Tuesday, June 28, 2011

Jalan2 avana kijal kemaman

Kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan, 1st time bawak alya niesa ngan syasya jalan jauh, jauhlah jugak lebih kurang 5 jam.bersempena dengan hari keluarga kat tempat kerja ayah. masa tu umur diorang baru nak masuk dua tahun. ya Allah tak terkawal. ingat lagi , bila bas berhenti untuk makan tengah hari, ibu,ayah , alya niesa ngan syasya pastu adik ipar sorang, turun ingat nak makan , sekali tu orderlah air, tak sempat nak minum, habis terbalik air tu...alya niesa syasya pakat naik atas meja( malu jugak masa ni, rasa serik jer). tapi sekarang ok dah , diorang dah bertambah matang....bolehlah...
syasya mula2 sampai lagi dah jatuh, tulah berlari laju sangat, takde brek. kesian, sampai bengkak mulut, nasib baik takde apa2

niesa pulak, sampai jer, termenung...

paling seronok alya...siap lompat2 lagi...

orang duk bersukan, niesa ngan syasya duk main pasir...

alya bersama ngan aweks2 kat tempat kerja ayah...


nak main jugak!

besar nyer catur ni, camana nak main....

sejuk tak ? nape tak pakai baju ni?


chewah! sehati sejiwa...

jom kita main.....



MasyaAllah , tingginya sayang ...tak sempat nak kejar nih...


dalam almari pun boleh jadi tempat main...

cam biasalah, yang kecik tu alya punyer...






syasya , niesa jom balik...

Jom shopping...

Shopping2...kalau bawak alya niesa ngan syasya macam2lah ragamnya, nak tu, nak ni, nak turun dari troley, nak dukunglah....kadang tu pening kepala dibuatnya, siap gaduh dalam troley lagi...

bersedia untuk shopping,,,jom. baju kadang2 sama , kadang2 lain, tak kisah sangat, ok jer

yang ni niesa punyer!

ayah! nak sssikal (basikal)...

ha! yang tu budak tak boleh makan... makanan orang tua tu...

malas nak pakai baju sama, malu gak semua orang tengok , nanti orang start berteka teki, kembar eh? mesti dua ni kembar kan?( syasya ngan niesa) . yang ni mesti adik kan?(alya). sebab alya kecil. Taklah, kembar 3. betul eh? tak cayalah...
 Kadang tu kalau pakai baju lain pun orang cakap, kembar 3 eh? ibu ngan ayah senyum jer...


Monday, June 27, 2011

kisah pengemis

Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk ole seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan makanan kepada pengemis ini?"

Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami yang dicintai yang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup kembali pintu!" Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda.

Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota. Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya.

"Wahai suamiku bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?" Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu." Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis.

Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?" Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku.

Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu." Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya "Dan tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini? Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya...!"





Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang bernasib baik. Allah itu MAHA KUASA

Sunday, June 26, 2011

Berhemah Didik Anak ....

Sukarnya nak mendidik anak, macam2 ragamnya, walaupun kembar , perangai tetap lain...

JIKA tidak mahu si comel ini bercakap kasar, ibu bapa perlu memberi contoh baik dengan bercakap lembut dan berhemah. - Gambar hiasan


