Disember 2007, minggu ke 8
Ibu sekali lagi bertemu dengan doktor untuk melihat perkembangan denyut jantung kami,
kami di scan melalui ultrasound, kata doktor ada dua denyut jantung yang kelihatan,
tahniah kata doktor kepada ibu kerana bakal dapat kembar dua,
tapi jauh disudut hati ibu, ibu perasan ada satu lagi denyut jantung. tapi tak mungkin kembar tiga kot.
ibu diam saja...
namun begitu, doktor menyatakan kandungan ibu berisiko kerana hanya ada satu kantung yang terpaksa dikongsi dua... apa yang merisaukan doktor takut kami akan mengalami apa yang dinamakan twin transfusion syndrom. kemungkinan untuk berlakunya conjoined twin @ kembar siam juga tinggi. doktor sarankan ibu search internet, dan fikir balik tentang kami. Ibu kemudian diberi satu tarikh lain untuk berjumpa doktor lagi...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.