Thursday, March 15, 2012

Menghitung hari...

Tak lama dah, ni dah masuk 38 minggu, any time blh jer meletup. duk mikir ngan hubby camana kalau tiba2 tgh malam sakit. mesti nk kena punggah budak2 tiga orang ni g labour room. almaklumlah family duk jauh . sedara mara pun takder. paling cepat mak ayah boleh sampai dalam masa satu jam setengah. tapi kan nasib baiklah my mum datang tunggu. takdelah kalut sangat. tulah harap2 nyer dapat bersalin secepat  mungkin. chewah suke2 hati jer kan nk paksa budak ni keluar.
semalam ada attend kelas antenatal, ada semangatlah skit untuk meneran.
Fasi sarankan untuk mudah bersalin;
- banyakkan berjalan... x pun g window shopping.
- banyakkan bersenam , buat latihan pernafasan. jgn lupa curi nafas masa push. camana eh? takde pengalamanlah . kalau orang tanya anak no berapa? ibu jawab no 4. mesti yang bertanya akan cakap. ooooo takpelah dah biasa. ha ha takdenya biasa. first time ni, trial of scar. cam beranak sulunglah.
- buat kegeal exercise untuk kuatkan otot lantai pelvik.
- pastu nk ngelakkan kekoyakkan buat perineal massage...
Dapatkah ibu melakukannya??? x tahu...
Saranan dari doktor O&G pulak...
- katanya air mani suami ni selusuh ori sbb ada apa tu, hormon prostalglandin kot, yang boleh sebabkan contraction...so....banyak2kanlah....untuk mudah bersalin.
- mintak maaf ngan suami dan juga ibu...
Dan jangan lupa sebagai orang Islam, ( pesanan untuk diri ibu sendiri) baca surah2 dalam Al-Quran untuk ibu mengandung...Surah Maryam, Yassin, Yusuf, Luqman, etc. Doa Nabi Yunus.
Dan jangan lupa bertawakkal pada Allah, kerana Dialah sebaik2 penolong dan sebaik2 sandaran...
saat ni, takder sape blh tolong kita melainkan Allah ( pesanan unt. diri sendiri).
Hari ni ibu rasa sakit pinggang, pastu cam nk senggugut gitu...lain macam jer...? jalan pun x selaju semalam.
x lama dah kot... Doakan ibu yer kengkawan...

kalau beranak dalam air????...

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...