Monday, December 31, 2012
Selamat tinggal 2012
Selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013 . Semoga tahun baru 2013 memberikan 1001 kebahagiaan dan keindahan dalam hidup ini. Umur semakin bertambah , semoga pemikiran menjadi semakin matang...Tahun depan triplets dah nak masuk 5 tahun...semakin besar anak2 ibu. begitu cepat masa berlalu. Dulunya hanya seberat sekilo gula jer.. membesarlah sebagai anak2 yang solehah...diharapkan semuanya sihat waalafiat sentiasa. Azam tahun baru??? ha ha tahun ni nak belajar jahit..memang betul2 berazam ni...sebabb? sebabnya anak2 ibu semua perempuan...4 orang + ibu , 5 perempuan , upah jahit baju mahal jugaklah bila di kali 5...errrm azam tahun ni sememangnya nak belajar jahit baju. Selamat tahun baru semua...
Monday, December 24, 2012
Ekslusif breastfeeding...
Alhamdulillah, kali ni ibu berjaya menyusukan afina sepenuhnya selama 6 bulan secara ekslusif...hanya susu ibu menjadi makanan dan minuman afina. walaupun ibu dah start kerja, ia bukanlah halangan untuk ibu memberikan susu kepada afina. Stok susu tak banyak pun . ibu lebih suka bagi susu yang fresh pada afina. Biasanya ibu akan perah waktu maghrib , tgh malam ngan subuh hari. sempatlah untuk bekalan siang hari. Lepas tu tgh hari ibu akan ke nursery untuk susukan afina. Bersabarlah hanya untuk 6 bulan sahaja ekslusif breastfeeding. Selepas 6 bulan ibu tetap meneruskan pemberian susu ke atas afina dan harapnya sehingga cukup 2 tahun. Selepas 6 bulan kurang sikit perah susu sebab baby dah mula makan. Dan afina nak makan semua yang orang makan, berselera dia. Sebenarnya susu ibu ada pelbagai rasa mengikut apa yang ibu makan. Dengan itu lidah baby telah dilatih untuk merasa pelbagai rasa. Satu pengalaman yang cukup bermakna dan janganlah kita mensia2kan peluang yang Allah berikan ini kepada kita. Teruskan penyusuan. Semakin banyak baby hisap semakin banyak susu yang dihasilkan. Apa yang penting fokus. Dan rasailah nikmatnya. IBU SOKONG PENYUSUAN SUSU IBU...
Friday, December 21, 2012
Thursday, December 13, 2012
persediaan menyambut kelahiran bayi
Nose cleaner
Seronok kan nak menyambut kelahiran bayi baru...lebih2 lagi kalau anak sulumg. tak sabar2 rasanya. Tapi apa-apapun diharapkan bayi yang bakal lahir sihat waalafiat tanpa sebarang masalah kesihatan. Tiba-tiba jer rasa nak tulis pasal nose cleaner sebab ada member tanya pasal nose cleaner ni, dia ada tunjukkan senarai barang yang perlu dibeli untuk menyambut kelahiran bayi. Salah satunya benda nilah. Penting ke tidak. Apa yang dapat ibu katakan, be prepare ...benda ni nak buat sedut hingus baby. Paham2 jelah bayi tak pandai nak hembuskan hingus sendiri. Benda ni akan clearkan pernafasan bayi. Tak salah masukkan salah satu benda ni dalam senarai persedian kelahiran. Ibu teringat masa alya dulu , benda ni penting sangat buat dia, tambahan pula alya ada masalah lelangit merekah yang belum direpair pada masa tu. Menyebabkan susu yang diminum keluar dari hidung. Kalau makan nasi, nasi yang keluar ikut hidung. Masa tu Alya selalu dapat selsema dan batuk berpanjangan. Alya pun selalu keluar masuk wad. Yang atas ni jenis muncung pendek. Ibu beli sejenis lagi untuk alya yang panjang punya, kita boleh sedut ngan mulut macam yang kat bawah ni...
