ALYA NIESA SYASYA DI USIA 5 BULAN
Memang mencabar! Menjaga alya selepas hampir 5 bulan berada di NICU, ibu takut, tapi gembira dapat bawa alya pulang ke rumah setelah sekian lama. Dalam masa 5 bln ni alya hanya terbaring saja…meniarap? Tidak, mengengsot? Tidak. Apatah lagi merangkak ataupun bergelak ketawa. Minum susu? Sebelum ni alya guna tiub, tak perlu nak hisap, tak perlu nak sedut. Yang pasti alya akan rasa kenyang setiap 3 jam . setelah pulang ke rumah alya tak pandai nak hisap susu, bagi ngan sudu/syringe pun dia tak pandai nak telan. Silap haribulan keluar susu ikut hidung( cleft palate-dulu tak tau pun masalah ni). Susah jugak hati ibu tengok alya camtu, tapi ibu perlu berusaha. Sikit2 alya dapat minum susu walaupun tak banyak yang luak, nak habiskan 2 auns pun payah. Susu botol tu pun mula2 terpaksa dipicit putingnya sbb alya tak pandai hisap. Kesian alya , kurus kering. Walaupun alya dah keluar wad, temujanji ngan Dr. Noraida (AP) tetap berjalan. Satu hari doktor suggest supaya alya dipasang semula ngan tiub supaya susu dapat masuk dengan kadar yang mencukupi memandangkan berat badan alya tak naik. masa ni 2kg lebih jer.tiub tu pasang kat wad NICU. Setiap hari kena bawak alya kat wad. Bila balik rumah tak sampai tengah malam alya dah cabut. Tak selesa . Kesian kat alya , tak sampai hati ibu nak biarkan jururawat masukkan tiub ikut mulut alya. sebab satu hari ibu terkilan, ada sorang jururawat tu kasar sangat masa masukkan tiub tu. Kesian kat alya , ibu tengok ada sikit darah kat tiub tu, mungkin itu biasa…tapi ibu kesian kat anak ibu…pastu dia marah alya depan ibu.. Dalam hati ibu, geramnya…. Lepas pada hari tu , ibu tak lagi pergi masukkan tiub kat wad tu. Ibu berusaha bagi alya minum sendiri, sampai bila dia nak bergantung ngan tiub tu kan. Buat masa ni , ibu habiskan cuti yang ibu dah kumpul awal2 lagi. Lepas ni ibu ambil cuti separuh gaji 2 bulan untuk menjaga alya sepenuhnya. Memandangkan temujanji alya, niesa ngan syasya yang tersangatlah padat.
yang kecik tu alya
syasya & niesa
xpelah. semua dah besarkan.. hehe tahniah ye kak sebab sabar layan kerenah anak2
ReplyDeleteAlhamdulillah semua dah sihat2 skrg..
Deletecomelnya baby awk
ReplyDelete