Minggu lepas ibu ada kursus kat Langkawi, 4 harilah jugak ibu tinggalkan alya , niesa ngan syasya kat ayah. ok jer ayah jaga, siap bawak balik kampung lagi budak 3 orang tu. Ayah jadi Mr.mama. tapi semalam bila ayah outstation semalaman jer, ibu rasa senget jer bahu ni. Almaklumlah lama tak bawak kete, he he biasanya ayah jadi driver, ibu duk sebelah jer bila ayah gi hantar kat tempat kerja.anak2 hantar kat umah pengasuh depan umah jer. Ini esok nak g keje , malam dah pikir mana nak parking, nak lalu jalan mana. alamak ! minyak pulak dah kuning... confirm tak pergi isi minyak.
syasya tanya, ibu, ayah mana? niesa jawab , ayah kijo, kuat. ibu, ayah dok kelik? male doh ni. ayah kijo.alya pulak bila tidur cari ayah. ibu, ayoh? . jenuh nak jawab. ayah kijo. bila ayah tepon , alya sibuk bercakap dalam phone , tak endah syasya duk stress nak cakap jugak. meraung2 dia. niesa cool jer. malam kedua ayah balik, dekat kul 12 tgh malam ayah sampai, alya, niesa ngan syasya tak tidur lagi, tunggu ayah balik. asal bunyi kete jer , terus g kat pintu, kata niesa, ibu , ayah balik. bukan, bukan ayah tu, orang lain.
bila ayah balik jer , seronok diorang , alya terus nak berdukung ngan ayah.
kami saaaaayangggg ayah!......
Tuesday, July 19, 2011
Tuesday, July 5, 2011
suka sangat berebut tv
budak2 ni suka sangat berebut tv...nak tengok sorang2 jer, orang lain tak boleh tengok. lebih2 lagi bila pasang lagu nasyid budak2 taska, tu yang diorang suka sangat. kalau keluar iklan aiskrim pun diorang berebut jugak aiskrim kat dalam tv tu...
bila sorang dah start tercegat kat depan tv, yang lain akan cuba buat benda sama, sudah nya gaduh...
mula2 gaduh mulut dulu...."tv ngoh(niesa) ni,"... alya pun nak ambik port jugak tu, tapi niesa ngan alya ok lagi tak gaduh sangat, kira niesa boleh tolak ansur ngan alya, alya pun takde nak marah sangat ngan niesa... tapi kalau dengan syasya(long), diorang dua orang ni mesti nak marah...
"ngoh nak tengok gok"...
tapi bila syasya (long) masuk nak ambik port inilah jadinya , pergaduhan akan berlaku dan si ibu akan bertukar menjadi tarzan dengan tiba2....
pastu apa lagi, nangislah....kesudahannya ibu matikan terus tv tu, semua tak boleh tengok...hah gaduh lagi...takde siapa pun yang akan menang
Tuesday, June 28, 2011
Jalan2 avana kijal kemaman
Kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan, 1st time bawak alya niesa ngan syasya jalan jauh, jauhlah jugak lebih kurang 5 jam.bersempena dengan hari keluarga kat tempat kerja ayah. masa tu umur diorang baru nak masuk dua tahun. ya Allah tak terkawal. ingat lagi , bila bas berhenti untuk makan tengah hari, ibu,ayah , alya niesa ngan syasya pastu adik ipar sorang, turun ingat nak makan , sekali tu orderlah air, tak sempat nak minum, habis terbalik air tu...alya niesa syasya pakat naik atas meja( malu jugak masa ni, rasa serik jer). tapi sekarang ok dah , diorang dah bertambah matang....bolehlah...
syasya mula2 sampai lagi dah jatuh, tulah berlari laju sangat, takde brek. kesian, sampai bengkak mulut, nasib baik takde apa2
niesa pulak, sampai jer, termenung...
paling seronok alya...siap lompat2 lagi...
orang duk bersukan, niesa ngan syasya duk main pasir...
alya bersama ngan aweks2 kat tempat kerja ayah...
nak main jugak!
besar nyer catur ni, camana nak main....
sejuk tak ? nape tak pakai baju ni?
chewah! sehati sejiwa...
jom kita main.....
MasyaAllah , tingginya sayang ...tak sempat nak kejar nih...
dalam almari pun boleh jadi tempat main...
cam biasalah, yang kecik tu alya punyer...
syasya , niesa jom balik...
Jom shopping...
