Alhamdulillah setakat ni boleh bagi breastfeeding sepenuhnya kat afina, walaupun banyak gak halangannya. ibu takder buat stok pun macam ibu ibu yang lain. ibu just perah untuk hantar kat nursery keesokkannya. rutin ibu balik kerja sampai umah susukan afina bagi kenyang2 dulu. lepas maghrib perah, tengah malam perah, subuh perah lagi. dapat 4 botol 2 auns jadilah (ni masa afina 3 bulan , ntohler susu pun x berapa nk kuar)...sekarang ni afina 4 bulan setengah...ibu just perah sekali jer tgh mlm boleh dapat 3 botol untuk 2 auns...pastu perah subuh jer sekali... sepanjang malam pulak afina akan nyusu sesuke hatinya...
pagi nak gi kerja perah sekali lagi, dalam kereta nyusu ...pastu barulah ibu g kerja...ha ha tengah hari ibu pergi lagi kat nursery bagi susu kat afina....cian afina tak puas susu botol...
(ramai yang suruh campur ngan susu formula...mak sendiri,mak mertua, member2, pengasuh, hubby plak sokong tidak, suruh tidak...takde yang menggalakkan waaaa....ibu mesti kuat) ...
kebaikkan susu ibu ni banyaklah sangat...ibu sebenarnya frust sebab kembar 3 hari tu tak dapat bagi breastfeeding...loni dapat jugak merasa...Alhamdulillah...
bagilah susu ibu....banyaknyer khasiat bukan sahaja meningkatkan sistem pertahanan tubuh bayi, tetapi pada ibu juga....he he berat badan dah turun 9kg ....x payah mkn ubat....dan kelebihan lain of course tak payah nak keluarkan duit...malam2 hubby pun x payah bangun wat susu... senang kan....dan baby pun akan lebih rapat ngan kita...ayah jangan jealous yer...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.