Showing posts with label cabaran alya. Show all posts
Showing posts with label cabaran alya. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

postponed lagi...

Assalamualaikum... nampak gayanya postponed lagi operation alya ke tarikh yang lain. masuk ni dah kali ke-4 rasanya. Pertama hari tu sebab alya demam selsema. Kedua kalinya alya sihat , tapi doktor dental pulak tak der... Tukar lagi ke tarikh lain ... Ketiga kalinya pula postponed lagi sebab Doktor Pakar Pergigian takder....Ini kali postponed lagi pasainya alya pulak tak available...kali ni alya batuk , selsema , demam teruk sampai terketar2. Lepas tu Syasya ngan Niessa kena jugak . Sakitnya sama jer demam yang ketar2 . Kesejukkan...Antibiotik dah habis...Alhamdulillah ok dah sikit. Cuma batuk tak baik sepenuhnya lagi. Baby sakit telinga , demam , sik baik dah ok. Baby sangat cool... Bercutilah seminggu jaga anak2. Rasanya tahun depanlah pulak operation alya . tak confirm lagi. Takpelah ada hikmah yang diketahui... wassalam...

Tuesday, November 26, 2013

Wednesday, October 9, 2013

masuk wad untuk tidur

Salam , dalam tahun ni alya asyik duk berulang alik ke ORL, audio, speech therapy...nak concentrate pasal telinga alya...problemnya dia kurang dengar , kesian jugak sebab kat sekolah dia agak ketinggalan berbanding niesa ngan syasya. Baru2 ni ada try pakai alat bantuan pendengaran, ok skit tapi pakai sekejap2 jer dulu nak bagi dia biasa. katanya sakit telinga bila pakai. Kata doktor alya sebenarnya mungkin tak perlu pakai alat bantuan pendengaran lepas buat satu lagi pembedahan untuk pasang gromet. Nak dijadikan cerita dua bulan lepas masuklah wad untuk operation, ibu ambik cuti siap2, ayah pun ambik cuti. Admit wad pagi2 lagi, Ohh baru teringat masa ni bulan puasa, duk pikir karang bukak posa kat hospitallah gamaknyer. Semua adik beradik alya masuk dalam wad tu. Bising ngan suara budak2, sik baik takder orang masa tu . Sebelah petangnyar doktor bius datang review,masa tu budak2 duk tidur atas katil . Doktor duk meneka "mana satu alya?mesti yang paling kecik ni,"tak boleh buat sebab alya ada selsema ngan batuk , takut ada komplikasi lepas bagi bius, jadi kena postponed. Takpelah gitu gak nak buat camana. Alya sejak besar sikit ni susah betullah doktor nak chek, lagi2 nak ambik darah punyalah susah, siap kena bungkus dengan selimut. Datang hospital untuk tidur jelah... Dekat nak bukak posa baru sampai umah. 



Alya dah dapat tarikh baru untuk operation lepas raya haji ni 24/10/2013... Doakan alya yer.

Thursday, July 18, 2013

jangan lupa masa susah

kadang-kadang ibu terlupa kesusahan masa lalu dengan kebahagian hari ini... berguna jugak blog ni dapat mengingatkan masa lampau. bila ibu godek2 balik blog ni , baca kisah alya ibu  jadi teringat alya pernah terpaksa minum susu monogen yang berharga rm 300 setin kecil, yang pada masa tu ibu sempat beli 4 tin. pelik sungguh susu ni, pandai betul orang yang merekanya. susu ni diserap terus ke dalam tubuh tanpa perlu melalui sistem limpa:

ni contoh susunya:


kat cn kisah alya terdahulu...
http://thetriplets18.blogspot.com/2011/01/alya-dah-boleh-balik-tapi.html

