Salam, teringat ibu berkenaan masalah alya dulu , coarctation aorta. Berat badan alya masa tu lebih kurang 1.14kg sahaja. Rawatan terhadap alya adalah terhad. Alya cuma ada tiga pilihan, ballon dilatation, pembedahan atau biarkan sahaja.Nasib menyebelahi alya , setelah perbincangan antara pakar jantung kanak-kanak dari HUSM, AP Dr. Abdul Rahim Wong pada masa itu ngan pakar dari IJN , Datuk Azahari Yaacob sanggup melakukan pembedahan ke atas alya walaupun hanya seberat 1.14kg. Ballon dilatation tak dapat dilakukan memandangkan berat badan alya tidak mencukupi, ini akan memberikan komplikasi kepada salur darah darah alya yang kecil.
Apa yang ingin ibu katan adalah selain daripada pembedahan , primary ballon dilatation untuk aorta ini juga merupakan satu rawatan yang memberikan hasil yang baik juga jika berat badan bayi mencukupi.
Apa doktor lakukan adalah dengan memasukkan kateter melalui arteri femoral terus ke aorta, kemudian kawasan coarctation di kembangkan dengan ballon sehingga memberikan saiz salur darah yang sekata. Lepas tu doktor akan buat pemeriksaan setelah 6 bln.
Monday, April 29, 2013
Ballon dilatation for coarctation of aorta
Thursday, April 11, 2013
triplets at tutti frutti
Wednesday, April 10, 2013
sementara menunggu ayah...
salam ....rutin hari2 . setiap pagi pergi hantar budak2 ke sekolah dulu pastu ayah gi hantar ibu kat tempat kerja. Ibu masuk kerja 8.30 pagi. Pastu ayah masuk kerja pukul 8.30 pagi. Petang ayah akan ambil ibu dari tempat kerja dalam kul 5ptg, pastu pergi ambil alya , niesa, syasya dan afina kat sekolah. Lepas itu ayah akan parking kan kereta kat sebelah office dia... pastu kitorang akan menunggu ayah dalam kereta kancil yang kecil itu sehingga ayah punch card pada pukul 5.30ptg. Nilah aktiviti kitorang dalam kereta....
aktiviti makan coklat sampai rongak gigi... |
sambil jual dinar emas... he he |
Subscribe to:
Posts (Atom)