Thursday, December 6, 2012
masih belum berakhir...
bertih, chiken pox ni masih belum berakhir, ingatkan baby afina naik sikit jer...rupa2nya lagi teruk...Sabtu baru -baru ni makin banyak naik biji-biji tu, hari Ahad start demam sikit2 jer... ibu fikir tak nak start antibiotik lagi...nak tengok dulu..baby afina ibu tinggalkan ngan adik ipar...balik kerja hari Isnin ibu tengok baby afina duk menangis atas dukungan adik ipar.. demam bertih tu makin kuat ...dengan sakit tubuhnya, kesian baby...ibu just bagi ubat demam jer...pastu jelung ngan tuala basah malam tu tak blh tidur ....malam kedua pun tak boleh tidur...ibu bagi sub pcm 4 jam sekali tak jugak kebah , masih lagi panas badan baby... risau dah ni... ibu cakap kat ayah," jom kita gi kecemasan"..."aiii...nak masuk wad ker."..malas nye nak masuk wad. "ginilah kita gi klinik dulu"...pergi Klinik Dr Ramzi kat chabang 4 pauh panji...kata doktor" ooo bertih ada ubat , mari cepat , cepatlah baik,"...pastu doktor bagi ubat bertih aciclovic , antibiotik, ubat mandi, calamine, ubat tahan sakit ngan ubat tahan gatal...balik dari klinik terus bagi ubat.... Alhamdulillah, petang tu kebah demam baby Afina. Kesimpulannya kalau anak naik bertih cepat2 cari ubat , jangan biar demam lama2. kesian kat baby nak pegang tubuh dia pun macam menjerit kesakitan. (blame myself)...dapatkan rawatan yang betul...
Sunday, November 25, 2012
disaster...
huhh....tak taulah ujian ker musibah ke , tapi yang pasti setiap kesakitan yang Allah berikan pada kita adalah sebagai penghapus dosa dan supaya kita boleh muhasabah diri..(barangkali ibu ni banyak dosa kot)...dan setiap ujian yang diberikan pasti ada hikmah yang tersembunyi yang pasti hanya Dia Allah yang Maha Mengetahui. Bulan lepas satu family sakit mata kecuali ayah ....mula2 niesa bawak balik sakit mata tu, pastu berjangkit ngan yang lain2, sudahnya terpaksa ambik cuti. nak hantar nursery pun tak boleh...takut berjangkit ngan budak lain kan... rasanya 2 minggu jugak cuti...baby afina pun kena jugak sakit mata...
bulan ni pulak, niesa jugak bawak balik chicken pox, atau bertih bahasa Kelantannya, @ jintungan bahasa Terengganu nye. 3 minggu ambik cuti jaga niesa, pastu berjangkit pulak ngan syasya, pastu ibu pun kena jugak, tulah masa kecik tak kena, dah tua ni baru nak merasa...mc seminggu. sakit jugak naik bertih ni, macam kena api gitu, dahlah miang, gatal pulak tu....patutlah budak2 ni asyik menggaru jer. hari ni ibu dah start kerja lepas sebulan agaknya cuti. budak2 pun masih belum pulih sepenuhnya, alya naik kat muka ngan tangan , malam tadi demam. baby afina baru nak naik, nampak ada sebijik dua kat punggung...kesian budak2 tu. Buat masa sekarang mama che ngoh(adik ipar) diorang yang mari jaga kat umah...dah terlalu lama rasanya ibu tak masuk kerja...sik baik ada dia datang jaga budak2 tu...Alhamdulillah
Semoga anak2 ibu cepat sembuh... pastu kita gi makan kat tutti fruttii yer sayang.....