Monday, April 29, 2013

Ballon dilatation for coarctation of aorta

Salam, teringat ibu berkenaan masalah alya dulu , coarctation aorta. Berat badan alya masa tu lebih kurang 1.14kg sahaja. Rawatan terhadap alya adalah terhad. Alya cuma ada tiga pilihan, ballon dilatation, pembedahan atau biarkan sahaja.Nasib menyebelahi alya , setelah perbincangan antara pakar jantung kanak-kanak dari HUSM, AP Dr. Abdul Rahim Wong pada masa itu ngan pakar dari IJN , Datuk Azahari Yaacob  sanggup melakukan pembedahan ke atas alya walaupun hanya seberat 1.14kg. Ballon dilatation tak dapat dilakukan memandangkan berat badan alya tidak mencukupi, ini akan memberikan komplikasi kepada salur darah darah alya yang kecil.
Apa yang ingin ibu katan adalah selain daripada pembedahan , primary ballon dilatation untuk aorta ini juga merupakan satu rawatan yang memberikan hasil yang baik juga jika berat badan bayi mencukupi.
Apa doktor lakukan adalah dengan memasukkan kateter melalui arteri femoral terus ke aorta, kemudian kawasan coarctation di kembangkan dengan ballon sehingga memberikan saiz salur darah yang sekata. Lepas tu doktor akan buat pemeriksaan setelah 6 bln.

Thursday, March 7, 2013

TCA ORL

Hari Isnin baru -baru ni ada pergi check telinga alya under ORL . Kata doktor gromet tu dah tertanggal dua-dua belah. pastu doktor nak keluarkan terus. alya pulak taknak bagi. kata doktor grommet tu mungkin kena pasang balik , memandangkan alya kurang dengar. Tapi yang risaunya kena buat under GA. Hah tension ibu memikirkannya. Dalam hati ni tak tahu nak luah kat siapa. Pastu ambil temujanji baru speech untuk alya, sebakul kena ngepek ngan bahagian temujanji. apa taknya last temujanji 2011. Sekarang 2013. Masa tu alya tak dihantar sekolah lagi . lepas hantar sekolah alya dah boleh cakap banyak perkataan , sbb tu ibu tak gi hantar kat speech. sekarang alya dah pandai cakap, cuma sebutan kadang-kadang tak berapa betul. itulah yang nak kena gi betulkan balik. Kalau ikutkan banyak lagi temujanji yang terlepas ni nak kena gi ambik balik, mata, plastik ,pead... rasanya sepanjang tahun lepas tak pergi temujanji. Bersalin bulan 3, masuk kerja bulan 6 , pastu kena sakit mata satu keluarga, pastu sambung pulak dengan chicken pox...habis setahun 2012. masuk tahun 2013 nilah baru nak start balik ngan temujanji alya. Temujanji ni semuanya mengambil masa separuh hari. lagi senang ibu ambik cuti jadinya tak mengganggu tugas. next appt alya audio 31/3, ORL 1/4 9pg, Speech 1/4 11.30pg.

Contoh grommet yang dimasukkan

Grommet dimasukkan sebab nak keluarkan air kat telinga tengah yang menjadi penyebab kurang dengar,telinga akan jadi berdengung. kurang dengar itulah puncanya sebutan tak jelas.

-picture credit to google

Wednesday, February 27, 2013

Apa khabar triplets.....

