Thursday, December 30, 2010

Alya berlepas ke IJN

14 OGOS 2008,
Setelah segalanya diuruskan, setelah sekian lama menanti, setelah keputusan dibuat...akhirnya dapat jugak alya bertolak ke IJN...pada pagi 14 ogos 2008, ibu ngan ayah dah berada di wad NICU, menunggu untuk bertolak ke IJN. Doktor Goh dengan misi Nasherah mengiringi alya ke IJN. masa tu alya cuma menggunakan oksigen biasa , tak perlu guna mesin pernafasan dah.
alya pada pagi sebelum berlepas ke IJN

Bila semua dah bersedia, alya dibawa ngan incubator ke portal, kat sana ambulans sedang menunggu kami semua...dari HUSM kami bertolak ke airpot Pengkalan Chepa, Kelantan...1st time naik ambulans , laju giler, kecut perut ibu rasanya...
Perasaan takut yang bercampur baur tiba-tiba datang,bukan takut naik ambulans, tapi... takut bila fikirkan apa jadi lepas nih, hanya Allah sahaja yang tahu... macam mana lepas nih, alya nak kena bedah, macam mana lepas nih, ok ker alya? ya Allah aku bertawakkal kepadaMu...Hati ibu rasa berdebar2...
Sampai kat airport Pengkalan Chepa...selepas check in, kami dibawa masuk ke balai berlepas, menunggu disana. Masa tu bertembung dengan jemaah yang nak ke Mekah...naik sekali ngan diorang...
masa menunggu kat balai berlepas tu , adalah satu insiden, alya tiba-tiba menangis, tak berenti2, bagi susu pun tak berenti menangisnya...lepas Dr Goh check tengok rupanya alya buang air...alya kalau tak selesa sikit pun dia akan nangis...masalahnya sekarang ibu tak bawak pampers spare, misi pun tak bawak...camana nih
tengah duk duk fikir, ibu ternampak Dr Goh pergi sembang dengan salah seorang penumpang flight yang juga sedang menunggu untuk berlepas, ingat kan kenalan ker...bukan pun, rupanya Dr Goh pergi mintak pampers ngan orang tu, sebabnya orang tu ada anak kecik, of course ada pampers spare nyer, thanks Dr Goh. Lepas tu alya pun berenti menangis dah...
Penerbangan MAS pun tiba, kami disuruh naik dulu, ibu , ayah, alya , Dr Goh ngan misi Nasherah...alya dipangku Dr Goh, kami duk depan sekali....setelah selesai pasang oksigen semua...barulah penumpang lain naik...Perjalanan kami diteruskan ke KLIA...
Sampai kat KLIA, semua penumpang turun terlebih dahulu, pastu barulah kami turun...masa tu ambulans dari IJN telah bersedia menunggu dalam kawasan lapangan terbang...
dari KLIA, kami dibawa ke IJN ngan ambulans yang menunggu tadi , jauh jugak perjalanan, ambulans yang ni lagi laju...sampai kat IJN alya ditempatkan di wad PICU...

kat sinilah alya ditempatkan masa mula2 sampai kat IJN

alya sebaik dipindahkan ke wad PICU

setelah Dr Goh pass over kes alya ke dr kat wad PICU, mereka(Dr Goh&misi Nasherah) bertolak balik semula ke Kota Bharu. ibu ayah ngan alya ditinggalkan di IJN....
kat wad PICU ibu ngan ayah tak dibenarkan menunggu alya...kami diminta menunggu diluar wad. masa tu lama jugak menunggu kat luar takde apa2 berita pun...kami sampai dalam tengah hari, petang barulah boleh masuk tengok alya semula , itupun waktu melawat... kata dr yang bertugas, Dato Dr Azahari Yaacob yang akan buat sendiri kes alya ni...tapi masa tu cuti sekolah, jadi dato sedang bercuti, jadi kena tunggu mereka call...lambat lagilah nampak gayanya...
dahlah alya tak boleh nak tunggu, lama lagi nak kena duduk kat IJN ni, tempat tinggal pulak takde, tak terpikir pun nak tinggal kat mana...sebab last minit punyer kijer...balai menunggu ada, tapi terbuka ngan dinding cermin, pastu duduk ramai2, orang pun penuh...hotel pun penuh cuti sekolah ni, kalau ada pun tak mampu nih, lari budget....
ibu:"ayah, mana nak tinggal nih,"
ayah:"ntah'"nantilah nak bagitahu sedara mara(baru nk bagitau) kot2 ada yang nak ajak tinggal...kalau tak de duk cnlah (IJN)kita...
ibu: aisey, sedih molek...
sedara mara kat KL ni pun tak ramai ...tak taulah camana...
Sebelum bertolak ke IJN , ibu terpaksa tinggalkan syasya ngan niesa kat tok mek ngan tok ayah untuk dijaga...buat sementara waktu...

