hari-hari berikutnya ibu lalui dengan berulang alik dari rumah ke hospital, sampai kat portal ayah akan tolak ibu ngan kerusi roda naik ke tingkat 1 Nilam(NICU). begitulah hari-hari, pantang ??takde dalam kamus ibu...perkembangan anak-anak ibu, alya sekejap intubated, sekejap extubated, sekejap kuning sekejap ok, sekejap ada infection dalam darah, sekejap takde, niesa pun sekejap kuning sekejap ok, syasya pun sekejap kuning sekejap ok...doktor tanya ibu ada makan ubat2 apa ker?jamu ker, yang panas-panas??takde, ibu tak makan apa-apa ubat pun...takut-takut effect kat anak-anak ibu...
30 JUN 2008
Hari ni masuk hari yang ke-13 ibu berpantang selepas melahirkan anak sulung, ini bermakna sudah 13 hari jugalah anak-anak ibu wan alya syafiah,wan niesa imana ngan wan syasya nasuha berada di 1 Nilam HUSM.
Semalam amat mengejutkan ibu dan ayah, kami diberitahu oleh doktor Noraida(PM) yang alya mengidap ASD,VSD dan juga coarctation of aorta. Keadaan alya amat merisaukan doktor, begitu juga dengan ibu dan ayah. Niesa pulak ada PDA ,tapi setelah diberi ubat indometasin (tak taulah salah eja ke) untuk menutup PDA tersebut, masih ada kedengaran bunyi murmur pada jantungnya. Jadi doktor masih menyiasat keadaan niesa. ibu harap takde apa yang lain pada niesa, sebab keadaan niesa amat baik. Dengan buang airnya ok. setakat ni syasya yang paling memuaskan. Ibu harap syasya akan bertambah sihat.
Hari ni ibu tak pergi jumpa anak-anak ibu, hanya ayah sahaja yang pergi menghantar susu yang telah ibu perah untuk anak-anak. Ibu sedih sebenarnya mengenangkan nasib anak-anak ibu, tapi semua ini adalah ujian dari Allah Ta'ala. Nak atau tidak ibu dan ayah wajib terima. Kadang-kadang ibu menangis sendirian mengenangkan nasib anak-anak ibu. Ibu mesti kuat, ayah juga mesti lebih kuat dai ibu...
2.30 petang,
petang ni dalam pukul 4 petang ibu bercadang nak pergi melawat anak-anak ibu. tak bolehlah tak pergi, rindu. rasa meronta-ronta sangat nak jumpa. susu pun dah keluar, anak-anak lapar ni. pagi tadi tinggal 10 bekas sahaja lagi susu yang diperah. tak sabar nak jumpa alya , niesa , syasya. ibu sayang you all. miss you so much. tunggu ibu datang yer sayang. Nanti ayah datang ambik ibu. Harap ada keajaiban dari Allah Ta'ala untuk anak-anak semua. InsyaAllah. Semuanya kuasa Allah Ta'ala. Dialah penentu segala. Doa ibu sentiasa bersama anak-anak ibu...
6.30 petang,
baru jer balik tengok anak-anak.semua ok cam biasa. cuma yang merisaukan pulak syasya, sebab perut dia distended skit. pastu doktor nak buat x-ray pulak, harap takde apa2.
Monday, November 22, 2010
Hari ni , hari kedua anak-anak ibu lahir ke dunia, ibu nak tengok anak-anak ibu kat NICU, cammana kalian, pagi ini ibu sedaya upaya bangun, payah, sakit bekas pembedahan terasa menyucuk, nasib baik ayah memapah ibu...daripada 2 Topaz, ibu dipindahkan ke tingkat 8, wad staf...tak dapat lagi ibu mengjengah anak-anak ibu... perasaan ibu membuak-buak ingin menjengah kalian...
Petang itu, ayah menolak ibu ngan kerusi roda, turun ke NICU... sampai kat sana , tak tahulah apa nak ibu gambarkan perasaan ibu ini, gembira, sedih , takut semua ada... gembira dengan kelahiran anak-anak ibu ke dunia, gembira melihat wajah-wajah kecil anak ibu, gembira melihat anak-anak ibu yang masih bernyawa, sedih melihat segala jenis wayar berselirat ditubuh anak-anak ibu, sedih melihat anak-anak ibu dicucuk disana sini, takut apa akan berlaku seterusnya, hanya Dialah yang maha mengetahui...
