Sunday, January 30, 2011

Palatoplasty done...

Salam sayang, lama dah tak bern3, sibuk ngan alya... 18 Januari hari tu masuk wad 8TD, HUSM, oklah tak ramai orang , privacy sikit, petang tu doktor plastik, doktor bius ngan doktor ORL mari buat round tengok keadaan alya, risau gak takut x jadi sebab alya ada selsema sikit2, nasib baik semuanya ok...
19 Januari 2011, alya start posa 4pagi lagi, pagi tu ada jugak dia mintak susu , tapi bila bawak jalan2 alya jadi lupa....
10.30 pagi alya dibawa ke dewan bedah, duk suka2 lagi tak tahu apa akan berlaku lepas ni....



Alya sebelum masuk ke bilik bedah ...

 Ibu hantar alya sampai ke bilik bedah, doktor start bagi ubat sedut kat alya, alya rebah kat pangkuan ibu, pastu ibu tinggalkan alya kat bilik bedah dengan doktor2 yang ramai...
masa ibu menunggu ngan ayah kat luar dewan bedah, tiba2 hati ibu jadi berdebar tak tenang , tiba2 rasa takut,takut ada komplikasi ke atas alya...risaunya... ya Allah selamatkan alya...
ibu tak boleh duduk saja, tak tenang, ibu lantas ke surau mencari ketenangan serta kekuatan dari Allah s.w.t...ibu solat dhuha, ibu solat hajat, ibu baca yassin, ya Allah Lindungilah alya, kau selamatkanlah anakku ya Allah, mudahkanlah urusan doktor ya Allah....
setelah selasai , ibu kembali menunggu alya bersama ngan ayah, dah masuk 3 jam alya tak siap2 lagi , risau betul ibu...lama jugak ni sebab kata doktor 2 jam jer...daripada pukul 10.30 pagi sampailah pukul 3 petang, barulah selesai, dalam 4jam jugaklah operation alya...





 Alya selepas pembedahan

Kesian alya selepas operation, berdarah mulut ngan telinga, bila dia menangis, dia start batuk2 sakit, kesiann alya...bawah lidah alya kena jahit, benang tu tampal kat pipi...masa nak pindah kat wad, alya tak nak baring atas katil, letak jer nangis, ibu dukung alya sampai dalam wad, kesian alya masih kena puasa lagi sebab nak bagi darah lebihan keluar, alya kena tidur mengiring, alya tak blh nangis takut sakit...semalaman ibu ngan ayah bergilir riba alya....

 Alya, hari kedua lepas op....

Kesian alya masih tak boleh makan dan minum lagi, banyak kali dia mintak susu, kesian alya, benang hitam masih lagi kat pipi alya...beberapa kali alya tidur keletihan...
tengah hari barulah doktor datang tengok alya untuk buang benang kat bawah lidah alya...
alya masih lagi tak boleh makan, cuma bolah minum air kosong jer , itupun bagi ngan syringe, kesian alya dah dekat 2 hari posa...nak buat camana , demi masa depan...bila dapat air kosong pun alya dah macam orang kebuluran, bersungguh2 dia menyedut air kat syringe tu, menitik kat tangan pun dijilatnya...laparnya alya...air kosong tak kenyang...
petang tu lebih kurang pukul 5ptg, doktor lain datang pulak, dan alya boleh start minum susu...makan? tunggu esok...

  Alya hari ke 3 post op...

Hari ke tiga alya dah bertambah sihat , Alhamdulillah...dah boleh lukis ular, he he...makan? boleh dah, tapi mesti makan yang lembut2 cam nestum ngan bubur....banyakkan minum air...
Alya dah boleh balik....Terima Kasih kepada semua doktor yang merawat alya, tak lupa juga kepada semua misi 8TD...juga semua staff OT, terima kasih kepada kawan2 yang datang melawat serta tak lupa kepada member2 blog yang mendoakan alya.....alya semakin sihat dan ada banyak improvement ....

Monday, January 17, 2011

Doakan alya...

Salam,
Esok 18 JANUARI 2011 alya akan masuk wad 2 Selatan untuk menjalani pembedahan PALATOPLASTY
pada  19 JANUARI 2011...