Monday, December 27, 2010

Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"


1. Dah jadi follower eqbal
2.Dah buat entry
3.Banner dah letak
4. Tag kat sapa yer...AMRAFAHAN
Yup! dah siap

500 BLOG



Taknak ketinggalan , nak join jugak...sempat lagi kot... mengenai saya ibu kepada kembar 3 perempuan yang kini berumur 2 tahun setengah...bekerja disebuah hospital...Tinggal di New Castle...Kelantan...buat blog ni sebab nak share pengalaman dapat kembar tiga...pastu nak cari member yang senasib...he he...pastu suka suka join contest BA... tu jelah

Thursday, December 23, 2010

Contest si manjaku comel

Terima kasih AMRAFAHAN sbb tag contest ni, tapi dah dekat nk due...
sempat kot...
syarat2 nya
1. Jadi follower masyimalo heart- dah follow
2. Blog sendiri punyer...yup
3.buat satu entry berkenaan contest si manjaku comel ni dan sertakan gamba Si comel anda yang paling comel skali (yang ni wajib) - dah buat
 Ni wan syasya Nasuha(3rd triplet) & wan niesa imana(2nd triplet) , masa ni umur diorang dalam 7 bln kot
 Ni pulak wan alya syafiah (1st triplet)

Gambar latest takde , tak bawak....laptop tak bawak, jumpa dlm pendrive jer gambar2 ni...
lagi 2 hari nk due nih... 
4. tampal banner kat n3 ni &sidebar-DAH BUAT
 
 5.Tinggalkan entry kat link ni...ok
6.Tagkan kepada 5 orang, kat bawah
   
   
   http://mamawiwin.blogspot.com/
   http://ummsyuhada.blogspot.com/
  http://anna-jueanna.blogspot.com/
  http://nisa1575.blogspot.com/
  http://safiyyahworld.blogspot.com/

yup dah siap....
 

SAYALAH BLOGGER ITU


http://www.thetriplets18.blogspot.com/
http://www.thetriplets18.blogspot.com/
http://www.thetriplets18.blogspot.com/
http://www.thetriplets18.blogspot.com/
http://www.thetriplets18.blogspot.com/
http://www.thetriplets18.blogspot.com/
http://www.thetriplets18.blogspot.com/
http://www.thetriplets18.blogspot.com/
http://www.thetriplets18.blogspot.com/
http://www.thetriplets18.blogspot.com/

IJN sanggup buat...

bersambung lagi, cerita tentang alya...hasil dari perbincangan Prof Abd Rahim Wong bersama pihak IJN, akhirnya Dato Azahari Yaakub (pakar bedah jantung kanak2) sendiri sanggup nak buat kes alya ni walau berat badan alya tak berapa nak naik...
alya dirujuk pada kebajikan hospital untuk dapatkan budget untuk pembedahan, Prof Madya Dr Noraida sibuk menguruskan perjalanan alya ke IJN... Penerbangan dengan MAS juga diuruskan
dengan segera...pihak pengurusan sumber manusia juga mengeluarkan budget segera untuk perjalanan alya...
Terima kasih kepada pengarah hospital Dato Dr Zaidun Kamari yang meluluskan budget alya...
Thanks Dr Rosdi dari sumber manusia...
Terima kasih kepada En Shamsul Amri dari kebajikan...
Sehari sebelum tu, member ibu (Taa,fid,che mun)datang kat umah serah duit kutipan derma dari member2 kat Jabatan Radiologi...Terima kasih kawan2, terima kasih jugak sebab buat solat hajat beramai2 kat jabatan untuk keselamatan alya dalam menjalani pembedahan...
Terima kasih semuanya... Terharu tak terkata....Alhamdulillah