DALAM sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, diriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu suci dan bersih, maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya bersikap seperti Yahudi, Nasrani atau Majusi."
Hadis ini jelas membuktikan ibu dan bapa mempunyai tanggungjawab besar untuk membentuk keperibadian dan sikap anak-anak. Terdapat tiga perkara utama yang perlu diusahakan dalam membentuk keperibadian anak-anak iaitu dengan melaksanakan komunikasi unggul, menunjukkan teladan yang baik dan paling penting, utamakan solat dan berdoa.
Komunikasi unggul
Ramai ibu bapa menganggap disiplin anak-anak akan dibentuk melalui kekerasan. Hakikatnya, peribadi mulia anak-anak akan wujud hasil daripada komunikasi unggul antara ibu bapa dan anak.
Ibu bapa perlu sentiasa berdampingan dengan anak-anak, bercakap dengan mereka, mengambil berat mengenai setiap kehendak mereka dan jangan sampai anak-anak merasakan mereka tersisih.
Sikap degil dan keras kepala si anak boleh wujud hasil daripada rasa tidak puas hati yang wujud dalam diri anak tersebut. Mereka bersikap degil sebagai tanda protes dan memberontak agar mereka diberi perhatian.
Anak perlukan kasih sayang dan belaian. Manjakan anak-anak tetapi jangan berlebihan. Belajar untuk katakan 'tidak' apabila perlu dan tepat pada masa serta keadaannya.
Jika anak bersalah, jangan terus menengking marah kepadanya. Praktikkan untuk menegur terlebih dahulu, jelaskan kesilapannya dan kemudian berpesan supaya jangan ulangi kesilapan tersebut.
Pakar psikologi menjelaskan, seorang anak kecil perlu ditegur dan diingatkan mengenai sesuatu perkara sekurang-kurangnya 200 kali. Selepas 200 kali teguran diberi, barulah anak tersebut boleh dimarahi.
Marah yang berpada-pada, jangan gunakan kata-kata kesat dan keras. Jiwa anak-anak terlalu lembut dan mudah untuk mengingati sesuatu yang melukakan hati. Mereka juga terlalu payah untuk melupakannya malah dalam banyak kes, segala keperitan dan kepedihan yang dialami ketika kecil diingati hingga mereka dewasa. Paling membimbangkan, sikap tersebut diwarisi kepada anak-anaknya pula.
Jangan biasakan memukul anak hanya kerana perkara kecil. Pukulan hanya langkah terakhir apabila teguran berulang kali diberikan dan pemulauan anak-anak dilaksanakan.
Pemulauan bermaksud, pinggirkan anak tersebut seketika dengan tidak melayan kehendaknya atau tidak dibawa bersembang sama. Tindakan itu menjelaskan bahawa anda merajuk hati dengan sikap tidak pedulinya terhadap teguran anda.
Setelah teguran dan pemulauan dilakukan, barulah pukulan boleh dilaksanakan. Itupun hanya dengan tujuan mengajar. Gunakan rotan yang sederhana, tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil.
Pukulan dibuat dengan keadaan lengan rapat ke tubuh dan dihayun rotan tersebut ke bahagian tubuh yang terlindung. Tempat terbaik ialah di tapak kaki. Untuk makluman, pakar kesihatan mengakui, pukulan di tapak kaki membantu pengaliran darah yang sudah semestinya baik untuk kesihatan.
Teladan yang baik
Ramai ibu bapa yang bersikap seperti ketam, menyuruh si anak berjalan betul tetapi diri sendiri gagal berjalan betul. Ibu bapa sepatutnya bersikap walk the talk iaitu menunjukkan sikap yang baik untuk anak-anak agar anak-anak boleh meneladaninya.
Jika tidak suka anak-anak lewat mandi, ibu bapa seharusnya mandi awal pagi. Jika tidak suka anak-anak bercakap keras dan kasar, ibu bapa perlu bercakap baik dan berhemah.
Jangan sesekali mengelirukan anak-anak dengan arahan. Sebagai contoh, si ibu menegur kesilapan si anak tetapi si bapa pula memarahi si ibu. Anak akan keliru, mana satu yang betul sebenarnya?
Jangan tonjolkan sikap buruk yang telah menjadi tabiat anda kepada anak-anak. Anda tentu tahu, anak anda diajar di sekolah tentang tabiat merokok itu tidak elok untuk kesihatan.
Jika anda merokok di depan anak, mereka akan keliru dengan ajaran guru sekali gus tidak hormatkan guru. Lebih sadis apabila mereka gagal untuk hormati anda sebagai ibu atau bapa.
Penting! Jika ada perselisihan faham antara anda dan pasangan anda, elakkan bermasam muka atau bertengkar di hadapan anak. Sikap keras anda akan mudah diteladani mereka.
Utamakan solat dan berdoa
Sebagai individu Muslim, anda perlu mendidik agar anak anda mengutamakan solat lima waktu. Solat bukan semata-mata ibadat dan tanda syukur kepada Allah, malah ia satu pembentukan akhlak dan disiplin yang baik.
Ajar anak-anak mengaji Muqaddam atau al-Quran sejak kecil, seboleh-bolehnya ketika anak sudah mula berkata-kata. Ajarkan juga anak bersolat. Biarpun tidak betul pergerakannya, melatih mereka sejak usia muda akan membentuk kebiasaan agar solat bukan lagi menjadi satu bebanan.
Jiwa yang menghayati solat akan terhindar daripada perkara tidak baik seterusnya melahirkan akhlak yang terpuji, Insya-Allah!
Sebagai ibu bapa, sentiasa praktikkan untuk mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Jangan biasakan kata-kata kesat dan negatif kerana ia mudah menjadi doa untuk anak anda.
Ingatlah, jika anak anda hidup dalam kekasaran, dia akan belajar melawan orang lain.
Jika anak anda hidup dalam kritikan, dia akan belajar menyalahkan orang lain.
Jika anak anda hidup dalam ketakutan, dia akan belajar jadi pengecut.
Jika anak anda hidup dalam iri hati, dia akan belajar berasa bersalah.
Jika anak anda hidup dalam kesabaran, dia akan belajar menjadi penyabar.
Jika anak anda hidup dalam galakan, dia akan belajar menjadi yakin.
Jika anak anda hidup dalam pujian, dia akan belajar menghargai.
Jika anak anda hidup dalam persetujuan, dia akan belajar menyayangi diri sendiri;
Jika anak anda hidup dalam kejujuran, dia akan belajar memahami kebenaran.
Jika anak anda hidup dalam keadilan, dia akan belajar menjadi adil.
Jika anak anda hidup dalam keselamatan, dia akan belajar menyayangi diri dan orang lain.
Jika anak anda hidup dalam kemesraan, dia akan belajar untuk menyayangi masyarakat.
 