Doa ibu buat alya...
Ya Allah kau permudahkanlah pembedahan ke atas alya,
Sihatkanlah alya Ya Allah,
Mudahkanlah jugak urusan doktor dalam menjalankan pembedahan ke atas alya,
Ya Allah, Janganlah ada sebarang komplikasi ke atas alya,
Selamatkanlah alya Ya Allah..
Aminnn...

Doakankan alya yer kawan2....

Sunday, January 16, 2011

Tragedi tragis lagi tragik

Cerita 2008 lagi...
Kadang-kadang hidup ini perlu diduga, perlu diuji, dalam kelas kita diberi pelajaran barulah kita diberi ujian, tapi dalam kehidupan sebenar kita diberi ujian barulah ada pengajaran dan pastinya ada hikmah sebaliknya, wallahualam....
2008 tahun penuh ujian , takut ibu bila mengingatkannya. Ingat lagi tak doktor mintak sample stool niesa dalam n3 lepas...? bila ibu bawa ke doktor, dr dapati sample stool niesa warnanya agak pucat..kata doktor ada sesuatu yang tak kena pada hati niesa, lagipun kuning niesa berpanjangan. kata doktor , niesa perlu menjalani ujian HIDA scan , buat kat Jabatan perubatan Nuklear, radioisotope diinject dan bahagian hati di scan, tujuannya untuk lihat intake pada hati niesa, nak pastikan dekat pundi hempedu tak tersumbat dan tak der Billiary atresia, temujanji segera diberi seminggu sebelum raya...
Jadinya seminggu sebelum raya niesa perlu dimasukkan ke wad 1TB terlebih dahulu untuk pemantauan dan persiapan menjalani pemeriksaan

 Niesa malam sebelum HIDA scan seminggu sebelum raya

 Tau apa jadi pada malam sebelum niesa admit wad? Rumah ibu accident...ada ke patut??
malam tu dalam pukul satu pagi kalau tak silap , ibu , ayah ngan niesa baru nak tidur, alya masih lagi kat NICU HUSM, syasya pulak kat Kuala Krai duk ngan tok mek ngan tok ayah...
nak dijadikan citer dalam masa mata hampir nak terlelap...DUMMMMM!!!
bunyi apa tu ? bergegar rumah...keluar dari rumah terkejut beruk ibu ngan ayah ada orang langgar porch rumah, habis tercabut pagar, tiang pun dah terbalik , enjin air pecah, sek baik tersekat kereta kat situ , kalau buatnya masuk dalam rumah habis ranaplah rumah , hancus. adalah budak dua orang ni , katanya belajar kete , salah tekan minyak! belajar apalah malam2 buta nyusahkan orang betul...depan rumah ibu tu sunyi jer tak der orang lalu pun boleh accident, tulah benda dah nak jadikan...
masa tu jiran2 semua keluar, kata diorang...dugaan, sabarlah yer...esok nya nak kena bawa niesa g HIDA scan...



Nilah keadaan rumah ibu yang kena langgar...

Esoknya buat HIDA scan niesa Alhamdulillah normal, takder sumbat2 lega ibu...
Tak habis lagi nih...dua tiga hari lepas tu, ibu , ayah ngan niesa balik kg kat Kuala Krai, masa tu dua hari lagi nak raya , alya masih lagi dalam NICU tanpa baju raya, niesa ngan syasya jer ada baju raya , ibu ngan ayah tak sempat pun nak fikir pasal raya...
sesampai jer kat kat kg, syasya pulak lelah teruk jugak... ibu dengan segera bawak syasya ke Hospital Kuala Krai , masa tu dua hari sebelum raya, pergilah kat kecemasan, kata doktor , budak2 biasalah cam ni, nanti oklah tu , sudahnya ambik ubat pastu balik gitu jer tak puashati betul...
Malam esoknya syasya lelah lagi, dengan batuk nyer , berkahak , budak2 mana nak pandai buang kahak, teruk syasya malam tu, nak tak nak, ibu bawak sekali lagi syasya ke Hospital Kuala Krai... malam raya hu hu....Kali ni syasya kena tahan kat wad ,...
Tiada Aidilfitri 2008....2008 yang amat mendugakan jiwa dan raga...
pagi raya, tanpa baju raya, beraya kat hospital, sungguh menyedihkan tanpa anak dcc...
pagi raya tu , ibu ngan ayah tinggalkan syasya kat wad buat sementara bersama misi untuk pergi melawat alya kat NICU HUSM, kesian alya keseorangan disana tanpa baju...  
 