Tuesday, December 21, 2010

Terima call dari NICU

Seronoknya syasya ngan niesa dah balik rumah... tapi buat permulaan ni, orang tua ada sekali buat menemani. kot-kot ada masalah senang nak rujuk...maklumlah ibu tak pernah ada pengalaman sebelum ni. 1st time dapat baby, tiga sekaligus dengan multiple problem... support dari orang tua penting sangat2...dan tak terkecuali sokongan dari suami tercinta...
Bila orang tua ada sekali, senanglah nak pergi jenguk alya kat NICU. kesian alya terpaksa berjuang sorang-sorang...takpe sayang , ibu ada... ibu sentiasa disisi menemani...doa ibu sentiasa bersama...semoga anak ibu sentiasa sihat waalafiat....
Masa kat umah tak susah nak jaga syasya ngan niesa , tak banyak ragam, cuma susu kerap sikit, menangis time lapar dan bila rasa tak selesa jer...
Setiap pagi ibu akan pergi ke hospital melawat alya, melihat perkembangan alya... ibu tak perlu lagi kerusi roda , ibu boleh jalan cam biasa sampai ke NICU. Tambah pulak dah habis pantang 40 hari...habis tengah jalan...duk berulang alik ke hospital.
Satu pagi ibu terima call dari hospital, kata jururawat yang bertugas, "Dr nak jumpa, URGENT, "...lain benar bunyi nyer. hati ibu tiba-tiba jer rasa berdebar...tak tahu nak cakap apa. Jadi, pagi tu jugak ibu ngan ayah ke hospital berjumpa dengan Prof Madya Dr. Noraida  ( Pakar Neonatalogy). Kata Prof,"Keadaan alya macam tu jugak, sama tak de apa2 perubahan, untuk menjalani pembedahan kat IJN, biasanya dr akan tunggu sehingga berat badan naik skit, kalau baby kecik sangat diorang tak buat(IJN). Tapi kita perlu buat sesuatu ke atas alya,kita patut beri alya peluang, macam nilah awak(ibu&ayah) bincang dulu dengan dengan Prof Abd Rahim Wong( Paediatrik Kardiologist)."...Keesokkan harinya ibu berjumpa dengan pakar jantung...
Prof Abd Rahim Wong, katanya,"Rawatan yang terbaik untuk alya adalah , pembedahan...tetapi IJN tak terima baby yang kecil sangat, macam alya berat badan dia cuma baru mencapai 1.4kg...sekurang2nya 2kg...,". "Boleh cuba Hospital Gleaneagles Penang(HGP), kat sana juga ada kepakaran, dan akan buat walau baby kecil, dan kos rawatan lebih kurang 40 ribu, dan hospital takkan tanggung kos bayaran sebab HGP adalah private hospital...,"... tertelan air liur bila dengar 40 ribu , camana ni, mana nak cari duit nih...ibu buntu dah , tak buat, tak boleh takkan nak biarkan alya camtu jer ...macam mana macam mana nih..... lepas puas fikir, ibu pun bagitau kat Prof, "macam nilah prof, buat ballon jelah , tak payah pergi jauh2,"...sebab Prof Abd Rahim Wong sendiri pun boleh buat ballon, tak perlu pembedahan, cuma perlu masukkan kateter melalui femoral artery terus ke aorta dan ballon kat situ, bunyi macam mudah kan... RISIKO nya pulak...bila baby kecil , salur darah of course kecik...saiz kateter lebih besar @ sama jer dengan salur darah...takut rupture( pecah salur darah) then berlakunya pendarahan yang serius...dan salur darah tu nak kena repair lagi...banyak lagi masalahnya....mmmmmm camana????
Kata Prof Abdul Rahim Wong, " takpelah...nanti saya try bincang semula dengan pihak IJN...bersambung lagi...
Prof Abd Rahim Wong Paediatric Cardiogist
dulu kat HUSM, sekarang dah pindah ke HRPZII( Kota Bharu)

Prof Madya Dr Noraida Ramli Neonatalogist
Incharge NICU(1 Nilam) HUSM
tak pernah jemu2 menabur bakti , memberi yang terbaik kepada pesakit2...
rasanya NICU tu rumah pertama beliau kot...selalu ada kat wad...sentiasa ada bila diperlukan.
Banyak sangat bantu ibu...alya niesa syasya
Terima kasih sangat2...Hanya Allah sahaja yang membalasnya

Sunday, December 19, 2010

Syasya & niesa keluar wad selepas 40 hari...


Selepas rooming in ngan syasya ngan niesa kat 1TB, lebih kurang 2 minggu jugak, macam macam dah belajar...kata doktor budak2 tu tak boleh sejuk...mesti panas selalu, mesti pakai baju, kalau kat hospital tak pakai baju takper, sebab dan duduk dalam incubator, dah panas macam dalam perut ibu...kalau diorang sejuk kemungkinan berat badan akan turun, sebab body terpaksa kerja lebih untuk keluarkan haba...jangan lupa jugak multivit...dan jangan lupa jugak...temujanji yang berderet...
dan selepas 40 hari, horey..horey...akhirnya syasya&niesa keluar wad, keluar dari hospital...tinggallah alya masih lagi kat NICU, menunggu rawatan yang seterusnya...
(hari 1st balik umah, kecik jer diorang...tak ingat dah mana satu syasya ngan niesa nih, he he)

Kasih tok mek&tok ayah...