Shopping2...kalau bawak alya niesa ngan syasya macam2lah ragamnya, nak tu, nak ni, nak turun dari troley, nak dukunglah....kadang tu pening kepala dibuatnya, siap gaduh dalam troley lagi...
bersedia untuk shopping,,,jom. baju kadang2 sama , kadang2 lain, tak kisah sangat, ok jer
yang ni niesa punyer!
ayah! nak sssikal (basikal)...
ha! yang tu budak tak boleh makan... makanan orang tua tu...
malas nak pakai baju sama, malu gak semua orang tengok , nanti orang start berteka teki, kembar eh? mesti dua ni kembar kan?( syasya ngan niesa) . yang ni mesti adik kan?(alya). sebab alya kecil. Taklah, kembar 3. betul eh? tak cayalah...
Kadang tu kalau pakai baju lain pun orang cakap, kembar 3 eh? ibu ngan ayah senyum jer...
Monday, June 27, 2011
kisah pengemis
Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk ole seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan makanan kepada pengemis ini?"
Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami yang dicintai yang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup kembali pintu!" Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda.
Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota. Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya.
"Wahai suamiku bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?" Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu." Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis.
Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?" Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku.
Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu." Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya "Dan tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini? Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya...!"
![]()
Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang bernasib baik. Allah itu MAHA KUASA
Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami yang dicintai yang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup kembali pintu!" Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda.
Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota. Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya.
"Wahai suamiku bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?" Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu." Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis.
Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?" Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku.
Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu." Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya "Dan tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini? Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya...!"
Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang bernasib baik. Allah itu MAHA KUASA
Sunday, June 26, 2011
Berhemah Didik Anak ....
Sukarnya nak mendidik anak, macam2 ragamnya, walaupun kembar , perangai tetap lain...
JIKA tidak mahu si comel ini bercakap kasar, ibu bapa perlu memberi contoh baik dengan bercakap lembut dan berhemah. - Gambar hiasan
sumber: http://klinikjameaton.blogspot.com/DALAM sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, diriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu suci dan bersih, maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya bersikap seperti Yahudi, Nasrani atau Majusi."
Hadis ini jelas membuktikan ibu dan bapa mempunyai tanggungjawab besar untuk membentuk keperibadian dan sikap anak-anak. Terdapat tiga perkara utama yang perlu diusahakan dalam membentuk keperibadian anak-anak iaitu dengan melaksanakan komunikasi unggul, menunjukkan teladan yang baik dan paling penting, utamakan solat dan berdoa.
Komunikasi unggul
Ramai ibu bapa menganggap disiplin anak-anak akan dibentuk melalui kekerasan. Hakikatnya, peribadi mulia anak-anak akan wujud hasil daripada komunikasi unggul antara ibu bapa dan anak.
Ibu bapa perlu sentiasa berdampingan dengan anak-anak, bercakap dengan mereka, mengambil berat mengenai setiap kehendak mereka dan jangan sampai anak-anak merasakan mereka tersisih.
Sikap degil dan keras kepala si anak boleh wujud hasil daripada rasa tidak puas hati yang wujud dalam diri anak tersebut. Mereka bersikap degil sebagai tanda protes dan memberontak agar mereka diberi perhatian.
Anak perlukan kasih sayang dan belaian. Manjakan anak-anak tetapi jangan berlebihan. Belajar untuk katakan 'tidak' apabila perlu dan tepat pada masa serta keadaannya.
Jika anak bersalah, jangan terus menengking marah kepadanya. Praktikkan untuk menegur terlebih dahulu, jelaskan kesilapannya dan kemudian berpesan supaya jangan ulangi kesilapan tersebut.
Pakar psikologi menjelaskan, seorang anak kecil perlu ditegur dan diingatkan mengenai sesuatu perkara sekurang-kurangnya 200 kali. Selepas 200 kali teguran diberi, barulah anak tersebut boleh dimarahi.
Marah yang berpada-pada, jangan gunakan kata-kata kesat dan keras. Jiwa anak-anak terlalu lembut dan mudah untuk mengingati sesuatu yang melukakan hati. Mereka juga terlalu payah untuk melupakannya malah dalam banyak kes, segala keperitan dan kepedihan yang dialami ketika kecil diingati hingga mereka dewasa. Paling membimbangkan, sikap tersebut diwarisi kepada anak-anaknya pula.
Jangan biasakan memukul anak hanya kerana perkara kecil. Pukulan hanya langkah terakhir apabila teguran berulang kali diberikan dan pemulauan anak-anak dilaksanakan.
Pemulauan bermaksud, pinggirkan anak tersebut seketika dengan tidak melayan kehendaknya atau tidak dibawa bersembang sama. Tindakan itu menjelaskan bahawa anda merajuk hati dengan sikap tidak pedulinya terhadap teguran anda.
Setelah teguran dan pemulauan dilakukan, barulah pukulan boleh dilaksanakan. Itupun hanya dengan tujuan mengajar. Gunakan rotan yang sederhana, tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil.
Pukulan dibuat dengan keadaan lengan rapat ke tubuh dan dihayun rotan tersebut ke bahagian tubuh yang terlindung. Tempat terbaik ialah di tapak kaki. Untuk makluman, pakar kesihatan mengakui, pukulan di tapak kaki membantu pengaliran darah yang sudah semestinya baik untuk kesihatan.