Alya pada pagi raye, tanpa baju raya, parut operation dah semakin sembuh
doktor belah dari tepi dada, dulu ingatkan belah kat depan,
ibu ada beli baju kat alya, tapi alya tak boleh pakai sebab banyak sangat wayar kat tubuh alya.

selesai menjenguk alya, ibu kembali ke Hospital Kuala Krai , samnbung jaga syasya, syasya admit wad sebab bronchopneumonia... lebih kurang seminggu jugak kami beraya kat wad...
apa-apa pun cobaan...

Thursday, January 13, 2011

Happy anniversary

 For my lovely hubby,


Genap 4 tahun usia perkahwinan kita, semoga segala suka duka serta pengalaman yang kita lalui selama ini akan lebih mematangkan hubungan kita,
semoga dengan izin Allah ikatan perkahwinan kita akan berkekalan hingga akhir hayat,
terima kasih di atas sokongan dan kasih sayang abang selama ini,

Ayang sayang abang dan anak2 kita alya, niesa, syasya...
mmmmmuahh...

Wednesday, January 12, 2011

niesa ngan syasya g melawat alya...

Salam, nak sambung lagilah n3 pasal alya nih. nak ingatkan kepada pembaca blog, jangan confius yer, kisah ni berlaku 2008, flashback balik...
Alhamdulillah, laser ke atas mata alya berjalan ngan lancar walaupun alya masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan...
Dalam masa alya berada kat NICU, niesa ngan syasya perlu jugak dibawa berjumpa dengan doktor untuk temujanji susulan...
Satu hari ibu ngan ayah bawak niesa ngan syasya untuk temujanji ngan AP Dr Noraida, kat Klinik Paediatrik, semuanya ok...cuma niesa nampak macam ada kuning lagi, umur dah 2 bln lebih ni, doktor takut ada kemungkinan ada kesumbatan pada hati niesa, takut2 ada BILIARY ATRESIA , jadi kena ambik darah dululah...lepas tu bila balik nanti ambil sample stool niesa letak dalam bekas yang diberi, bawak mari jumpa doktor kat wad...
then kata Dr, "bawaklah niesa ngan syasya kat wad NICU, jumpa ngan alya , sebab alya sangat2 memerlukan sokongan, mungkin dengan hadirnya niesa ngan syasya akan bagi lebih kekuatan pada alya, "..."sebab mereka sedarah,"...
Pada mulanya ibu ingat tak boleh bawak masuk budak kat wad NICU tu, bila doktor dah bagi izin cam tu, ibu ngan ayah bawak naik syasya ngan niesa ke NICU jumpa ngan alya , alya masih lagi dalam incubator ngan ventilator...mungkin dengan kehadiran niesa ngan syasya akan menguatkan lagi semangat alya...

Tuesday, January 11, 2011

Alya, alya apa lagi kali ni????

salam kengkawan, maaplah ibu selalu lambat buat n3, coz time kije jer blh bern3, itupun kalau takde kes. kat rumah broadband tak boleh nak harap...hampeh. Jumaat ngan Sabtu cuti plak, hu hu banyak jer alasan...
ermmm, berbalik pada alya , cerita dekat NICU lagi, lepas dapat cylothorax hari tu alya start dengan high ventilation( kiranya macam alat bantuan pernafasan pam dengan laju), sebab nak pulihkan balik paru2 alya yang collapse.Lepas sehari dua paru2 alya mengembang macam biasa tapi masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan...
ibu dah start kerja, sambil2 gi tengok alya kat wad....satu hari ibu dihubungi doktor mata...
dr mata."ibu alya ker?".
ibu,"ya saya,".
dr mata,"boleh datang kat wad ker? ada perkara nak bincang pasal alya,"
ibu,"ok,".
dalam hati ibu , apa lagi nih...ibu terus ke wad dan dr mata menunggu disana...
kata dr mata," macam ni yer, kita ada check mata alya dan saya dapati ada salur darah belakang mata alya tumbuh dengan tak sekata, alya dapat RETINOPATHY OF PREMATURITY(ROP) stage iii....dan kalau dibiarkan boleh menyebabkan alya tak dapat melihat,".
ibu,"gulp, camana ni dr?,".
kata dr mata,"macam ni, kita terpaksa buat laser kat belakang mata alya, kita cuba sekat salur darah yang nak tumbuh tu, tapi kena buat cepat nih, ".
ibu, " bila nak buat?,"
kata dr mata,"nanti kita mintak dr bius review, sebab alya on ventilator,risikonya sangat tinggi,"
setelah ibu berbincang dengan dr bius ngan AP dr Noraida , macam macamana pun alya mesti buat laser tu , kalau tak berkemungkinan besar alya tak dapat melihat lagi, sedihnya ibu tak tahu nak cakap macammana...ibu sedaya upaya menyembunyikan perasaan sedih ibu, tak dapat nak digambarkan macamana...dr kata InsyaAllah semuanya akan ok...
Bila sampai kat tempat kerja , member2 duk bertanya tiba2 jer ibu jadi sedih, sebak tak dapat nak tahan lagi, depan2 diorang jugak ibu menangis semahunya...banyak nyer dugaan alya...tak tertanggung ibu, ibu tak berdaya....