salam, 2 hari dah tak bern3, balik kampung jumpa tok mek ngan tok ayah, rindu sangat diorang kat alya, niesa ngan syasya...ingat nak balik petang khamis lagi, tapi alya pulak demam ngan batuk malam Jumaat tu, tak jadilah balik...keesokkan hari, nampak alya dah okey skit...barulah bertolak balik...tok mek ngan tok ayah dah lama tunggu....sebenarnya mereka rindu kat syasya ngan niesa...boleh dikatakan cucu kesayanganlah jugak, apa tak nyer diorang(tok mek&tok ayah) jaga mereka dari umur lebih kurang 2 bulan lagi memandangkan ibu terpaksa memberi tumpuan kepada alya yang perlu menjalani rawatan kat IJN, dan berada di NICU HUSM sehingga umur dekat 5 bulan...sayang tok mek ngan tok ayah melebihi ibu dan ayah, diorang sayang kat syasya ngan niesa melebihi anak sendiri...tak boleh nak cuit langsung cucu kesayangan diorang nih...
Nak dijadikan cerita, sampai jer kat depan rumah , diorang dah siap tunggu dah ...alya , niesa ngan syasa melompat2 dalam kereta bila tengok tok mek & tok ayah...syasya cakap,"abah ore,", niesa pulak,"mek ore,"...berebut 2 diorang nak turun dari kereta....masa sampai tu, mek (tok mek) diorang sedang siang jantung pisang ....bila tengok jer syasya & niesa , terus tak dapat nak tahan perasaan, naik atas rumah, menangis dulu...pas lega barulah turun semula ambik cucu diorang...lama sangat ke tak balik? tak delah lama , lebih kurang 3 minggu jer? rindu sangat2 nih...
Esok tu, hari Sabtu diorang bawak syasya ngan niesa pergi pasar , beli selipar sorang satu, alya pun dapat jugak, mana boleh tinggal...walau dah banyak pasang selipar yang dah dibeli...itulah kasih tok mek ngan tok ayah....
 
(ni gambar lama , masa umur diorang lebih kurang 5bln )
 

Thursday, December 16, 2010

Niesa dah keluar incubator...

Lepas 30 hari, kat NICU,akhirnya berat niesa dari 1.5kg dah bertambah kepada 1.7kg, jadinya niesa tak perlu lagi duduk dalam incubator , sebab berat badan dia dah meningkat..jadi duduklah niesa kat katil baby yang biasa...syasya pulak berat badan dia dah naik ke 1.5kg dari berat badan asal 1.2kg,.tapi perlu tinggal dalam incubator lagi..cuma alya berat badan tak naik2 lagi, naik pun sikit jer dalam 1.2kg.....doktor cakap tak lama lagi boleh bawak balik niesa ngan syasya sebab takde masalah dah...cuma sebelum bawak balik niesa ngan syasya ibu kena tinggal kat wad 1TB(nursery ward) bersama ngan anak-anak ibu(rooming in) , nak kena rooming in sebab nak bagi ibu biasa ngan anak2 ibu...diorang pun nak tengok macammana ibu handle budak2 tu.
Jadi esoknya, ibu pun masuklah wad 1 TB, ibu duduk kat katil hujung sekali...pastu staffnurse bawak niesa kat tepi katil ibu, seronoknya ibu dapat bersama ngan anak2 ibu, macam baru bersalinlah pulak...syasya pulak turut sama dibawa ke 1 TB, tapi masih lagi dalam incubator, jadi tak dapatlah syasya nak duduk sebelah katil ibu, tapi sekali sekala ibu akan menjengah syasya kat bilik depan. Kat situ adalah 2,3 orang baby yang duduk dalam incubator termasuklah syasya...baby-baby lain semuanya duk bawah lampu biru, sebab kuning...kat situ baby akan diberi susu 3 jam sekali. baby-baby tu pandai, setiap 3 jam akan meraung mintak susu...Jadual susu diorang 12tgh hari, 3 ptg, 6ptg, 9mlm, 12mlm,3pagi,6pagi,9pagi dan seterusnya...kalau ibu2 tak cukup susu pun boleh mintak kat staffnurse, tapi tak boleh bagi ngan botol tau, diharamkan, kena bagi susu ngan picagari ataupun sudu sahaja...ibu ni pulak 1st time dapat baby, tak reti nak handle banyak yang kena belajar...
Setiap pagi dalam kul 7pagi, staffnurse akan siapkan satu tempat untuk prepare baby mandi, baby yang ada ibu disisi, ibulah kena mandikan, mana yang ibu baby duk jauh staffnurse yang akan mandikan , mereka ni memang dah terlatih, cepat jer siap mandikan semua baby...
Satu hari adalah staffnurse tu, tolak sorang baby dalam katil baby ke arah ibu, dalam hati ibu, baby sapa nih? makin lama dekat ngan ibu...aik, syasya rupanya...tak perasan , sorry sayang...
rooming in lah ibu niesa ngan syasya...penat jugak tapi seronok...sekali sekala ibu pergi ke  NICU untuk menjengah alya yang masih dalam incubator...bilalah berat badan alya nak naik nih...
Ada satu malam tuh ibu jaga syasya ngan niesa, masa tu diorang asyik menangis jer, lapar kot,masa tu lebih kurang pukul 4pagi...diorang tak pandai hisap, ibu suap ngan sudu...tak kenyang kot...nangis jer, tak tahu nak buat camana dah...nasib baiklah ada akak staffnurse tu , tolong ibu suapkan syasya ngan niesa sampai diorang kenyang , lepas tu diorang diam dan tidur. terima kasih akak...jasamu dikenang

Wednesday, December 15, 2010

Jom kita berkenalan...