Teladan yang baik
Ramai ibu bapa yang bersikap seperti ketam, menyuruh si anak berjalan betul tetapi diri sendiri gagal berjalan betul. Ibu bapa sepatutnya bersikap walk the talk iaitu menunjukkan sikap yang baik untuk anak-anak agar anak-anak boleh meneladaninya.
Jika tidak suka anak-anak lewat mandi, ibu bapa seharusnya mandi awal pagi. Jika tidak suka anak-anak bercakap keras dan kasar, ibu bapa perlu bercakap baik dan berhemah.
Jangan sesekali mengelirukan anak-anak dengan arahan. Sebagai contoh, si ibu menegur kesilapan si anak tetapi si bapa pula memarahi si ibu. Anak akan keliru, mana satu yang betul sebenarnya?
Jangan tonjolkan sikap buruk yang telah menjadi tabiat anda kepada anak-anak. Anda tentu tahu, anak anda diajar di sekolah tentang tabiat merokok itu tidak elok untuk kesihatan.
Jika anda merokok di depan anak, mereka akan keliru dengan ajaran guru sekali gus tidak hormatkan guru. Lebih sadis apabila mereka gagal untuk hormati anda sebagai ibu atau bapa.
Penting! Jika ada perselisihan faham antara anda dan pasangan anda, elakkan bermasam muka atau bertengkar di hadapan anak. Sikap keras anda akan mudah diteladani mereka.
Utamakan solat dan berdoa
Sebagai individu Muslim, anda perlu mendidik agar anak anda mengutamakan solat lima waktu. Solat bukan semata-mata ibadat dan tanda syukur kepada Allah, malah ia satu pembentukan akhlak dan disiplin yang baik.
Ajar anak-anak mengaji Muqaddam atau al-Quran sejak kecil, seboleh-bolehnya ketika anak sudah mula berkata-kata. Ajarkan juga anak bersolat. Biarpun tidak betul pergerakannya, melatih mereka sejak usia muda akan membentuk kebiasaan agar solat bukan lagi menjadi satu bebanan.
Jiwa yang menghayati solat akan terhindar daripada perkara tidak baik seterusnya melahirkan akhlak yang terpuji, Insya-Allah!
Sebagai ibu bapa, sentiasa praktikkan untuk mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Jangan biasakan kata-kata kesat dan negatif kerana ia mudah menjadi doa untuk anak anda.
Ingatlah, jika anak anda hidup dalam kekasaran, dia akan belajar melawan orang lain.
Jika anak anda hidup dalam kritikan, dia akan belajar menyalahkan orang lain.
Jika anak anda hidup dalam ketakutan, dia akan belajar jadi pengecut.
Jika anak anda hidup dalam iri hati, dia akan belajar berasa bersalah.
Jika anak anda hidup dalam kesabaran, dia akan belajar menjadi penyabar.
Jika anak anda hidup dalam galakan, dia akan belajar menjadi yakin.
Jika anak anda hidup dalam pujian, dia akan belajar menghargai.
Jika anak anda hidup dalam persetujuan, dia akan belajar menyayangi diri sendiri;
Jika anak anda hidup dalam kejujuran, dia akan belajar memahami kebenaran.
Jika anak anda hidup dalam keadilan, dia akan belajar menjadi adil.
Jika anak anda hidup dalam keselamatan, dia akan belajar menyayangi diri dan orang lain.
Jika anak anda hidup dalam kemesraan, dia akan belajar untuk menyayangi masyarakat.
Thursday, June 23, 2011
makan angin kat Langkawi
Bulan lepas ibu sekeluarga bercuti kat Langkawi bersempena hari keluarga kat tempat kerja ibu, penat tapi berbaloi2...seronok anak2 ibu...
seronok budak2 ni, mak budak ngan bapak budak pun seronok... Insya Allah datang lagi....
duk tunggu bas datang, awal lagi dah sampai...semangat. orang lain tak sampai pun lagi...
dalam feri, layan citer hantu kak limah balik rumah...
kat jeti kuah
indahnya Langkawi ....seronok, nanti nak datang lagi
singgah shopping kat produk gamat jap...
jom pergi underwater world!
"ibu, nak pingu..."
singgah beli batik jawa sat...
jom naik cable car...
kat sky bridge, kata syasya" ibu, pasni kita turun naik bas eh?"
cantik kan!pemandangan dari sky bridge...
menangis takut, budak dua orang ni...syasya ngan niesa,
alya steady jer...
makan aiskrim dulu...
seronok budak2 ni, mak budak ngan bapak budak pun seronok... Insya Allah datang lagi....
Subscribe to:
Posts (Atom)