Monday, January 10, 2011

Alya dah boleh balik, tapi...

Nak sambung citer alyalah...pada 5 September 2008, alya dah boleh keluar dari IJN, tapi malangnya alya masih lagi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan , jantung dah repair , otot pernafasan alya pun dah repair...kata doktor alya boleh balik dan teruskan rawatan di NICU HUSM.
Pada 5 September 2008 itu jugak, doktor Aznor bersama jururawat Noraini datang dari Kota Bharu untuk membawa pulang alya...masa itu ibu tunggu diorang kat IJN...ayah tak datang sama , dia tunggu kat KB sahaja. Untuk pengetahuan korang semua , masa ni bulan posa, kesian jugak kat Dr Aznor ngan misinya, disebabkan alya masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan, Dr terpaksa bagging alya dari IJN hingga ke HUSM. Nak gantikan mesin pernafasan (ventilator). Dari 12 tgh hari sampai kul 5 ptg gitulah...
Sampai di HUSM, alya ditempatkan semula di I Nilam(NICU)...dan meneruskan rawatan di situ.
Beberapa hari lepas tu alya terpaksa menggunakan ventilator dengan kadar pernafasan laju , kata doktor paru-paru alya collapse. alya dapat CYLOTHORAX pulak, x-ray dada alya sebelah kiri nampak putih , bila doktor tebuk paru2 alya , keluar susu .,berlaku kebocoran dari lympatic system alya kesan daripada pembedahan tu...
Kata doktor buat sementara waktu alya tak boleh minum susu , kalau tak susu tu akan mengalirkan ke ruang paru2...untuk rawatannya alya perlu diberi minum sejenis susu MONOGEN yang berharga 300 setin 900gm, masa tu beli 4 tin jer...dalam RM1200. susu ni bila minum akan diserap terus ke badan tanpa perlu melalui system limpa. sape ntah reka susu ni terror benor. susu ni doktor order kat Singapore, ntahlah Malaysia takde kot. ni dua tahun lepas.
Bila takde susu diangkut ke system lympa, saluran tu akan baik dengan sendirinya....
bersambunglah dulu...rajin2lah singgah yer ada lagi komplikasi alya...next n3

Minat bahasa Arab???

Salam, member2 blog ...tiba-tiba jer ibu mengempen pasal belajar bahasa arab ni kan,
baru2 ni member ibu dari blog Old memory never die mintak ibu tolong sampaikan kot2 ada yang berminat kan , bagus ni untuk budak2 sekolah, orang dewasa pun bagus jugak...nak mendalami bahasa Al-Quran ni...

"Kaedah Mudah Untuk Bertutur Bahasa Arab Serta Memahami Bacaan Solat & Doa Khusus Buat Golongan Profesional Yang Tiada Masa Untuk Ke Kelas!"

Siri 1
Siri 2

Ketahui bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Arab dengan mudah melalui Ebook Panduan Belajar Bahasa Arab ini. Kaedah pembelajaran yang sangat praktikal dan berkesan untuk mempelajari Bahasa Arab. 

Sunday, January 9, 2011

Maxis - Maxis for Personal Use - BlackBerry

Maxis - Maxis for Personal Use - BlackBerry





lawa tu, dapat satu pun best nih...