Hi, jom berkenalan kat blog ben ashaasri...
Start buat blog September 2010, lebih kurang 4 bulan gitu...
Jumlah follower baru 40 ...baru nak merangkak, he he...
Berapa trafik harian ? ...yang ni tak tau nak cakaplah ben, tak ramailah...
Sehari brapa entri ? 2-3 entri kot, tengok masa terluang...
Blog yang paling ibu suka baca..Doa Buat Alana...http://mayyonnizz.blogspot.com/
setiap kali bukak blog ni mesti confirm mengalir airmata...tak caya try bukak... Inilah blog pertama yang saya baca...

Sambungan...at NICU (1Nilam)

Salam, rutin harian macam biasa berulang alik kat nilam... pagi2 ayah akan hantar ibu kat 1 Nilam, kemudian ayah pergi kerja...kat I Nilam ibu pergi jenguk anak-anak ibu sorang-sorang. Ada satu hari ibu sampai kat 1 Nilam, sampai kat niesa, ibu tengok doktor sedang ambik darah niesa, menangis anak ibu sekuat hati...kesian...tapi ibu rasa gembira sangat, bukan ibu kejam, bukan ibu suka tengok anak ibu kena cucuk, tapi ibu gembira sangat dapat  dengar suara anak ibu, merdunya suara itu...sebab...setiap kali ibu datang , anak ibu tidur jer, senyap jer...sunyi tanpa suara...
Masa ibu sampai kat doktor, doktor explain kat ibu apa dia sedang buat...ibu kata ibu suka dengar suara anak ibu, menangis...kata doktor, kalau macam tu, datanglah pagi2, sebab boleh dikatakan setiap pagi ambik darah sebab diorang ada jaundice(kuning)...kesianlah pulak anak ibu...
Masa kat 1 Nilam jugak, ibu disuruh untuk buat KANGGARO CARE ke atas anak-anak ibu, mula dengan syasya, niesa , pastu alya. setiap seorang sejam. macam mana?..caranya baby tu akan diletakkan atas dada ibu, kulit ke kulit kena bersentuhan, baby tu akan rasa selesa dengan ibu dia...tujuannya nak bagi anak dan ibu rapat dan mesra2...3 anak ibu maknanya 3 jamlah ibu kena buat KANGGARO CARE... setiap hari hampir 5 jam kat wad...he he asyik muka ni jer... kalau susu pulak, kat dalam peti ais 1Nilam penuh ngan label alya, niesa syasya....

Tuesday, December 14, 2010

BLOG LIST BEN ASHAARI 2011

Kami merayu







Rokok? tak sukanya, lebih-lebih lagi bila ada yang merokok depan anak-anak...tak pasal2 kena asthma. Paling tak suka bila ada yang dukung anak sambil hisap rokok, dihembuskan depan muka anak-anak tanpa ada perasaan dah. Bila jumpa macam ni cepat2 bawak lari anak2 jauh2...
sambil buat2 macam susah nafas...
Kepada perokok-perokok, tolonglah hilangkan tabiat ni. Perokok terpakai lagilah berisiko tinggi untuk dapat segala penyakit...
Kepada pihak kerajaan diharap dapat mengenakan denda yang lebih lagi kepada perokok-perokok ditempat awam...

Sambungan....at NICU(1 Nilam)

5 Julai 2008 ,Sabtu,
Hari ni 18 hari dalam pantang... pagi ni pergi tengok anak-anak... Hantar 8 bekas susu. perah 3 bekas. Cukuplah kot. Pagi ni anak-anak nampak sihat, niesa camtu gak. Muka syasya nampak lain skit pagi ni, nampak bertambah besar dan muka nampak ceria jer. Nyenyak sungguh budak-budak ni tidur. Alya masih lagi menggunakan tiub pernafasan( ventilator). Tapi dia nampak gagah jer. Nampak sihat jer. Cuma masih masuk darah. Pastu kulit alya nampak pucat jer. Kesian alya, ibu tak tahu nak fikir camana lagi. Cuma ibu harap semua anak ibu sihat-sihat belaka. Dengan izin Allah. Hari ni ayah ngan member dia g KB mall cari gelang anak2.

6 Julai 2008, Ahad,
Hari ni 19 hari berpantang, macam biasa ayah hantar susu, 8 bekas. Hari ni ibu tak bercadang nak g melawat anak-anak. Selang sehari ker. Biar nampak perbezaan skit. Hari ni ibu demam. sampai terketar-ketar. Tak dapat nak perah susu hari ni. Lepas telan panadol 4 biji barulah okay.

