Salam, teringat ibu berkenaan masalah alya dulu , coarctation aorta. Berat badan alya masa tu lebih kurang 1.14kg sahaja. Rawatan terhadap alya adalah terhad. Alya cuma ada tiga pilihan, ballon dilatation, pembedahan atau biarkan sahaja.Nasib menyebelahi alya , setelah perbincangan antara pakar jantung kanak-kanak dari HUSM, AP Dr. Abdul Rahim Wong pada masa itu ngan pakar dari IJN , Datuk Azahari Yaacob sanggup melakukan pembedahan ke atas alya walaupun hanya seberat 1.14kg. Ballon dilatation tak dapat dilakukan memandangkan berat badan alya tidak mencukupi, ini akan memberikan komplikasi kepada salur darah darah alya yang kecil.
Apa yang ingin ibu katan adalah selain daripada pembedahan , primary ballon dilatation untuk aorta ini juga merupakan satu rawatan yang memberikan hasil yang baik juga jika berat badan bayi mencukupi.
Apa doktor lakukan adalah dengan memasukkan kateter melalui arteri femoral terus ke aorta, kemudian kawasan coarctation di kembangkan dengan ballon sehingga memberikan saiz salur darah yang sekata. Lepas tu doktor akan buat pemeriksaan setelah 6 bln.
Monday, April 29, 2013
Ballon dilatation for coarctation of aorta
Thursday, April 11, 2013
triplets at tutti frutti
Wednesday, April 10, 2013
sementara menunggu ayah...
salam ....rutin hari2 . setiap pagi pergi hantar budak2 ke sekolah dulu pastu ayah gi hantar ibu kat tempat kerja. Ibu masuk kerja 8.30 pagi. Pastu ayah masuk kerja pukul 8.30 pagi. Petang ayah akan ambil ibu dari tempat kerja dalam kul 5ptg, pastu pergi ambil alya , niesa, syasya dan afina kat sekolah. Lepas itu ayah akan parking kan kereta kat sebelah office dia... pastu kitorang akan menunggu ayah dalam kereta kancil yang kecil itu sehingga ayah punch card pada pukul 5.30ptg. Nilah aktiviti kitorang dalam kereta....
![]() |
| aktiviti makan coklat sampai rongak gigi... |
![]() |
| sambil jual dinar emas... he he |
Thursday, March 7, 2013
TCA ORL
Hari Isnin baru -baru ni ada pergi check telinga alya under ORL . Kata doktor gromet tu dah tertanggal dua-dua belah. pastu doktor nak keluarkan terus. alya pulak taknak bagi. kata doktor grommet tu mungkin kena pasang balik , memandangkan alya kurang dengar. Tapi yang risaunya kena buat under GA. Hah tension ibu memikirkannya. Dalam hati ni tak tahu nak luah kat siapa. Pastu ambil temujanji baru speech untuk alya, sebakul kena ngepek ngan bahagian temujanji. apa taknya last temujanji 2011. Sekarang 2013. Masa tu alya tak dihantar sekolah lagi . lepas hantar sekolah alya dah boleh cakap banyak perkataan , sbb tu ibu tak gi hantar kat speech. sekarang alya dah pandai cakap, cuma sebutan kadang-kadang tak berapa betul. itulah yang nak kena gi betulkan balik. Kalau ikutkan banyak lagi temujanji yang terlepas ni nak kena gi ambik balik, mata, plastik ,pead... rasanya sepanjang tahun lepas tak pergi temujanji. Bersalin bulan 3, masuk kerja bulan 6 , pastu kena sakit mata satu keluarga, pastu sambung pulak dengan chicken pox...habis setahun 2012. masuk tahun 2013 nilah baru nak start balik ngan temujanji alya. Temujanji ni semuanya mengambil masa separuh hari. lagi senang ibu ambik cuti jadinya tak mengganggu tugas. next appt alya audio 31/3, ORL 1/4 9pg, Speech 1/4 11.30pg.
-picture credit to google
![]() |
| Contoh grommet yang dimasukkan |
![]() |
| Grommet dimasukkan sebab nak keluarkan air kat telinga tengah yang menjadi penyebab kurang dengar,telinga akan jadi berdengung. kurang dengar itulah puncanya sebutan tak jelas. |
-picture credit to google
Wednesday, February 27, 2013
Apa khabar triplets.....
Salam, lama rasanya tak berblog. Alhamdulillah alya , niesa ngan syasya sihat waalafiat. Bulan 6 ni dah nak masuk 5 tahun. Baby afina pun sihat. Kata orang anak perempuan ni banyak cakap. memang banyak cakap kembar 3 orang ni. terutama sekali syasya . suka dia menyakat orang. niesa pulak cakap macam orang tua. niesa jenis cool skit. Tapi alya ni lain skit. pelat dia ni lain macam skit. Banyak perkataan alya yang sukar difahami. Bila bercakap dengan alya , kita kena ulang banyak kali, pastu bercakap kena mengadap muka dia. Kalau kita cakap laju , dia akan tanya balik, "ha? ". Lepas tu ada kalanya kita tanya lain, dia jawab lain.kesian kat alya. Ibu risau jugak sebenarnya ni , cam mana nak masuk sekolah nanti. Tapi hubby cakap tak payah risaulah sebab orang buta pun boleh jadi lawyer. Alya walaupun dia pelat , tapi dia bersungguh-sungguh nak belajar. kalau dalam kelas(tadika) , dia akan duduk paling depan lepas tu dia akan follow apa yang cikgu ajar. pastu bila balik rumah dia akan ajuk balik apa yang cikgu ajar kat sekolah. walaupun bunyi sebutannya agak pelik.
contohnya: alya sesuah= alya syafiah
ika maku maka= kita satu Malaysia ( nyanyi lagu)
igu= ibu
minggu lepas ada pergi follow up ngan audio, resultnya alya ni kurang pendengaran. mungkin lepas ni kena pakai alat bantuan pendengaran kot. Minggu depan follow up dengan ORL. Tengok camana.
Apapun ibu bersyukur sangat sebab alya diberi nyawa , nafas serta kehidupan . Alhamdulillah doa ibu dulu dimakbulkan olehNya. " Ya Allah berilah keajaiban buat alya,"... hanya keajaiban dari Allah yang ibu pintu ketika itu... tahun 2008 , amat memberi impak dalam kehidupan.
Doa ibu semoga semua anak-anak ibu berjaya dunia dan akhirat...amin..
contohnya: alya sesuah= alya syafiah
ika maku maka= kita satu Malaysia ( nyanyi lagu)
igu= ibu
minggu lepas ada pergi follow up ngan audio, resultnya alya ni kurang pendengaran. mungkin lepas ni kena pakai alat bantuan pendengaran kot. Minggu depan follow up dengan ORL. Tengok camana.
Apapun ibu bersyukur sangat sebab alya diberi nyawa , nafas serta kehidupan . Alhamdulillah doa ibu dulu dimakbulkan olehNya. " Ya Allah berilah keajaiban buat alya,"... hanya keajaiban dari Allah yang ibu pintu ketika itu... tahun 2008 , amat memberi impak dalam kehidupan.
![]() |
| Alya 2008- masa ni ibu hanya bertawakkal kepada Allah...ibu hanya mampu berdoa |
| Alhamdulillah alya sihat dan aktif...masa ni umur 3 tahun lebih kot... tak dapat sempat nak upload lagi gambar terbaru. ni gambar yang lama. |
Wednesday, January 23, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)




















