Tuesday, September 28, 2010

macam nilah kami dalam perut ibu masa awal kejadian kami. kami berkongsi satu uri, satu perasaan, satu emosi, aliran darah kami sama....kami sehati sejiwa, berjuang bersama..

Monday, September 27, 2010

     Ibu berjumpa doktor lagi, kata doktor kembar dua. satu kantung tapi ada membran yang membahagi dua  @ monochorionic diamniotic. Tapi yang sebelah tu lebih besar dari yang satu lagi. Kenapa eh...
     Dua minggu berikutnya ibu berjumpa doktor lagi, kali ni bila doktor scan lagi, katanya kemungkinan kami kembar siam. Sebabnya punggung dengan punggung kami bertemu dan kedudukan kami tak beralih (alya + niesa). Buat masa ini doktor masih mengesyaki kami kembar dua.
      Dua minggu berikutnya lagi, ibu berjumpa doktor bagi memastikan kami tidak kembar siam. Memang ketika scan , kedudukan kami berubah tidak lagi bertembung punggung ngan punggung. Tapi...apa yang doktor temui...kami bertiga rupanya. we are the triplets. kami kembar tiga. terkejut ibu.
      Ibu sms ayah, "anak kita bukan dua, tapi tiga,". Ayah terkejut. Ibu takde buat IVF . Ia berlaku secara spontan. MasyaAllah semuanya berlaku atas kehendak-Nya. Dialah yang maha berkuasa menciptakan segala makhluk dibumi ini. Subhanallah...
      Jadi kedudukan kami sekarang , kami berkongsi satu uri. alya ngan niesa duk sekali, syasya duk sorang kat bilik sebelah...
      Masa mengandungkan kami, ibu alah teruk, asal makan jer muntah. Bau menumis pun ibu muntah. Doktor cakap biasalah tu. Sebab ibu dapat tiga kali ganda hormon perempuan mengandung. Satu hari ibu kena tahan kat wad sebab muntah teruk. Urine ketone ibu pun tinggi. Ibu kena tahan kat wad , kena masuk air banyak botol. ,duduklah ibu kat wad lebih kurang 3 hari. Lepas tu, ibu oklah skit. Masa mengandungkan kami ibu tak tahu nak makan apa, semuanya meloyakan. Ayahlah yang bersusah payah memikirkan menu untuk ibu. Tapi kalau pagi 2 kat tempat kerja, ibu suka beli cekodok bawang 3 biji, sorang satu untuk anak2 ibu.....

                                                                                                                     bersambung.......

Wednesday, September 15, 2010

my heart

Disember 2007, minggu ke 8
Ibu sekali lagi bertemu dengan doktor untuk melihat perkembangan denyut jantung kami, 
kami di scan melalui ultrasound, kata doktor ada dua denyut jantung yang kelihatan, 
tahniah kata doktor kepada ibu kerana bakal dapat kembar dua, 
tapi jauh disudut hati ibu, ibu perasan ada satu lagi denyut jantung. tapi tak mungkin kembar tiga kot.
ibu diam saja...
namun begitu, doktor menyatakan kandungan ibu berisiko kerana hanya ada satu kantung yang terpaksa dikongsi dua... apa yang merisaukan doktor takut kami akan mengalami apa yang dinamakan twin transfusion syndrom. kemungkinan untuk berlakunya conjoined twin @ kembar siam juga tinggi. doktor sarankan ibu search internet, dan fikir balik tentang kami. Ibu kemudian diberi satu tarikh lain untuk berjumpa doktor lagi...

Tuesday, September 14, 2010

JOM FOLLOW CITER ALYA NIESA NGAN SYASYA

November 2007...
Ibu lewat...ternyata ibu positif, saat penantian lebih kurang setahun berakhir.
ibu dan ayah gembira, gembira menerima berita kehadiran kami ...
Tapi...
minggu kedua ibu mengalami pendarahan, tapi tidaklah serius,
ibu risau akan keselamatan kami...
oleh sebab itu ibu menjalani pemeriksaan lebih awal...
doktor kata kami masih ada, cuma terlalu awal untuk mendengar degup jantung kami...
salam, banyak benda yang nak dikongsi sebenarnya melalui blog ni, pengalaman yang tak mungkin boleh dilupakan , pengalaman yang mengajar erti kehidupan, pengalaman yang menginsafkan...dan lebih mematangkan
segala yang dialami tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata...
segala ujian dan dugaan dari Allah s.w.t...
tersembunyi hikmah disebaliknya...
menjadikan diri lebih dekat padanya...
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...