bulan ni pulak, niesa jugak bawak balik chicken pox, atau bertih bahasa Kelantannya, @ jintungan bahasa Terengganu nye. 3 minggu ambik cuti jaga niesa, pastu berjangkit pulak ngan syasya, pastu ibu pun kena jugak, tulah masa kecik tak kena, dah tua ni baru nak merasa...mc seminggu. sakit jugak naik bertih ni, macam kena api gitu, dahlah miang, gatal pulak tu....patutlah budak2 ni asyik menggaru jer. hari ni ibu dah start kerja lepas sebulan agaknya cuti. budak2 pun masih belum pulih sepenuhnya, alya naik kat muka ngan tangan , malam tadi demam. baby afina baru nak naik, nampak ada sebijik dua kat punggung...kesian budak2 tu. Buat masa sekarang mama che ngoh(adik ipar) diorang yang mari jaga kat umah...dah terlalu lama rasanya ibu tak masuk kerja...sik baik ada dia datang jaga budak2 tu...Alhamdulillah
Semoga anak2 ibu cepat sembuh... pastu kita gi makan kat tutti fruttii yer sayang.....
Monday, October 22, 2012
apa kata mereka?
syoknya g jenjalan, selalu triplet alya niesa syasya ni pakai baju sama. tapi kadang2 tu ada gak x sama. bila kat shopping mall atau kat mana2lah yang kitorang pergi, mcm2 reaksi yg org sekeliling bg dan mcm2 pulak spekulasi yg diorang gambarkan ttg budak 3 org ni.
situasi 1 : kat kaunter bayaran
cashier 1 : "kembar ker?"
cashier 2 :"kembar 2 eh?"
ayah : "tiga".
cashier 1 : "hah! tiga?, bakpo hok ni kecik (alya), dok samo besor?"..." ada keturunan kembar ker?..
cashier 2: "holah, dua ni sama,"...
ayah: "hok ni ada masalah skit masa kecik,"
cashier 1: "oooo,"...
kami terus berlalu,tak pasal2 org beratur panjang tunggu nk bayar karang. soalan yang sama yang selalu diajukan sampai si kembar blk rumah boleh lakonkan blk perbualan tadi.
situasi 2: pertemuan kat rantau panjang
satu hari ibu ayah ngan triplets jalan2 kat Rantau Panjang. window shopping jah.
datanglah sorang lelaki menyapa ibu, "kembar ker? ".
"ermmm,"...jawab ibu
tanya lelaki tu lagi,"tiga?"...
"ermmm,"...jawab ibu lagi.
"ha???"....lelaki itu menunjukkan reaksi terkejut dan seolah2 mengekori ibu ngan triplets. tapi ibu ayah ngan triplets terus berlalu menuju ke deretan bangunan kedai.
sampai kat sebuah kedai , kami singgah melihat barang2. kot2 ada yang nak dibeli ker. tiba2 bahu ayah ditepuk oleh lelaki tadi sambil berjabat tangan dengan ayah, lalu memperkenalkan kami kepada isteri dan anak2 nyer..."nilah kembar 3 tu,"...begitu teruja sekali mereka. kecut perut ibu. kata lelaki itu," maaf lah, saya excited sangat sebab baru pertama kali jumpa kembar 3 ni,".... takpe..."pergi dulu yer, jumpa lagi,"...
situasi 1 : kat kaunter bayaran
cashier 1 : "kembar ker?"
cashier 2 :"kembar 2 eh?"
ayah : "tiga".
cashier 1 : "hah! tiga?, bakpo hok ni kecik (alya), dok samo besor?"..." ada keturunan kembar ker?..
cashier 2: "holah, dua ni sama,"...
ayah: "hok ni ada masalah skit masa kecik,"
cashier 1: "oooo,"...
kami terus berlalu,tak pasal2 org beratur panjang tunggu nk bayar karang. soalan yang sama yang selalu diajukan sampai si kembar blk rumah boleh lakonkan blk perbualan tadi.
situasi 2: pertemuan kat rantau panjang
satu hari ibu ayah ngan triplets jalan2 kat Rantau Panjang. window shopping jah.
datanglah sorang lelaki menyapa ibu, "kembar ker? ".
