Monday, September 22, 2014

Gromet kali ke-2

Assalamualaikum.... lama sangat dah tak menulis dalam blog ni. Setelah 5 kali postponed akhirnya pasang jugak gromet kat telinga alya.  Lama jugak operation tu. Dekat 3 jam. Risau jugak. Telinga sebelah kanan masuk 2 tiub. Telinga sebelah kiri masuk 1 tiub. Resultnya sangat memuaskan dalam minggu pertama selepas pembedahan . Alya memberikan respon yang cepat apabila dipanggil. Dari segi pergaulan dengan kawan-kawan pun makin baik. Tapi apabila masuk minggu berikutnya tahap pendengaran alya menurun kembali. Tak taulah mungkin alya kena guna semula alat bantuan pendengaran tu. Tujuan operation /pasang gromet tu supaya alya tak perlu pakai alat pendengaran lagi...tapi ibu hanya mampu berharap dan berdoa , Dialah jua yang menentukan...

2 comments:

  1. Saya pun ada experience pasang gromet camni. Buat 3 kali, alhamdulillah, sekarang telinga kiri dah normal. Just sebelah kanan detected saraf prob sejak lahir, still dengar tapi slow. ;)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...