Wednesday, July 11, 2012

alya niesa syasya di Majlis Prof Hans

Terima kasih kepada PM Dr. Noraida kerana sudi menjemput triplets sempena syarahan umum perlantikan Prof Hans

touch up skit...niesa sedang berlipstik, yang duk perati tu syasya
yang ni plak alya(pink), yang baju purple tu kawan baru dia ex prem 700gm je dulu

''123 baru jalan yer, tak mo lari2 , nanti jatuh,'', budak2 ni sedang diberi penerangan oleh PM Dr. Noraida

''Diumumkan perarakan masuk Prof Hans.........'' sambil diiringi muzik

''ok good girls,'' bukan apa risau takut diorang lari...


penyerahan bunga kepada Prof Hans....

Terima kasih kerana pernah bertungkus lumus menjaga kami satu ketika dulu... 2008 NICU sentiasa dalam ingatan. Terima kasih kepada semua staf NICU...juga.

 

Monday, July 2, 2012

Komen rakan sekerja lepas 3 bulan x jumpe

ermmm, dah 2 minggu start kerja, oklah...sebenarnya berat badan agak menurun lebih kurang dalam 7 kilo gitu. dulu sebelum peknan memang ori tembam. member2 kat tempat kerja memang agak terkejut tengok ibu...nak tahu apa kata mereka?
"ehh , dah kurus?"
"baru masuk kerja ker, kenapa kurus sangat, teruk sangat ker pantangnya?"
" kau diet ker,"
"aaik, dah slim?"
"eh , dah macam anak dara balik?"....(he he ...perasaan sikit)
"makan jamu ker?"
"kurus sgtlah , cengkung?"  (aii...bukan tahap kurus kering lagi nih...?)
"saya nk kurus cam awaklah jugak?"  (padahal dia lg kurus dari ibu, haha)
"apa rahsianya?"

nak tahu apa ibu jawab,:
"haa bagilah ekslusif breastfeeding, InsyaAllah..." selain pada tu, sebenarnya ibu x lalu mkn. penat jugak melayan triplets yang sedang membesar...tapi kalau bg nasi kukus zaeman tu, habis sebungkus, nasi beriani ayam ker nyum2. ambik ko...sorilah teroverlah pulak. almaklum tgh posa ganti x habis lagi.

Friday, June 22, 2012

kami dah 4 tahun

Happy birthday anak3 ibu, wan alya syafiah, wan syasya nasuha, wan niesa imana . Semoga menj di anak3 yang solehah. berjaya dunia akhirat . Amin...




Monday, June 4, 2012

ibu, saya nk sembahyang...

Alhamdulillah, setiap kali balik dari sekolah ada jer perkara2 baru yg budak2 ni belajar, terutama bacaan dlm solat, walaupun bacaannya x berapa betul. selalulah jugak diorang ikut solat. pelan2 .InsyaAllah lama2 akan ok. maklumler budak2. tapi melentur buluh biarlah dari rebungnya kan... satu hari ibu bwk budak2 ni g pasaraya mydin, sampai kat atas, niesa mintak ibu belikan telekung sembahyg . lama dah diorang duk mintak...bila sorang dah nak, tiga-tigalah hendaknya..Jadinya belilah 3 pasang telekung... harap semua anak ibu akan jadi ank2 yg beriman dan bertaqwa pada Allah...InsyaAllah







Sunday, May 27, 2012

suri rumah sepenuh masa...

sebenarnya best gak jadi suri rumah sepenuh masa ni, suri rumah bergaji penuh, tapi semua tu dah nk berakhir... dan rumah akan kembali berselerak, sapa nk kemas, blk kerja dah penat. kemas pun ala kadar jelah. baju nanti akan menimbun, sapa nk basuh... sapa nk masak? ... kalau duk umah sepanjang masa ni, rumah kemas...baju kat mesin basuh clear jer, pinggan kat sinki pun takde...mata pun tak sakit...tapi lepas ni...entahlah, nk kena buat penjadualan semula...hu hu apa yg penting kerjasama. sib baiklah hubby tolong gak... kalau tak, masak masak...