"ermmm,"...jawab ibu
tanya lelaki tu lagi,"tiga?"...
"ermmm,"...jawab ibu lagi.
"ha???"....lelaki itu menunjukkan reaksi terkejut dan seolah2 mengekori ibu ngan triplets. tapi ibu ayah ngan triplets terus berlalu menuju ke deretan bangunan kedai.
sampai kat sebuah kedai , kami singgah melihat barang2. kot2 ada yang nak dibeli ker. tiba2 bahu ayah ditepuk oleh lelaki tadi sambil berjabat tangan dengan ayah, lalu memperkenalkan kami kepada isteri dan anak2 nyer..."nilah kembar 3 tu,"...begitu teruja sekali mereka. kecut perut ibu. kata lelaki itu," maaf lah, saya excited sangat sebab baru pertama kali jumpa kembar 3 ni,".... takpe..."pergi dulu yer, jumpa lagi,"...
Tuesday, October 16, 2012
basikal baru
basikal baru sorang satu, beria ayah nk beli. ibu cakap tak payah belilah umah sempit, nk pusing payah, dah jadi mcm setinggan dah dlm umah ni. bukan satu, tapi tiga basikal. ermm, kata ayah tak bolehlah kena beli jugak sebab dah janji ngan budak2. ikut ayahlah...nk dijadikan cerita blk kerja pegilah ambk budak2 kat sekolah ngan afina sekali, ayah kata jom g beli basikal, punyalah seronok budak2. sampai kat kedai basikal, pilihlah basikal sorang satu, lain warna. selesai byr basikal pun dimuat masuk dlm kereta. car seat afina letak kat belakang gak. toke kedai tanya,"penumpang nk duduk kat mana ni?,"......"ha ha,kat depanlah 5 orang,"....mcm iklan kereta grand livina tu, ingat tak?... hah tau tak kami naik kereta kancil jer... itu yang baik punya sumbat...dah itu jer yg mampu. lupa plak nk ambik gambr masa dlm kereta. takpelah ada gambr wajah ceria budak2 dapat basikal. jangan lupa saat indah ini yer sayang...
rutin ke sekolah
salam, setiap pagi ibu akan siapkan 3 set kelengkapan untuk alya niesa ngan syasya ke sekolah. ini termasuklah tuala mandi ,baju salin waktu petang sorang satu beg. dulu2 nk cepat ibu buat satu beg jer,malas nk prepare byk2. apa punya ibulah ini macam pun ada ker?? sekarang sudah tukar. pagi2 agak kelam kabut sebab takder pembantu. ermmm dan lagi perah susu untuk afina nurhanan dan prepare brg afina sekali.
Monday, October 15, 2012
suspek dikenalpasti
salam, mcm2 cara blh buat untuk nk luahkan perasaan... hari ni masa nk jemur kain ibu ada ternampak sepucuk surat ditujukan kepada pemilik kereta merah... kereta ayahlah tu... bila diamati sama mcm lukisan terdahulu. budak ni terpengaruh ngan citer hantu agaknya. kat luar sampul ditulis mr x. tapi kat dalam ada lak nama penuh. ermmm ni kerja budak sekolah belakang umahlah ni . takde kerja kertas karangan dibuang cam tu jer. karang ibu report kat pengetua sekolah kan baru tau... hah ! nilah lukisannya...
Sunday, October 14, 2012
triplets nk periksa akhir tahun
salam...macam tak caya plak budak2 ni nk exam final year, tiba2 jer rasa seram sejuk, apalah nk dijawabnya. nama sendiri pun tak leh nk tulis lg ni, dapat jadual exam pun nk buat jet, cmnlah agaknya. esok postpone lglah temujanji alya ngan audio....tgk jadual ni, cam ngeri jer
Thursday, October 11, 2012
dan akhirnya...