Salam, lama rasanya tak berblog. Alhamdulillah alya , niesa ngan syasya sihat waalafiat. Bulan 6 ni dah nak masuk 5 tahun. Baby afina pun sihat. Kata orang anak perempuan ni banyak cakap. memang banyak cakap kembar 3 orang ni. terutama sekali syasya . suka dia menyakat orang. niesa pulak cakap macam orang tua. niesa jenis cool skit. Tapi alya ni lain skit. pelat dia ni lain macam skit. Banyak perkataan alya yang sukar difahami. Bila bercakap dengan alya , kita kena ulang banyak kali, pastu bercakap kena mengadap muka dia. Kalau kita cakap laju , dia akan tanya balik, "ha? ". Lepas tu ada kalanya kita tanya lain, dia jawab lain.kesian kat alya. Ibu risau jugak sebenarnya ni , cam mana nak masuk sekolah nanti. Tapi hubby cakap tak payah risaulah sebab orang buta pun boleh jadi lawyer. Alya walaupun dia pelat , tapi dia bersungguh-sungguh nak belajar. kalau dalam kelas(tadika) , dia akan duduk paling depan lepas tu dia akan follow apa yang cikgu ajar. pastu bila balik rumah dia akan ajuk balik apa yang cikgu ajar kat sekolah. walaupun bunyi sebutannya agak pelik.
contohnya: alya sesuah= alya syafiah
                  ika maku maka= kita satu Malaysia ( nyanyi lagu)
                  igu= ibu
minggu lepas ada pergi follow up ngan audio, resultnya alya ni kurang pendengaran. mungkin lepas ni kena pakai alat bantuan pendengaran kot. Minggu depan follow up dengan ORL. Tengok camana.
Apapun ibu bersyukur sangat sebab alya diberi nyawa , nafas serta kehidupan . Alhamdulillah doa ibu dulu dimakbulkan olehNya. " Ya Allah berilah keajaiban buat alya,"... hanya keajaiban dari Allah yang ibu pintu ketika itu... tahun 2008 , amat memberi impak dalam kehidupan.
Alya 2008- masa ni ibu hanya bertawakkal kepada Allah...ibu hanya mampu berdoa

Alhamdulillah alya sihat dan aktif...masa ni umur 3 tahun lebih kot... tak dapat sempat nak upload lagi gambar terbaru. ni gambar yang lama.
Doa ibu semoga semua anak-anak ibu berjaya dunia dan akhirat...amin..

Saturday, December 31, 2011

aduhai sayang

tengok tak cerekarama ni? anak stay dengan tok. memang realiti kehidupan, ibu pasti ramai yang mengalami situasi sebegini kan. lagi besar budak tu lagi susah nk ambik kan. cerekarama tu mengingatkan ibu pada tahun 2008, tahun yang penuh dengan cubaan dalam hidup ibu, masa tu alya perlu jalani pembedahan kat IJN, jadi niesa ngan syasya terpaksa ibu tinggalkan pada tok mek ngan tok ayah mereka untuk dijaga. masa tu umur diorang sebulan lebih. alya pulak lebih kurang sebulan kat IJN. balik dari IJN , alya kena admit pulak kat NICU sehingga usia 5 bln. then baru blh keluar wad. itupun lepas keluar wad , terlalu banyak temujanji alya, jadinya syasya ngan niesa stay dengan tok mek ngan tok ayah sehinggalah umur diorang setahun setengah barulah ibu ngan ayah ambil keputusan untuk ambik budak2 tu. punyalah payah. budak2 tu walaupun kecik, tak nak ngan ibu ngan ayah. memang ibu ngan ayah terasa, tapi itulah lumrahnya dan kita kena terima, sbb diorang dah biasa ngan tok mek ngan tok ayah diorang. tp kami nekad jugak nk ambk. 

Monday, May 9, 2011

Alya, niesa , syasya 7 bulan…

Alya, niesa , syasya 7 bulan…
Cuti separuh gaji ibu dah habis, camana ni ….alya masih lagi cam gitu jugak, siapa nak jaga alya? Sebab ada orang cakap kat ibu,” ada ke orang nak jaga alya yang tak macam orang tu,”…apa maksud  dia tu? Tak macam orang?...ada orang yang nak jaga alya…thanks kak ma( pengasuh alya) . mula2 tu nampak takut2 jugak sebab alya tak pandai hisap , puting botol susu masih kena picit. Tapi disebabkan pengasuh alya tu dah biasa ngan budak, takde masalah bagi dia.