7 Julai 2008, Isnin,
Hari ni 20 hari dalam pantang. Macam biasa ayah hantar susu kat 1 Nilam. 9 bekas semuanya. Ibu baru jer perah hari ni, banyak pulak tu , rezeki anak-anak. Alhamdulillah. Hari ni tak demam dah. Macam manalah agak keadaan anak-anak hari ni. Rindu gak. Petang nilah pergi. InsyaAllah...
Ayah baru telefon tadi , alya dah guna oksigen biasa , Alhamdulillah. Tapi niesalah pulak yang kena intubated( guna tiub pernafasan). Risaulah pulak. Camanalah anak-anak ibu ni...
2 petang, baru balik tengok anak-anak.InsyaAllah takde apa-apa. oklah tu. Muka diorang lain dah. Kulit pun nampak cerah skit. Comel-comal belaka.Alya kesian skit . nampak stress jer ngan musk pad. moga2 semua anak ibu cepat sihat. Jangan fikir yang bukan-bukan.


Kesian kat alya....

Thank you all...

Banyak nyer cerita yang ibu tak tulih lagi, banyaknya nak cerita... cerita yang dah jadi sejarah , tapi masih segar dalam ingatan...cerita tentang alya niesa syasya
tapi semuanya pasal alya, it`s all about alya...niesa ngan syasya pun ada gak...
alya, alya, alya bak kata tok ayah , jaga alya ibarat hidupkan api dalam air? camane yer nak hidupkan api dalam air???...
mungkin ada yang boring nak baca tapi ibu nak habiskan jugak tulis kat bawah label at NICU( 1 Nilam)... eee banyaknyer nak tulih...


Terima kasih kepada yang sudi singgah & follow blog nih... mungkin ada sesuatu yang boleh dikongsi bersama...rajin2lah singgah yer...

Lagi kembar 3

Ibu jumpa lagi kembar 3...bertambahlah geng kembar nih...seronoknya 
 nak tulis kat n3 semalam lagi tapi tak dapat, internet slow sangat...kembar 3 perempuan belaka...

MasyaAllah, comel-comelnya budak2 nih, nama diorang auni, auni dan auni... he he tak ingat.
Salam berkenalan dan bertukar2 cerita...

Sunday, December 12, 2010

Kagum ngan mamakembar3

ibu suka baca entry Camana kembar tiga tidur? .
Kagum sangat dengan cara mamakembar3 uruskan faris, fahmi ngan fauzi...
complete semua ada, tersusun jer...dulu masa pregnant pernah jugak berangan nak buat camni, tapi tak dapat... keadaan tidak mengizinkan...


handsome sungguh faris, fahmi ngan fauzi ni posing, seronok tengok, masing-masing ada katil sendiri....


yang ni pun ada sorang satu...hebat sungguh , seronok sangat tengok diorang ni...
ibu jumpa blog mamakembar3 ni  melalui blog Cik Jue , thanks Cik Jue...nak search lagi blog kembar 3.

Thursday, December 9, 2010

MIMPI RUPANYA

7 Disember 2010, Selasa...
Hari ni cuti satu Muharam, duk kat umah jer layan yaya, niesa ngan syasya... tak pergi mana-mana pun, hari hujan ni menghadkan perjalanan. Pandangan pun terasa sempit jer.  Duk kat rumah layan karenah budak2 ni, sesekali terasa diri ini bagaikan tarzan. Kadangkala dirasakan susahnya nak menjadi seorang ibu dan isteri yang berkaliber. Baru tiga anak, perempuan pulak tuh.
Alya, niesa syasya suka sangat gaduh. walaupun barang mainan dah ada tiga , yang satu jugak direbutnya. bila sorang mintak buku, tiga-tiga nak buku, bila sorang mintak pen , tiga-tiga mintak pen, bila pagi-pagi nak gi kerja, tiga-tiga datang mintak disapukan bedak, mintak dipakaikan lipstik, hu hu anak perempuanlah katakan... pening kepala ibu...
Kalau pasang TV , tiga-tiga berebut TV. sudahnya ayah tutup terus. semua tak boleh tengok.
Syasya suka ambik apa yang orang pegang, apa yang alya ngan niesa main, takde inisiatif nak cari mainan sendiri, kalau key chin kat beg ibu, suka sangat ditarik sampai putus. niesa lembut skit suka mengalah...suka bagi nasihat, tapi kadang tu dia buat jugak. niesa suka buat aduan, "ibu long khianat, ibu ,yaya khianat,". alya hentam jer dua -dua. kadang tu bila syasya ngan niesa duk elok-elok, yaya pun datang kacau, pastu gaduh, tulah pasal ibu dah jadi macam tarzan. tegur perlahan tak dengar, apa lagi...
satu lagi tabiat alya, bangun kul 3, 4 pagi mintak makanan...mgantuknya ibu, tidurlah adik... padahal sebelum tidur dah makan kenyang-kenyang...syasya ngan niesa kuat minum susu, baru jer habis sebotol, ibu nak pek, wat ssedap...fuhh, pening...
Pasal mimpi ibu, adalah tengah hari selasa , ibu tidur ngan budak-budak tiga orang nih, sekali mimpi dapat anak lagi, kali ni perempuan jugak, sorang jer...jadi anak ibu 4 orang perempuan. siap bagi nama lagi, wan intan iqlimah...he he...sebab iklim sejuk kot.Bila bagitahu ayah dapat anak perempuan lagi, ayah cakap lelakilah pulak pas ni, Insya Allah... he he lambat lagi...yang ni tak settle lagi... biarlah boleh urus diri dulu...