hah ! ibu plak sakit mata setelah semua anak2 ibu sakit mata , kena ambik cuti bagai bila nursery tak nak terima budak sakit mata. oh tidak... minggu ni memang teruk. esok ada kursus camana-camana...oh ya... ayah tak kena lagi
Sunday, October 7, 2012
twin to twin transfusion syndrome
salam, pernah dengar tak? berlaku pada kandungan kembar yang hanya ada satu kantung sahaja. menyebabkan bayi terpaksa bersaing untuk mendapatkan zat makanan untuk terus hidup...
menakutkan...tiba-tiba plak rasa nak tulis pasal ni...sebab masa mula-mula pregnant dulu doktor scan dia cakap twin ni anak awak, tapi satu kantung jer kita risau takut2 berlaku kembar siam ker dan banyak lagi masalah, macam nilah awak balik search internet then fikir balik. Tak fahamlak pulak , fikir balik macam nak suruh abortkan saje jer... ibu adalah search internet, jom kita tengok ...
tapi apa2 pun hanya kepada Dialah kita berserah....redhalah atas segala ketentuannya....
menakutkan...tiba-tiba plak rasa nak tulis pasal ni...sebab masa mula-mula pregnant dulu doktor scan dia cakap twin ni anak awak, tapi satu kantung jer kita risau takut2 berlaku kembar siam ker dan banyak lagi masalah, macam nilah awak balik search internet then fikir balik. Tak fahamlak pulak , fikir balik macam nak suruh abortkan saje jer... ibu adalah search internet, jom kita tengok ...
yang sorang akan dapat lebih dan sorang lagi akan kurang zat |
yang ni pulak sorang jer dapat dan yang sorang lagi tak dapat langsung dan takleh survive |
sorang besar dan sorang lagi kecik ...(teringat pulak kat niesa ngan alya ) |
ni yang doktor risau kot2 jadinya kembar siam...
|
lagi...
emmm, belum lagi long sembuh dari demam, hari Jumaat kelmarin dulu si baby afina lak panas tubuhnya... Jumaat standby dipanggil kerja , Sabtu pulak gotong-royong 5S, sudahnya gotong-royong tak pergi. yang masih belum kena si kak chik, tapi petang Sabtu tu nampak mata bertahi , cepat-cepat suap ubat. tak demam lagi, malam tadi ingat kan si long ni dah kebah , pukul 4 pagi bangun menangis, ibu rasa badannya panas lagi, bagi lagi ubat demam, rasa badan kak chik sejuk jer tak demam, afina tak demam dah cuma mata tak leh bukak , bertahi. pagi tadi nk pergi sekolah, ibu nampak mata kak chik ala-ala nak sakit mata, ibu bagi ubat siap2. nanti tengah hari nak gi tengok budak2 tu cam mana... hope ok...
Wednesday, October 3, 2012
gitulah ....
Kesian...minggu lepas hari Rabu ngoh sakit mata, pastu hari jumaat balik kampung start demam. ibu dah bagi pcm, tapi tak kebah2 jugok. last sekali hari yang ke lima demam ibu gi ambik ngoh kat sekolah, nak bawak g klinik jumpa doktor. rasanya nak kena start antibiotik. masa ibu g ambik ngoh kat sekolah, ish macam dah sejuk jer, tak demam dah kot. ibu tanya ayah,"camana? nak bawak g klinik tak?, "..." ntoh"..." ermmmm, bawak jerlah, tengoklah apa kata doktor,".... then ibu bawak ngoh jumpa doktor, doktor bagi ubat demam selsema ngan antibiok... malam tadi demam ngoh dah kebah...tapi dalam kul 4 pagi gitu, ibu dengar long nangis, pastu ibu cakap,"nape long, meh sini tidur kat ibu,"...panas jer badan long, demam rupanya, baru berjangkit dengan ngoh, "long demam nih, meh makan ubat dulu, "... sengih jer dia bila ibu suap ubat, "long demam kat tekuk(leher)...panahhh," suka dia bila ibu cakap dia demam, pastu suap ubat kat dia, lepas lap badan dia dengan towel basah, pastu ibu peluk dia , gosok dia...sengih jer budak long ni...sek baik si kecil afina tidur lena....rupanya si long ni nak kan perhatian, rupanya dia dengki tengok ngoh dapat perhatian sebab demam, jealous tengok ibu dakap ngoh....sebelum ni pulak perhatian ibu asyik kepada si kecil afina. kak chik pulak tak leh nak berenggang ngan ayah . satu malam tu ayah dia keluar tak ajak dia, kak chik ni mengamuk, menangis , meraung sampai muntah...ibu cakap apa pun tak layan , ermmm, anak butir ayah sorang ni....tengah hari ni nak kena pergi sekolah bagi antibiotik kat ngoh dengan ubat demam kat long, kata cikgu peraturan baru nak kena mak ayah sendiri bagi ubat kat anak . pastu nak g bagi feeding baby afina nurhanan...