Award dari permata ibu

Terima kasih kepada permata ibu sebab kasik award ni kat thetriplets...hu hu thanks

Berikan 4 ciri gurl/boy idaman untuk dijadikan wife/husband:
dah jadi suami dah...ayah the best forever and ever...he he

Berikan satu tips untuk kekalkan relationship korang dgn partner korang:
ikhlas, jujur , setia
 
Pernah anda jumpa doa pendekat jodoh & putus cinta?
doa banyak2...

Letakkan link pilihan anda & tell them that they have won this award
award ni ibu tagkan buat member2 kat bawah, love you all...
ummsyuhada

Thursday, January 6, 2011

Alya,post op...

21 OGOS 2008, alya selamat menjalani pembedahan resection of aorta dan end to end anastomosis...alya ditempatkan di wad ICU yang lain pulak untuk selepas pembedahan . tak ingat dah ICU apa. Lepas pembedahan hari tu tak sempat nak jumpa ngan dato, dek kerana banyak kes lain lagi. tapi ibu ada jumpa doktor lain , anak buah beliau yang masuk sekali masa operation. kata doktor , "buat masa sekarang alya masih lagi bernafas menggunakan ventilator(tiub pernafasan)...mungkin dalam 2, 3 hari lagi boleh extubated( bernafas biasa)...,lepas tu alya akan dipindahkan ke wad lain dan ibu boleh jaga alya kat wad tu,"...
Kesian anak ibu berjuntaian dengan segala wayarnya, cucuk sana sini...masa buat ni berat alya lebih kurang 1.4 kg sahaja. lebih sikit jer pada sekilo gula, besar manalah sangat jantung alya masa ni kan, besar manalah sangat salur darah alya masa ni kan ...
Hampir lebih kurang seminggu alya kat ICU tu tapi tetap tak ada apa2 perkembangan, alya masih lagi tak dapat bernafas biasa...kenapa ek? doktor sedang menyiasat kenapa alya macam tu . mesti ada sesuatu yang tak kena dengan pembedahan alya nih...dalam seminggu tu ibu tetap tak dapat nak duduk sekali jaga alya , misi yang jaga alya ...cuma waktu melawat jer ibu dapat jenguk alya, tu pun sekejap jer...dah lama sangat ibu ngan ayah kat KL ini , cuti ayah dah nak habis...apa khabar syasya ngan niesa...
ibu ngan ayah ambik keputusan untuk balik kg dulu, lagi pulak sepupu ayah nak balik kg untuk sambut puasa...kami balik kg sama2....ibu ngan ayah tinggalkan alya kat IJN bersama misi2 kat sana...
sampai kat kg, ibu meneruskan routine harian menjaga syasya ngan niesa...camanalah alya sekarang ni, ibu sentiasa doakan alya...moga alya cepat sembuh
satu hari ibu terima call dari IJN.
IJN,"ibu wan alya syafiah ker?,"
IBU,"ya saya,"...
IJN,"macam ni ya puan , saya doktor dari IJN(tak ingat nama), alya buat masa sekarang tak dapat nak extubated(nak nafas biasa)...apa yang telah kita kenalpasti melalui pemeriksaan echo, otot pernafasan alya tak dapat nak naik turun(lumpuh)...,"
IBU,"macam mana tu?,"
IJN,"ini disebabkan oleh komplikasi selepas pembedahan, maksudnya waktu pembedahan tu, terkena salah satu saraf alya yang bersambung ke otot pernafasan(diafram),"
IBU,"mmmm,"tak tahu nk cakap apa...
IJN," macam ni yer sekarang ni kita terpaksa buat satu lagi pembedahan untuk bawak turun otot diafram alya, jadi bila alya bernafas , paru-paru dia akan mengembang dengan baik,"
IBU,"bila nk buat?,"
IJN," kalau boleh secepat mungkin, lepas pada ni alya boleh terus balik semula ke HUSM, puan kat mana sekarang,"
IBU, "saya kat Kelantan, camana? boleh ambik consent by phone tak?,petang ni saya bertolak ke KL,"...boleh buat dulu tak?,"
IJN,"ok, consent by phone ,"
IBU, "thanks yer,"...
petang tu, ibu naik bas ke KL...