Tatkala niesa ngan syasya sedang bergelak ketawa, bermain2…


Syasya

Niesa

alya
Alya masih terbaring di sini… tanpa senyum tanpa ketawa… untuk pengetahuan , selama 2 bulan ibu tak tidur malam. Alya akan start menangis dari maghrib sampai subuh dan lepas subuh pun tak tidur lagi. Alya hanya akan tidur lepas asar sampai maghrib. Berapa jam jer tu… ada jugak orang tua bawak gi jumpa bomoh, ha ha tak pasal2 terlibat ngan benda2 ni, katanya kena pelepas. Maaf ibu sebenornya tak percaya dan takkan percaya ngan benda2 cam ni, syirik nih, tapi mertua suruh , ikut jelah .nak citer sikitlah…sampai kat umah si bomoh ni, ibu disuruh duduk atas kain kuning. Pastu ada tali di bawak lalu ke tubuh ibu. Dengan alya sekali, pah ngan niesa ngan syasya pun join. Terdengarlah ibu, si bomoh tu bagi salam kat bidan sulung…pahtu bercakap2lah diorang, hubby ckp masa ni ada keris terbang… dalam  hati ,ibu beristighfar banyak2. Dan sedikitpun tak terfikir untuk menyekutukan Allah. Nauzubillah. Sesungguhnya hanya Allah sahajalah sebaik2 pelindung, dan hanya kepadaNyalah tempat meminta pertolongan.
Selang 2-3 hari lepas tu, ibu berjumpa ngan sorang ustaz ni, pergi mintak air2 tawar. Pernah dengar tak rawatan pinggan putih? Alah yang tulih ayat2 kat pinggan putih , pastu larutkan ngan air, ustaz tulah yang buat. Alhamulillah dengan izin Allah…balik dari rumah ustaz, ibu bancuh susu alya ngan air yang ustaz bagi tu, Alhamdulillah lepas minum, ibu panggil alya…dia dah tak marah , tiba2 diam, masa tu alya baru start nak pandang sekeliling…alya nak pandang semua orang…alya baru start nak senyum…Syukur  ya Allah…

ALYA , NIESA SYASYA 6 BULAN

ALYA , NIESA SYASYA 6 BULAN
Niesa ngan syasya Alhamdulillah, takde masalah. Dua2 membesar cam budak2 lain. Tapi alya? Lambatnya nak besar, setiap hari ibu timbang alya dengan penimbang yang ibu beli, tapi untuk berganjak walau 1 gm pun susah. Tapi ibu takkan pernah putus asa. Demi alya. Setiap malam alya akan menangis…merengek ,tak tidur. Mungkin alya sakit atau alya memang dah terbiasa dengan semua itu… kalaupun alya menangis dalam wad, tak ada siapa yang akan pujuk. Alya dah biasa menangis, merengek. Bila nama alya dipanggil(ibu,ayah atau sesiapa yang berada di sekeliling) , alya seolah2 marah. Alya tak suka namanya dipanggil. Kenapa?. Bila dalam wad, doktor akan panggil nama alya, “alyaaa, sekejap yer sayang….”sambil tangan alya digenggam kuat sambil disusuli dengan tusukkan jarum halus ke tangan alya. Selama 5 bulan, dan alya sudah terbiasa dengannya.
Alhamdulillah, Niesa ngan Syasya sihat cam budak2 lain…


Kesian alya, kurus kering menampakkan tulang rusuknya…kulit alya jugak alergik…tak sampai hati ibu nak tengok alya, tapi ibu mesti menghadapinya… ibu mesti lebih kuat dari alya…