kak chik(yaya), long(syasya), ngoh(niesa)
Thursday, September 6, 2012
still bagi full breastfeeding
minggu depan afina dah nk masuk 6 bulan, bolehlah start bagi makanan...sekarang ni pun duk hisap tangan, apa-apa yang dipegang semuanya nak masukkan dalam mulut. masa peknan ke afina memang nekad nk bagi full breastfeeding. teringin nak beli pump yang mahal2 tapi budget takder ma,,, beli jer apa yang mampu.
so far so good...
dulu masa time triplet ibu guna pump pureen ni, tapi masa tu susu x berapa nk ada. lagipun bila guna pump ni sakitlah, rasa pedih. kena tekan button untuk control flow . maksudnya tangan x leh nk relaxs. pas tu 4 tahun kemudian afina lahir, ibu try guna dah x leh. rosak...
(RM125)
next ibu try beli pump manual, mak ai sakitnya tangan , cramp. last sekali patah...ha ha
(RM49.90)
then beli yang ni plak , selesa gak dan mudah nak guna . banyak gak kuar susu. sekarang masih lagi guna yang ni. dan time2 nak cepat memang bagus yang ni.
(RM20)
yang ni plak baru jer beli, sebab malas nak perah malam, belilah yang double pumping lagi mudah, relax, pastu kita boleh pilih level sampai 8. selalunya level 3 dah boleh kuar
flex jet( betul ke tak ejaannya tapi yang laju tulah)
(RM399.90)
so far so good...
Sunday, August 26, 2012
afina nurhanan 5 bulan dah
Thursday, August 23, 2012
raya raya kerja kerja
Selamat hari raya maaf zahir batin..... seronoknya hari raya dapat berkumpul bersama2 keluarga tercinta. tahun ni giliran rumah ibu kat Dungun. walaupun dapat cuti raya pertama dan kedua sahaja. tetap jugak nak balik. Hari selasa dah start kerja ...x puas lagi raya...dengan mak mertua kat Kuala Krai tak beraya lagi...sedih hubby...malam ni baru nak balik...yang x syoknya hubby cuti seminggu, duk umahlah dia ngasuh anak2. jadi mr.mama. Apa2 pun selamat hari raya maaf zahir batin...
Thursday, August 16, 2012
Monday, August 6, 2012
acar nenas simple
hah, potong nenas cam gini, ni dalam 2 biji |
Sunday, August 5, 2012
breastfeeding afina
Alhamdulillah setakat ni boleh bagi breastfeeding sepenuhnya kat afina, walaupun banyak gak halangannya. ibu takder buat stok pun macam ibu ibu yang lain. ibu just perah untuk hantar kat nursery keesokkannya. rutin ibu balik kerja sampai umah susukan afina bagi kenyang2 dulu. lepas maghrib perah, tengah malam perah, subuh perah lagi. dapat 4 botol 2 auns jadilah (ni masa afina 3 bulan , ntohler susu pun x berapa nk kuar)...sekarang ni afina 4 bulan setengah...ibu just perah sekali jer tgh mlm boleh dapat 3 botol untuk 2 auns...pastu perah subuh jer sekali... sepanjang malam pulak afina akan nyusu sesuke hatinya...
pagi nak gi kerja perah sekali lagi, dalam kereta nyusu ...pastu barulah ibu g kerja...ha ha tengah hari ibu pergi lagi kat nursery bagi susu kat afina....cian afina tak puas susu botol...
