Saturday, January 28, 2012

lawak ker?

tak taulah lawak ke tidak, tapi bila citer kat member2 gelak besar diorang. citer pasal kucing, x rugi buat baik ngan haiwan ni, sbb mereka hamba Allah yg takde dosa, kucing ni blh doakan kita. masa bg mkn tu, bercakaplah ngan kucing2 tu. citernya cam gini, dulu2 kan ibu lambat gak nk dapat anak. lebih kurang setahun gitu. jadinya setiap kali bg mkn kat kucing, nanti ibu akan ckp ngan kucing2 tu, "kucing, nanti doakan aku dapat anak cepat yerr,". agaknya kucing2 tu doakan ibu dapat anak mcm they all jugak kot,(kembar 3)...he he



Imej kredit to google...

Friday, January 27, 2012

helikopter terkandas...

heli terkandas? alamak kat mana tu? ni semua gara2 budak 3 orang ni lah yg bwk, si alya, niesa syasya...




Wednesday, January 25, 2012

eee...malunya

ada satu hari tu, g jln2 kat kbmall, cuaca panas sangat,syok jugak kalu pekena ABC kat foodcourt tingkat atas tu. masa g ambk ABC tu, mak ai tingginya ABC ni, nk bwk cam nk terbalik jer, malu kot2 org tgk sbb besar sangat. ABC ni 5 org mkn tak hbs. siap tapaw lg letak dlm bekas air...


Sunday, January 22, 2012

happy anniversary yg ke 5

rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan happy anniversary yg ke 5 pada hubby , love you, semoga kasih kita berpanjangan hingga akhir hayat... yg sebenarnya 13 januari lagi anniversary nya, lambt nk tulis post ni. hari tu x der perancangan apa2 pun just keluar mkn jer, itupun nk kena cari tempat yg x ramai org. mula tu terpikir nk g mcd, kenny rogers, secret recipelah. tp yg penting bubur ayam mcd, tp bila nk masuk kbmall, mak ai kereta bersusun, pastu patah blk masuk bandar kb, ada mcd kat depan nagoya, sekali takder parkinglah pulak. pusing punya pusing jumpalah kfc kat tepi stadium, memang sesuai, parking banyak, orang pun x ramai, apalagi....jom. setakat nk buat sepah ngan budak2 ni. sampai kaunter, ambk order pastu cari tempat hujung sekali jauh pada org...
selesa...





Thursday, January 19, 2012

si ibu buta...

sayu ibu bila teringat kisah ni, tahun 2008 masa tu alya masih lagi kat NICU, satu hari masa ibu g melawat alya, ibu berada kat bilik penyusuan bersama ngan alya. sedang ibu asyik bersama ngan alya terdengar  suara dari luar bilik penyusuan,"mana anak ibu ni, ni kaki anak ibu, kaki anak ibu ada dua, anak ibu ada tangan, tangan anak ibu ada dua,". dalam masa tu terlihat kelibat seorang ibu bersama baby premature di atas ribaannya sambil ditolak dengan kerusi roda oleh seorang saudara perempuan masuk ke bilik penyusuan.  sambil itu mulutnya tak berhenti bercakap ngan bayi tu, suaranya yang kuat betul2 menarik perhatian ibu, bukan apa, sekadar rasa ingin tahu kenapa dengan ibu itu? ibu terus memerhati ibu itu, ibu lihat kedua tangannya menyentuh jari jemari anak itu sambil berkata,"anak ibu, ada lima jari yer, anak ibu ada sepuluh jari, anak ibu ada dua mata, sian anak ibu tak boleh blk lagi, cmn rupa anak ibu?," sambil ibu itu mengusap muka anaknya, masa tu ibu perasan, tiba2 ibu sedih, ibu itu buta, x dpt nak lihat anaknya, kesiannya...masa tu ibu tiba2 jadi insaf, ya Allah betapa aku amat bersyukur atas nikmatmu...

Wednesday, January 11, 2012

ayah x der geng lagi...

masuk hari ni , dah 4 hari si syasya ni demam, kesnya hari sabtu baru ni keluar tengah hari g tindik telinga alya, cuaca agak panas. balik umah terus demam. bagi ubat pun sat jer baik, pastu demam lagi. ahad baru ni ayah ambk el, jaga syasya, semalam ok. pagi tadi ibu ingat nk el, nampk cam demam, letih jer. wat g kliniklah , tak yah g sekolah. tapi bila dah naik kereta oklah pulak. jadinya ibu x jd el, tapi g kerja lambt skit, sbb g klinik dulu. alya  ngan niesa ibu ngan ayah anto sekolah dulu.
pastu dah alang2 g klinik, g scan baby teruslah. ayahlah paling exited nk tahu jantina baby.
jeng jeng jeng....ayah x de geng lagi...semua geng ibu...sabar yer ayah... ada rezeki kita usaha lagi...
kata doktor, nampaknya cam girl lagi nih...gurlp... tapi Alhamdulillah baby sihat, x banyak ragam. x kisahlah mana2 pun. nampaknya kena prepare pink colour lagi...

Tuesday, January 10, 2012

suspen sungguh...

   Dua hari lepas ibu ada temujanji ngan O&G, exited gak nk tahu jantina. kali ni doktor ok, senyum , boleh bercakaplah, ada suara. banding ngan temujanji yang lepas , doktor tu dahlah tak senyum, suara pun takder. Scan ni dah masuk 29 minggu...rasa macam tak lama lagi dah nk bersalin, rasa berdebar gak . Walaupun anak yang ke empat, tapi pengalaman bersalin takder. Cam beranak sulung lah jugak. Kata doktor , kepala baby still kat atas, tapi akan berpusing lagi sebab masih kecil. Bila tanya jantina, doktor cakap tak nampak sebab baby duk mengiring , taknak tunjuk. itu yang suspen tu... tapi apapun , harapnya baby sihat waalafiat...

Thursday, January 5, 2012

Seronok main bowling...

Bulan lepas budak2 ni ikut ibu ngan ayah g main bowling anjuran tempat kerja ibu, ibu tak main bowling, ayah jer yang main. tema hari tu kuning... ayah belikan diorang baju angry bird kuning... sejak hari tu diorang dah kenal bowling, kalau tengok berita sukan bowling, diorang akan tunjuk ," ibu, bowling, ". Kat umah pun diorang try2 main bowling ikut kreativiti diorang...








Sunday, January 1, 2012

welcome 2012

sekejap je kan tup2 dah masuk tahun 2012 , umur pun dah bertambah. budak2 pun dah start kelas 4 tahun, seronok diorang, ada pakaian seragam. semuanya serba kuning. Tahfiz al-faruqi, katanya umur 6 tahun dah blh khatam Quran. Ibu harap anak3 ibu blh khatam Quran masa umur 6 tahun, InsyaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...