Monday, October 22, 2012

apa kata mereka?

syoknya g jenjalan, selalu triplet alya niesa syasya ni pakai baju sama. tapi kadang2 tu ada gak x sama. bila kat shopping mall atau kat mana2lah yang kitorang pergi, mcm2 reaksi yg org sekeliling bg dan mcm2 pulak spekulasi yg diorang gambarkan ttg budak 3 org ni.

situasi 1 : kat kaunter bayaran
cashier 1 : "kembar ker?"
cashier 2 :"kembar 2 eh?"
ayah : "tiga".
cashier 1 : "hah! tiga?, bakpo hok ni kecik (alya), dok samo besor?"..." ada keturunan kembar ker?..
cashier 2: "holah, dua ni sama,"...
ayah: "hok ni ada masalah skit masa kecik,"
cashier 1: "oooo,"...
kami terus berlalu,tak pasal2 org beratur panjang tunggu nk bayar karang. soalan yang sama yang selalu diajukan sampai si kembar blk rumah boleh lakonkan blk perbualan tadi.

situasi 2: pertemuan kat rantau panjang
satu hari ibu ayah ngan triplets jalan2 kat Rantau Panjang. window shopping jah.
datanglah sorang lelaki menyapa ibu, "kembar ker? ".
"ermmm,"...jawab ibu
tanya lelaki tu lagi,"tiga?"...
"ermmm,"...jawab ibu lagi.
"ha???"....lelaki itu menunjukkan reaksi terkejut dan seolah2 mengekori ibu ngan triplets. tapi ibu ayah ngan triplets terus berlalu menuju ke deretan bangunan kedai.
sampai kat sebuah kedai , kami singgah melihat barang2. kot2 ada yang nak dibeli ker. tiba2 bahu ayah ditepuk oleh lelaki tadi sambil berjabat tangan dengan ayah, lalu memperkenalkan kami kepada isteri dan anak2 nyer..."nilah kembar 3 tu,"...begitu teruja sekali mereka. kecut perut ibu. kata lelaki itu," maaf lah, saya excited sangat sebab baru pertama kali jumpa kembar 3 ni,".... takpe..."pergi dulu yer, jumpa lagi,"...

Tuesday, October 16, 2012

basikal baru

basikal baru sorang satu, beria ayah nk beli. ibu cakap tak payah belilah umah sempit, nk pusing payah, dah jadi mcm setinggan dah dlm umah ni. bukan satu, tapi tiga basikal. ermm, kata ayah tak bolehlah kena beli jugak sebab dah janji ngan budak2. ikut ayahlah...nk dijadikan cerita blk kerja pegilah ambk budak2 kat sekolah ngan afina sekali, ayah kata jom g beli basikal, punyalah seronok budak2. sampai kat kedai basikal, pilihlah basikal sorang satu, lain warna. selesai byr basikal pun dimuat masuk dlm kereta. car seat afina letak kat belakang gak. toke kedai tanya,"penumpang nk duduk kat mana ni?,"......"ha ha,kat depanlah 5 orang,"....mcm iklan kereta grand livina tu, ingat tak?...  hah tau tak kami naik kereta kancil jer... itu yang baik punya sumbat...dah itu jer yg mampu. lupa plak nk ambik gambr masa dlm kereta. takpelah ada gambr wajah ceria budak2 dapat basikal. jangan lupa saat indah ini yer sayang...


rutin ke sekolah

salam, setiap pagi ibu akan siapkan 3 set kelengkapan untuk alya niesa ngan syasya ke sekolah. ini termasuklah tuala mandi ,baju salin waktu petang sorang satu beg. dulu2 nk cepat ibu buat satu beg jer,malas nk prepare byk2. apa punya ibulah ini macam pun ada ker??  sekarang sudah tukar. pagi2 agak kelam kabut sebab takder pembantu. ermmm dan lagi perah susu untuk afina nurhanan dan prepare brg afina sekali.





Monday, October 15, 2012

suspek dikenalpasti





salam, mcm2 cara blh buat untuk nk luahkan perasaan... hari ni masa nk jemur kain ibu ada ternampak sepucuk surat ditujukan kepada pemilik kereta merah... kereta ayahlah tu... bila diamati sama mcm lukisan terdahulu. budak ni terpengaruh ngan citer hantu agaknya. kat luar sampul ditulis mr x. tapi kat dalam ada lak nama penuh. ermmm ni kerja budak sekolah belakang umahlah ni . takde kerja kertas karangan dibuang cam tu jer. karang ibu report kat pengetua sekolah kan baru tau... hah ! nilah lukisannya...