Thursday, June 23, 2011

makan angin kat Langkawi

Bulan lepas ibu sekeluarga bercuti kat Langkawi bersempena hari keluarga kat tempat kerja ibu, penat tapi berbaloi2...seronok anak2 ibu...


duk tunggu bas datang, awal lagi dah sampai...semangat. orang lain tak sampai pun lagi...

dalam feri, layan citer hantu kak limah balik rumah...

kat jeti kuah

indahnya Langkawi ....seronok, nanti nak datang lagi

singgah shopping kat produk gamat jap...

jom pergi underwater world!

"ibu, nak pingu..."

singgah beli batik jawa sat...



jom naik cable car...

kat sky bridge, kata syasya" ibu, pasni kita turun naik bas eh?"


cantik kan!pemandangan dari sky bridge... 
menangis takut, budak dua orang ni...syasya ngan niesa,
alya steady jer...


makan aiskrim dulu...

seronok budak2 ni, mak budak ngan bapak budak pun seronok... Insya Allah datang lagi....




Tuesday, June 21, 2011

Happy birthday alya , niesa, syasya

18 JUN 2011, genap 3 tahun anak2 ibu, selamat hari lahir sayang...
semoga anak2 ibu sentiasa sihat waalafiat...

semoga anak2 ibu ceria2 selalu, piece!

aiskrim pun dah cair...

hari yang sama , kitorang gi majlis kawin kat umah taa
seronok alya niesa ngan syasya minum air batu cendol,
siap mintak tambah lagi, nasi minyak pun mintak tambah....
dah cakap ngan tuan umah
melantak aiskrim, nyum nyum

pok nik pun join kitorang makan ...

Monday, June 6, 2011

balik kg jumpa 'nyang'...

Jumaat baru2 ni, seronoknya ibu dapat balik kampung, lama dah rasanya tak balik, last sekali balik raya tahun lepas, itupun tak beraya mana sebab alya demam. Kampung bukan jauh pun, cuma lebih kurang 4 jam perjalanan jer. Balik ni pun sebab nak gi melawat bapak sedara sakit, rabu ni nak kena operate, harap semuanya berjalan dengan lancar. lepas melawat bapak sedara , langsung balik kampung....bestnyer teruja.
Alya , niesa ngan syasya pun balik sekali, diorang ok dah sekarang ni, tak perlu extra peengasuh, dah besar anak2 ibu, dah masuk 3 tahun dah...niesa duk kat seat depan, alya , syasya ngan ibu duduk seat belakang. ayah jadi driver. Niesa senang jer, 5 minit kereta bergerak, terus lena. alya ngan syasya lambat sikit nak tidur. sampai kat kampung seronok tok ngan tokki main dengan diorang , sekejap2 beli aiskrim, sekejap2 belikan air kotak milo. budak2 tu apa lagi kalau ada orang melayan, ambik kesempatanlah. tapi seronok diorang main , mak2 sedara ada 3 orang duk melayan, che na , che de, che su...balik kg dapatlah jumpa 'nyang', walaupun usia dah mencecah 90 tahun, ingatan masih lagi kuat. berkat mengajar budak mengaji rasanya.
ibu relaxlah kijer...dapat berehat sekejap...walaupun pulang hanya satu malam, tapi penuh makna, seronok dapat jumpa keluarga. petang sabtu balik semula ke Kota Bharu. disebabkan kepenatan , alya,, niesa ngan syasya terus tidur sebaik kereta bergerak sampailah dekat penarik. berhenti sekejap sebab dah janji ngan diorang nak main gelongsor. singgah main gelongsor sekejap pastu perjalanan diteruskan dan mereka sambung balik tidur...

niesa, syasya ,alya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...