan dilakukan adalah, satu ventilation tube akan dimasukkan ke gegendang yang mana tiub itu akan mengalirkan air keluar dari telinga. tiub itu katanya akan tertanggal sendiri. Pelannya, pemasangan tiub ini akan dibuat sekali dengan pembedahan cleft palate alya...dan tarikhnya masih belum ditetapkan lagi.

Wednesday, October 20, 2010

Temujanji plastik surgeri

18 Oktober 2010,
Hari ni ibu ngan ayah bawak alya ke klinik SOPD, jumpa ngan dr plastik, ibu,ayah ngan alya sampai kat klinik pagi-pagi lagi. dapatlah nombor giliran 8007. Nombor awallah tu...pastu masa kat klinik adalah jumpa member , staffnurse. konon-konon nak ngejust awal, he he...tapi tup tup tengah hari baru dapat jumpa doktor, kesian kat member ibu terpaksa cover kerja ibu... terima kasih kat member ibu tu...
sebenarnya boleh sangat nak ngejust, member ibu nak suruh jer ibu masuk terus jumpa doktor, malangnya fail alya tak jumpa-jumpa sampai ke tengah hari kami tunggu...
fail alya tu bergerak banyak tempat tu yang tak jumpa2 tu...
bila dah jumpa fail, ibu , ayah ngan alya masuk jumpa doktor, kata doktor alya perlu buat echo cardiogram dulu, kemudian kena doktor bius temgok dulu...kalau tak ada apa2 masalah pembedahan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam kata doktor,akan dijalankan ke atas alya..
ibu tertanya-tanya macammana alya nak makan nanti, takut nanti terbukak jahitnya, adus sakitnya...
kata doktor , alya tak boleh minum guna botol susu, kena bagi ngan cawan, pastu boleh makan makanan lembut cam biasa, cuma jangan bagi yang makanan yang keras2...lebih kurang sebulan InsyaAllah sembuhlah luka tu...
lepas selesai jumpa doktor, ibu terjumpa dengan adik afiq ngan ibunya...kesian adik afiq, nampak makin teruk, tak boleh bangun, kepalanya pun membengkak, matanya tak respon, ya Allah tabahnya hati ibu adik afiq...dulu adik afiq pernah satu wad dengan alya... macam-macam ibu jumpa kat wad...ya Allah rahmatilah semua pesakit kat wad...amin

Tuesday, October 12, 2010

12 Oktober 2010,
hari ni alya ada temujanji dengan audio, buat ujian pendengaran. Alya tak dapat mendengar dengan baik pada tahap bunyi yang rendah... tapi dia masih boleh mendengar pada tahap yang agak tinggi...telinga tengah alya agak bermasalah...alya diberi ubat selsema agaknya supaya telinga tengahnya tak berair...ubat itu perlu diminum setiap malam sehingga telinga tengahnya nampak elok...alya kemudian perlu datang untuk temujanji seterusnya... minggu depan alya ada temujanji dengan plastik surgery...

Sunday, October 3, 2010

Ibu diuji lagi

3 0ktober 2010, ibu di uji lagi...penyakit baru buat alya cleft palate atau sumbing lelangit.
alya tidak menghadapi masalah pendengaran,sebab dia respon pada bunyi. tapi sumbing pada lelangitnya menyebabkan air akan berkumpul dibelakang gegendang telinga alya yang lama kelamaan akan memberi kesan pada pendengaran alya. alya dirujuk ke plastik surgeri 2 minggu lagi untuk membetulkan sumbingnya.
Ujian pendengaran  menunjukkan ada masalah pada pendengaran alya.minggu depan sekali lagi alya akan menjalani ujian pendengaran. Apa yang menakutkan ibu, macam mana nak jaga alya lepas pembedahan, macam mana alya nak makan, kesiannya alya terpaksa sakit lagi, kalau boleh ibu tak mahu semua itu berlaku pada alya...ibu sayangkan alya...
Tapi semua itu untuk kebaikkan alya, nanti ibu nak alya dapat bercakap ngan baik macam syasya ngan niesa...InsyaAllah
Ibu nak alya dapat dengar dengan baik...
Ibu nak alya sentiasa sihat waalafiat...
begitu jugak dengan syasya ngan niesa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...