Monday, December 6, 2010

6 Disember 2010, Isnin...
Hari ni alya pergi temujanji plastik, hari ni ibu kerja, pagi-pagi lagi dah keluar dari rumah ke HUSM. Pergi punch card dulu. Pastu bawak alya pergi makan kat anjung cafe, makan kek pisang  jer, tak banyak dia makan. nak main jer. By the way, Alhamdulillah demam alya dah baik, sek baik, cuma ada selsema ngan batuk , skit-skit. Lepas makan terus pergi ke Klinik SOPD.
Kerja ibu? cam biasa member ibu yang cover , thanks shazreel, terima kasih jugak pada En. Azahadi yang memahami.
Sampai kat klinik, letak kad , ambik nombor, dapat 1022, lambat lagi nih. Kebetulan jumpa member ibu kak Natrah. Boleh ngejust ni, tunggu folder jap.Alhamdulillah jumpa folder cepat. Jadi , folder dah ada, doktor pun ada, apa lagi masuk jelah jumpa doktor .Thanks akak. Nasib baik cepat, tak payahlah member nak cover kerja lama-lama. kesian kat member...terpaksa nak buat camana.
Masuk jumpa doktor, doktor check alya, alya ikut jer apa doktor suruh buat, "baby kata aaa", "aaa"... tak melawan pun . Jurus sungguh anak ibu...
Diagnosis alya, cleft secondary palate. doktor plan untuk buat operation ke alya tahun depan 19 Januari 2011. Masuk wad sehari sebelum operation. buat sekali dengan ORL untuk letak tiub kat gegendang alya...harap semuanya okey...


Nilah tube yang nak masuk kat telinga alya, ibu ambik gambar ni kat Klinik ORL.


Sunday, December 5, 2010

5 Disember 2010, Ahad...
Masuk ni dah 2 hari alya demam, malam Jumaat lagi, lepas bagi pcm, ok , pastu demam balik, pagi tadi hantar kat rumah pengasuh, menangis dia , sedih kena tinggal, campur ngan tak sihat, campur dengan manja nyer, sebab 2 hari cuti Jumaat Sabtu duk ngan ibu ngan ayah. Niesa ngan syasya pun tak nak gi rumah pengasuh. Lepas pujuk main basikal barulah nak pergi, alya tulah, sedih jer.
Pagi tadi alya nangis, lepas tu syasya ngan niesa datang bertanya, " nape yaya jerit?"bakponyo?", alya lepas tu tampar perut syasya ngan tangan. Ibu tanya nape adik pukul long(syasya). katanya, "aamuk(nyamuk), ooo pukul nyamuk. Apa, bukan nyamuk sebenarnya, kat tepi pusat syasya ada tahi lalat, tulah yang disangka nyamuk. Geli hati hati ibu menahan lawak alya pagi-pagi buta...
Esok temujanji alya ngan plastik...

Thursday, December 2, 2010

3 Julai 2008, Khamis
Hari ni 16 hari pantang. Pagi ni ayah hantar susu 8 bekas. Petang semalam pun tak luak lagi. Budak-budak tu muntah. Harapnya diorang takde apa-apa. Janganlah muntah lagi sayang. Ibu harap semua anak ibu ok2 belaka. Janganlah ada sebarang masalah. Ya Allah bantulah anak-anakku. Lindungilah mereka semua...Ayah sms, anak-anak semuanya nampak dah besar-besar belaka. Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Pergi tengok anak 2-6 petang.

4 Julai 2008, Jumaat
Pagi ni tak pergi hantar susu. Ada lagi rasanya.Ibu selsemalah pulak. Ingat nak pergi tengok anak pagi tapi tak jadi. Susu pun tak banyak nih. Pagi tadi member ibu call (along) inform kat ibu result blood alya ada gram tve cocci. doktor ? sepsis. Entahlah ibu tak tahu nak fikir camana lagi . maknanya ada infection atau jangkitan kuman dalam darah alya. Doktor kena start antibiotik pulak. Ibu tak dapat nak berfikir lagi. Serah pada Allah Taala jer...