Sunday, October 14, 2012

triplets nk periksa akhir tahun

salam...macam tak caya plak budak2 ni nk exam final year, tiba2 jer rasa seram sejuk, apalah nk dijawabnya. nama sendiri pun tak leh nk tulis lg ni, dapat jadual exam pun nk buat jet, cmnlah agaknya. esok postpone lglah temujanji  alya ngan audio....tgk jadual ni, cam ngeri jer

Thursday, October 11, 2012

dan akhirnya...

hah ! ibu plak sakit mata setelah semua anak2 ibu sakit mata , kena ambik cuti bagai bila nursery tak nak terima budak sakit mata. oh tidak... minggu ni memang teruk. esok ada kursus camana-camana...oh ya... ayah tak kena lagi

Sunday, October 7, 2012

twin to twin transfusion syndrome

salam, pernah dengar tak? berlaku pada kandungan kembar yang hanya ada satu kantung sahaja. menyebabkan bayi terpaksa bersaing untuk mendapatkan zat makanan  untuk terus hidup...
menakutkan...tiba-tiba plak rasa nak tulis pasal ni...sebab masa mula-mula pregnant dulu doktor scan dia cakap twin ni anak awak, tapi satu kantung jer kita risau takut2 berlaku kembar siam ker dan banyak lagi masalah, macam nilah awak balik search internet then fikir balik. Tak fahamlak pulak , fikir balik macam nak suruh abortkan saje jer... ibu adalah search internet, jom kita tengok ...
yang sorang akan dapat lebih dan sorang lagi akan kurang zat

yang ni pulak sorang jer dapat dan yang sorang lagi tak dapat langsung dan takleh survive

sorang besar dan sorang lagi kecik ...(teringat pulak kat niesa ngan alya )

ni yang doktor risau kot2 jadinya kembar siam...




tapi apa2 pun hanya kepada Dialah kita berserah....redhalah atas segala ketentuannya....

lagi...

emmm, belum lagi long sembuh dari demam, hari Jumaat kelmarin dulu si baby afina lak panas tubuhnya... Jumaat standby dipanggil kerja , Sabtu pulak gotong-royong 5S, sudahnya gotong-royong tak pergi. yang masih belum kena si kak chik, tapi petang Sabtu tu nampak mata bertahi , cepat-cepat suap ubat. tak demam lagi, malam tadi ingat kan si long ni dah kebah , pukul 4 pagi bangun menangis, ibu rasa badannya panas lagi, bagi lagi ubat demam, rasa badan kak chik sejuk jer tak demam, afina tak demam dah cuma mata tak leh bukak , bertahi. pagi tadi nk pergi sekolah, ibu nampak mata kak chik ala-ala nak sakit mata, ibu bagi ubat siap2. nanti tengah hari nak gi tengok budak2 tu cam mana... hope ok...

Wednesday, October 3, 2012

gitulah ....

Kesian...minggu lepas hari Rabu ngoh sakit mata, pastu hari jumaat balik kampung start demam. ibu dah bagi pcm, tapi tak kebah2 jugok. last sekali hari yang ke lima demam ibu gi ambik ngoh kat sekolah, nak bawak g klinik jumpa doktor. rasanya nak kena start antibiotik. masa ibu g ambik ngoh kat sekolah, ish macam dah sejuk jer, tak demam dah kot. ibu tanya ayah,"camana? nak bawak g klinik tak?, "..." ntoh"..." ermmmm, bawak jerlah, tengoklah apa kata doktor,".... then ibu bawak ngoh jumpa doktor, doktor bagi ubat demam selsema ngan antibiok... malam tadi demam ngoh dah kebah...tapi dalam kul 4 pagi gitu, ibu dengar long nangis, pastu ibu cakap,"nape long, meh sini tidur kat ibu,"...panas jer badan long, demam rupanya, baru berjangkit dengan ngoh, "long demam nih, meh makan ubat dulu, "... sengih jer dia bila ibu suap ubat, "long demam kat tekuk(leher)...panahhh," suka dia bila ibu cakap dia demam, pastu suap ubat kat dia, lepas lap badan dia dengan towel basah, pastu ibu peluk dia , gosok dia...sengih jer budak long ni...sek baik si kecil afina tidur lena....rupanya si long ni nak kan perhatian, rupanya dia dengki tengok ngoh dapat perhatian sebab demam, jealous tengok ibu dakap ngoh....sebelum  ni pulak perhatian ibu asyik kepada si kecil afina. kak chik pulak tak leh nak berenggang ngan ayah . satu malam tu ayah dia keluar tak ajak dia, kak chik ni mengamuk, menangis , meraung sampai muntah...ibu cakap apa pun tak layan , ermmm, anak butir ayah sorang ni....tengah hari ni nak kena pergi sekolah bagi antibiotik kat ngoh dengan ubat demam kat long, kata cikgu peraturan baru nak kena mak ayah sendiri bagi ubat kat anak . pastu nak g bagi feeding baby afina nurhanan... 


kak chik(yaya), long(syasya), ngoh(niesa)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...