Wednesday, May 23, 2012

afina dah 2 bulan

masih dalam mood cuti...sekejap jer afina dah masuk 2 bulan. alya niesa ngan syasya suka sgt main ngan afina, blk sekolah mesti cari baby, lebih2 lg alya, baby afina mano?.. tapi still x leh nk tinggalkan afina ngan triplet tu...dibuatnya afina cam ank patung. alya suka sgt tutup mulut alya ngan tangan, kadang tu ngan kain. pernah jugak dia kutil baby...huh bahaya...tapi niesa matang skit, blhlah kalau terdesak sgt time2 ayah x der kat umah...



Thursday, May 10, 2012

bersalin afina 2

bila sampai jer kat labour room, daftar kat recovery, then doktor datang check, masa tu hubby kena tunggu kat luar dulu. masa tu jam lebih kurang kul 3 pg. time tuh doktor pelatih ada 2,3 org mai ambk tekanan darah ngan check perut. pastu check jln baru 1 cm. lambat lglah nk tunggu 10cm. biasanya kalau pertama kali salin normal ambk masa lebih kurang 12 jam. walaupun baru 1 cm, kontraktion ni kuat sangat setiap 10 minit sekali. Dr kata tunggu dululah, nk buat ultrasound dulu. tunggulah ibu ni lama gak sbb masa tu ramai jugak yg salin sekali ngan ibu. dalam 5.30pg gitu doktr wat ultrasound kat ibu, pastu dia cakap naik wadlah dulu. lambt lg ni. pastu dia ckp kat nurse suruh anto kat wad. nurse2 kat labour room ni berpengalaman. dia tanya ibu, doktor check jln tak lg sekali? ibu ckp takdelah pulak. dia tanya ibu , nak try check ker? ermm blh gak. pastu nurse check, pastu dia mcm korek buat jln. nurse ckp dah bukak ni 3 cm, x payah naik wadlah. pasni blh standby baju baby, then masuk bilik salin. pastu nurse masukkan ubat ikut punggung pastu dia suruh g toilet. masa kat toilet ibu buang air, keluar darah campur lendir, ketuban darah orang cakap sakit. memang sakit. kontraktion tak berenti dan makin kuat 5 minit sekali, ibu dah berada kat bilik bersalin, hubby ada sekali. kul 7 pg time tukar shift, tinggal ibu sorang jer tak salin lg, org lain semua dah salin. sakitnya makin kuat, tak tahan. doktor nk cucuk ubat thn sakit ,tp ibu x nk. blh tahanlah kononnya. asyik sedut antenot jer, rasa relax skit. acap kali jugak doktor datang masukkan  cbd untk kosongkan pundi kencing. pedih rasa. pastu mai korek jalan lg. sakitnyer... pastu bila time kontraktion ibu rasa cam nk meneran, x blh nk kawal. setiap kali nurse ngan doktor datang, diorang ckp jgn teran, takut nanti bentan. sebab jln x bukak sepenuhnya. masa ni ibu rasa haus sgt. dari mlm td ibu x mkn minum. ayah bg ibu minum dlm tudung botol mineral. jam 2.30 ptg Jumaat, doktor tgk ,nape heartbeat baby slow?...misi ckp full dah kot. lagi sekali doktor check, hah dah blh push ni...ramai jugak masa ni, misi 2,3 org, pas doktor ngan doktor pelatih, hubby ada kat sebelah, diorang sume suruh ibu push cam tgk bola, hah cepat2, sikit lagi, hah sikit lagi, tgk tu kepala baby, (cmn nk tgk, ibu meneran sambil pejam mata, ha ha, sakit)...cam anak sulunglah ni, first time salin normal. banyak kali teran asyik masuk blk jer. lambat sgt. ermmmm dah kena epi.lagi sekali teran then keluarlah afina nur hanan. huh x nangislah pulak. apa taknya dekat2 nk push ibu mintak pethidine buat thn sakit, ubat ni ngantuk. sampai afina pun ngantuk jugak. tp kalut gak masa tu , tp Alhamdulillah dengar suara afina menangis.nurse cakap kat hubby blhlah nk azan. ibu ni, azan? lelaki ker baby kita ayah? tengok betul2. takdelah, pompuanlah. x pelah Alhamdulillah sihat. 2.57ptg, afina selamat dilahirkan. masa ni ibu haus sgt. sebelum naik wad , staf kat labour room bg ibu minum milo panas. ya Allah sedap sgt. lega rasanya. time kaseh sgt...Syukur Alhamdulillah. masa ni rasa serik nak bersalin lg...fobia( pasni tak taulah )...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...