  Jadual delivered susu...hu hu, tak cukup
1 Julai 2008, Selasa... 8 pagi

Hari ini hari yang ke-14. Sudah 2 minggu ibu berada dalam pantang. Macam manalah keadaan syasya hari ni?. Harapnya perut syasya takde apa-apa. Harap-harap ok jer. Pagi-pagi macam ni ayah akan pergi hantar susu kat 1 Nilam sebelum ayah masuk kerja. InsyaAllah petang ni ibu pulak nak pergi jenguk anak-anak. Risau jugak ibu ni, hati ibu rasa berdebar-debar jer bila teringat kat anak-anak ibu. Ya Allah lindungilah anak-anakku. Janganlah ada apa-apa yang berlaku. Lindungilah jugak ayah. kuatkanlah hatinya...Ibu harap semuanya selamat.
Tadi ayah sms, ada 2 susu lagi tinggal. Syasya start kuning semula. Risaulah pulak. ni masalah hati ni. Tak tahulah camana ni. Harap semuanya ok. Niesa ngan alya ok jer pagi ni.
6 petang, baru jer balik tengok anak-anak. Nampak ok cam biasa. Cuma bila sampai kat alya, rasa sebak,sedih, kesian anak ibu. Nampak susah sangat nak nafas. Ya Allah berilah keajaiban buat alya. Sihatkanlah dia , lindungilah dia ya Allah.Engkaulah yang maha berkuasa ya Allah. Amin...Lindungilah semua anak-anakku. berilah niesa ngan syasya normal echo...Amin


2 Julai 2008, Rabu
Hari ni 15 hari pantang. Pagi ni ayah pergi hantar susu kat 1 Nilam, 8 bekas. Pagi ni syasya ngan niesa kuning dua-dua. Pening juga ni. Tapi harap semuanya ok. Entahlah ya Allah, bantulah ibu... buntu..berilah ibu kekuatan, begitu juga dengan ayah. InsyaAllah semuanya akan ok. Setiap kesukaran dan kesusahan pasti ada tersirat kesenangan InsyaAllah...
7 malam, baru balik tengok anak-anak. syasya semakin aktif, niesa cool jer. Tak kuning dah.
Cuma alya pagi tadi kena intubate(masuk tiub pernafasan) semula. Jantung alya lemah. Darah alya kurang. Pagi tadi tambah darah. Kaki alya pun sejuk jer. Ya Allah lindungilah anak-anakku...Hanya doa yang mampu ibu panjatkan buat anak-anak ibu sayang...

Wednesday, December 1, 2010

TEMUJANJI ECHO

30 November 2010, SELASA...
Hari ni ibu cuti. Alya ada follow up echo , nak tengok camana dah perkembangan jantung dia. Syasya ngan niesa ibu tinggalkan kat umah ngasuh alya. Pagi pagi lagi ibu pergi ke HUSM, nak nombor awal, nak cepat siap, tak nak tunggu lama-lama . Menunggu ni sungguh membosankan.tapi demi anak, ibu ok. Sampai kat HUSM lebih kurang jam 8.10 pagi, singgah kat koperasi dulu beli kuih untuk alya, kek doraemon (dorayaki yang kecik-kecik).tu pun alya yang tunjuk sendiri, nak...alya makan banyak, nanti mesti mintak makanan .pagi tadi pun, bangun tidur terus pergi ke meja makan mintak makanan. tu yang kena bawak bekal.
Sampai kat echo, terus gi daftar dapatlah nombor awal jugak. pastu jururawat bagilah alya ubat tidur, lepas minum ubat tidur, mintak kuih dorayaki tadi...makanlah alya nih sampai 6 biji tak tidur-tidur lagi . lepas tu pergi dodoi kat dalam bilik gelap. lama jugak barulah tidur. itu pun bila letak atas  meja terus dia sedar. Last sekali buat echo sambil alya duk atas riba ibu...
Thanks kak ti yang buat echo kat alya ( tech echo). Expert giler ,orang lamalah katakan pusing sana, pusing sini dah dapat view.  sekejap jer .
Syukur Alhamdulillah, VSD(lubang jantung pada dinding ventrikal )alya tertutup dengan sendirinya, syukur ya Allah. Lepas tu bekas repair coarctation of aorta alya pun dalam keadaan flow yang baik...Alhamdulillah. 
Syasya ngan Niesa pun ada follow up echo 7.12.2010, jatuh pulak pada tarikh 1 Muharam, Kelantan cuti. terpaksa ambik temujanji baru... Pastu dapatlah tarikh sekali dengan alya, setahun lagi temujanji. Syasya ada jugak VSD, tapi sangat-sangatlah kecik, dalam sebesar lubang jarum jer, Niesa pulak ada PFO(patern foramen ovale) juga kecik jer dan kebanyakkan orang pun ada. 
Buat masa sekarang syasya dan niesa tak mempunyai apa-apa masalah. Tu yang temujanji diorang di beri sehingga tahun depan...Ibu sentiasa doakan kesihatan anak-anak ibu....amin
Minggu depan ada temujanji plastik pulak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...