POST OPERATION
Alya dapat DIAFRAGMATIC PARALYSIS , PLICATION DONE...
bersambung lagi...

Wednesday, January 5, 2011

Oppps!! Ben Ashaari wat n3 ....

BLOG ISTIMEWA HARI INI.......



Blog peribadi untuk dikongsi bersama...
terharunya ibu bila Ben Ashaari buat n3 cam ni... pertama2 nya nak ucapkan banyak2 time kasih kat Mr Ben ni sebab tolong promotekan blog ibu ni, mmmmmm patutlah semalam tiba-tiba jer traffic naik, cam ada yang tak kena jer, takkanlah sebab n3 ibu semalam kot...mesti ada sesuatu ni.  ada orang promote kot... hah! Ben rupanya...


Dannnn, time kasih jugak pada Ben Ashaari sebab sudi follow blog yang tak seberapanya nih...
Mana2 blog yang baru nak merangkak rajin2lah singgah kat blog Ben Ashaari yer...
Mr Ben ni rajin promote blog2 baru nih...pastu banyaklah tip2 berguna yang korang boleh dapat...cayalah
jom singgah kat blog   BEN ASHAARI

Tuesday, January 4, 2011

Masanya telah tiba…



Dalam duk memikirkan mana nak tinggal, nasib baiklah ada sepupu ayah offer tinggal kat umah dia, pastu bagi guna kereta lagi untuk berulang alik ke IJN. Terima kasih sangat kat Jiri(sepupu ayah). Pastu ada jugak member2  ajak tumpang  rumah. Thanks ….kalau tidak buat khemahlah kat parking IJN tu he he.
Berbalik kepada alya , setelah doctor buat echo ke atas jantung alya, diagnosis alya adalah,severe coarctation of aorta dengan small VSD.

 Arrow tu merujuk pada coarctation of aorta,yang mana berlakunya penyempitan pada aorta yang menyebabkan darah tak mengalir dengan lancar …
Yang ni pulak gambar VSD( ventricular septal defect), senang citer jantung berlubanglah. Salah satu jenisnya…sebab jantung berlubang pun ada banyak jenis.Kata doktor VSD alya kecik jer tak perlu buat apa2 dan mungkin akan tertutup sendiri…
Lebih kurang seminggu ibu ngan ayah berulang alik ke IJN dari rumah sepupu ayah…nasib baik parking free, almaklumlah dari pagi sampai petang berada kat IJN walaupun tak dapat temankan alya sepanjang masa , at least dapat jenguk waktu melawat tgh hari ngan petang ok dah.
Dah hampir seminggu takde pulak respon dari doktor bila nak bedah alya ni, lama sangat rasanya, bukan apa sesekali teringat jugak kat syasya ngan niesa yang ibu tinggalkan ngan mek ngan abah. Camanalah agaknya.InsyaAllah ok…Ibu ngan ayah nak ambik keputusan untuk balik kg dulu kalau lambat lagi nak buat prosedur tu ke atas alya…Jadi, ibu pun meringankan mulut untuk bertanya kepada doctor camana. “Rasa2nya bila boleh buat doctor?kalau lambat lagi kami  nk balik kg dulu,nanti kalau ada keputusan, doctor call dan kami datang balik…”,tak ingat dah apa dah nama doctor tu.
Kata doktor tu pulak,”macamnilah ,jangan balik dulu, nanti kita tengok camana,mungkin esok boleh buat kot,”…jadinya ibu ngan ayah tak balik lagi nak tunggu keputusan camana…
Malam tu, ibu terima call dari IJN,  “Ibu wan alya syafiah ke?...ibu,”ya”…IJN,”Ada kat sini kan? Esok kita nak buat prosedur kat alya kes pertama, jadi pagi2 lagi kena datang yer,”…ibu,”baiklah, InsyaAllah pagi2 lagi kami datang…,”.Alhamdulillah dan akhirnya alya akan diberi peluang dengan pilihan keDUA itu…
Dan MASANYA TELAH TIBA
BERTARIKH 21 OGOS 2008, KHAMIS alya telah menjalani;
Resection of coarctation of aorta and end to end anastomosis.
Prosedur dijalankan sendiri oleh Dato Azahari Yaacob…Thanks Dato…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...