Satu masalah ibu, paling besar...susu tak keluar tensionnya ibu camana ni...doktor suggestkan ibu, makan ubat untuk keluarkan susu, jangan risau katanya, susu akan keluar nanti....kata doktor anak-anak ibu sangat memerlukan susu ibu, katanya susu ibu mengandungi antibodi yang cukup untuk bayi pramatang...
buat masa sekarang keadaan anak-anak ibu stabil, cuma alya terpaksa guna ventilator, niesa terpaksa guna high flow mask, syasya ok tak guna oksigen tapi kuninglah pulak terpaksa duk bawah lampu biru...masalah sekarang susu,susu,susu....ya Allah tolong daku...

wan alya syafiah(1st triplet)
wan niesa imana(2nd triplet)
wan syasya nasuha(3rd triplet)
ibu tahu, anak-anak ibu kuat-kuat belaka...selamat berjuang anak-anak ibu....
Tuesday, November 9, 2010
Alya mula2 sampai ok lagi , tocang dia cantik jer, bersanggul dua lagi...
alya lambang kekuatan, sentiasa tabah dalam perjuangan... penuh dengan kecekalan...

Monday, November 8, 2010
Temujanji audio ngan ORL
08 November 2010,
hari ni ibu bawa Alya ke temujanji audio untuk menjalani sekali ujian pendengaran. Pagi-pagi lagi ibu ke audio, ngan alya, ayah tak ikut banyak kerja. lama jugak nak kena tunggu untuk dipanggil masuk.bosan betul menunggu. tak suka. Kul 10 pagi nama alya dipanggil. Ibu ngan alya masuk kat klinik audio. Masa tu ibu jumpa ngan kawan lama ibu masa induksi dulu, Kak Roza,audiologist kat situ. ada kata-kata Kak Roza yang buat ibu tergelak besar, katanya,"anak awak ni kan, ya Allah macam anak mat salleh, awak kawin ngan sape? mat salleh ke?...ha ha tergelak besar ibu, jauh panggang dari api...( jangan marah yer Kak Roza). Bila ibu bercerita kat ayah, kembang kempis hidungnya menahan perasan...
balik pada temujanji alya ngan audiologist , setelah menjalani ujian saringan pendengaran, pendengaran alya berada pada tahap moderate.menurut en. khairy , audiologist yang consult alya, alya perlu direfer kepada pakar ORL, Prof Din Suhaimi.
then, ibu ngan alya ke klinik ORL, menuggu untuk berjumpa ngan Prof Din. Ya Allah lamanya kena tunggu...rasa macam nak menangis jer, alya tak duduk diam, dia pergi kacau budak2 sebaya ngan dia, menangis budak2 tu...alya nakal. kat umah pun dia ngusik niesa ngan syasya.
pagi tadi mula2 sampai kat hospital, cantik jer toncang dia, ni dah masuk tengah hari , tinggal satu tocang, pastu dua2 dah tercabut. tengah hari dalam kul 12.30 baru dipanggil masuk... kat dalam bilik tu penuh ngan student medic, alya tak takut siap main2 lagi. lupa pulak ibu nak tangkap gambar.
Setelah masuk berjumpa ngan prof din, adalah sedikit ujian dibuat dan gambar dalam telinga diambil. Katanya kebanyakkan pesakit yang ada cleft palate akan mengalami masalah air bertakung ditelinga tengah yang lama kelamaan akan menyebabkan gangguan pendengaran yang lebih serius, apa yang akan dilakukan adalah, satu ventilation tube akan dimasukkan ke gegendang yang mana tiub itu akan mengalirkan air keluar dari telinga. tiub itu katanya akan tertanggal sendiri. Pelannya, pemasangan tiub ini akan dibuat sekali dengan pembedahan cleft palate alya...dan tarikhnya masih belum ditetapkan lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)