(ramai yang suruh campur ngan susu formula...mak sendiri,mak mertua, member2, pengasuh, hubby plak sokong tidak, suruh tidak...takde yang menggalakkan waaaa....ibu mesti kuat) ...
kebaikkan susu ibu ni banyaklah sangat...ibu sebenarnya frust sebab kembar 3 hari tu tak dapat bagi breastfeeding...loni dapat jugak merasa...Alhamdulillah...
bagilah susu ibu....banyaknyer khasiat bukan sahaja meningkatkan sistem pertahanan tubuh bayi, tetapi pada ibu juga....he he berat badan dah turun 9kg ....x payah mkn ubat....dan kelebihan lain of course tak payah nak keluarkan duit...malam2 hubby pun x payah bangun wat susu... senang kan....dan baby pun akan lebih rapat ngan kita...ayah jangan jealous yer...
pagi nak gi kerja perah sekali lagi, dalam kereta nyusu ...pastu barulah ibu g kerja...ha ha tengah hari ibu pergi lagi kat nursery bagi susu kat afina....cian afina tak puas susu botol...
(ramai yang suruh campur ngan susu formula...mak sendiri,mak mertua, member2, pengasuh, hubby plak sokong tidak, suruh tidak...takde yang menggalakkan waaaa....ibu mesti kuat) ...
kebaikkan susu ibu ni banyaklah sangat...ibu sebenarnya frust sebab kembar 3 hari tu tak dapat bagi breastfeeding...loni dapat jugak merasa...Alhamdulillah...
bagilah susu ibu....banyaknyer khasiat bukan sahaja meningkatkan sistem pertahanan tubuh bayi, tetapi pada ibu juga....he he berat badan dah turun 9kg ....x payah mkn ubat....dan kelebihan lain of course tak payah nak keluarkan duit...malam2 hubby pun x payah bangun wat susu... senang kan....dan baby pun akan lebih rapat ngan kita...ayah jangan jealous yer...
Thursday, August 2, 2012
cian afina
"kenapa ibu tak datang lagi ni, afina tunggu ni, afina lapar ni ibu".... mungkin inilah yang bermain di fikiran afina kot....time2 camni(lunch time) sepatutnya ibu dah sampai kat nursery bagi susu kat afina, tapi kali ni ibu tak sampai2 lagi. sorry sayang , ibu tak habis kes lagi ni...jap lagi ibu sampai...afina duk diam2 yer... hari ni x der orang nak cover ibu ...kes banyak sayang..."afina tak suka minum susu botol"...
sabar yer.....eeeeeee lambatnyer nak habis kes ni....
Thursday, July 19, 2012
Gambang water park
perjalanan yang sangat jauh kb-gambang...penat ngan budak2 lagi...tapi agak puas...
budget nyer nk bertolak kul 10pg. tp sbb konvoi satu office hubby kan, kul 12 tgh hari baru nk bertolak , ambik ko... sudahnya hah 7mlm baru sampai... sampai kat sana stay kat carribean bay suite...bagi yang minat air sesuailah sangat datang sini...
maghrib baru sampai.... |
afina tidur kepenatan lepas separuh hari travel. |
agak selesa, ada dua bilik tidur ngan katil double queen |
''aiskrim ni tak leh makan yer...'' |
''ibu, tak nak mandi sini , ada ikan mulut besar,''... |
ibu x mandi pun lepak kat gazebo jer... |
hadiah cabutan , 3 bantal busuk. cukup untuk alya niesa syasya, sorang satu.... |
nak balik dah.... |
Subscribe to:
Posts (Atom)