ALYA, NIESA, SYASYA 5BLN

ALYA NIESA SYASYA DI USIA 5 BULAN
Memang  mencabar! Menjaga alya selepas hampir 5 bulan berada di NICU, ibu takut, tapi gembira dapat bawa alya pulang ke rumah setelah sekian lama. Dalam masa 5 bln ni alya hanya terbaring saja…meniarap? Tidak, mengengsot? Tidak. Apatah lagi merangkak ataupun bergelak ketawa. Minum susu? Sebelum ni alya guna tiub, tak perlu nak hisap, tak perlu nak sedut. Yang pasti alya akan rasa kenyang setiap 3 jam . setelah pulang ke rumah alya tak pandai nak hisap susu, bagi ngan sudu/syringe pun dia tak pandai nak telan. Silap haribulan keluar susu ikut hidung( cleft palate-dulu tak tau pun masalah ni). Susah jugak hati ibu tengok alya camtu, tapi ibu perlu berusaha. Sikit2 alya dapat minum susu walaupun tak banyak yang luak, nak habiskan 2 auns pun payah. Susu botol tu pun mula2 terpaksa dipicit putingnya sbb alya tak pandai hisap. Kesian alya , kurus kering. Walaupun alya dah keluar wad, temujanji  ngan  Dr. Noraida (AP) tetap berjalan. Satu hari doktor suggest supaya alya dipasang semula ngan tiub supaya susu dapat masuk dengan kadar yang mencukupi memandangkan berat badan alya tak naik. masa ni 2kg lebih jer.tiub tu pasang kat wad NICU. Setiap hari kena bawak alya kat wad. Bila balik rumah tak sampai tengah malam alya dah cabut. Tak selesa . Kesian kat alya , tak sampai hati ibu nak biarkan jururawat masukkan tiub ikut mulut alya. sebab satu hari ibu terkilan, ada sorang jururawat tu kasar sangat masa masukkan tiub tu. Kesian kat alya , ibu tengok ada sikit darah kat tiub tu, mungkin itu biasa…tapi ibu kesian kat anak ibu…pastu dia marah alya depan ibu..  Dalam hati ibu, geramnya…. Lepas pada hari tu , ibu tak lagi pergi masukkan tiub kat wad tu. Ibu berusaha bagi alya minum sendiri, sampai bila dia nak bergantung ngan tiub tu kan. Buat masa ni , ibu habiskan cuti yang ibu dah kumpul awal2 lagi. Lepas ni ibu ambil cuti separuh gaji 2 bulan untuk  menjaga alya sepenuhnya. Memandangkan temujanji alya, niesa ngan syasya yang tersangatlah padat.
 yang kecik tu alya


syasya & niesa


Sunday, April 10, 2011

sambung cerita lama alya 2008

salam...lama dah rasanya tak bercerita tentang triplets alya niesa ngan syasya nih, cerita alya pun tak habis2 lagi...kali ni nak sambung cerita alya lagi, (sambungan bawah label 1Nilam)...
satu hari masa kat 1 Nilam masa tu umur alya hampir masuk 5 bln, kata doktor , alya dah boleh balik cuma kena transit kat wad 1TB rooming in bersama ngan ibu, masa ni alya masih lagi menyusu menggunakan tiub. Berat alya masa ni baru 2 kg, bayangkanlah... seperti yang ibu jangkakan alya tak pandai menyusu guna puting susu, alya tak tahu macam mana nak menghisap, alya tak tahu macam mana nak menyedut...alya tak tau, takkan selamanya ibu nak bagi alya minum guna tiub, kesian kat alya...
dengan bantuan occupational therapist( Pn.Suzana), ibu diajarkan cara untuk buat sucking refleks ke atas alya, agak sukar nak ajar alya...masa duk kat wad 1TB ngan ibu pun berat alya turun dalam beberapa gram sebab tak bagi ikut tiub, susu pun kurang masuk...
satu hari ibu gembira sangat sebab alya menghisap botol susu dengan kuatnya...tapi malangnya ibu hairan susu dalam botol tak luak pun , hisap punyalah kuat, buntu ibu dibuatnya...terpaksalah bagi ngan syringe , tapi telan tak pandailah pulak...stress nyer ibu masa tu , dahlah berat turun...takut tak dapat balik jer...tapi Alhamdulillah lepas 2 minggu ibu dapat bawak alya balik walaupun berat alya tak berapa nak naik, masa ni alya dapatlah menyusu sikit2...tapi cabaran menanti ibu lepas nih...
pernah jumpa tak penimbang nih? ibu ngan ayah beli penimbang ni untuk timbang berat alya yang tak naik2...umur 5 bln berat alya  baru 2kg, hampir setiap hari ibu timbang alya...
dan ibu takkan pernah putus asa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...